Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, tahun 2011 akan tenggelam dan 2012 akan menjelma. Aku tidak lah terlalu obses tentang itu kerana bagi aku, masa sentiasa berjalan, pejam celik dah sampai ke penghujung. Jadi mahu atau tidak, kita akan berganjak ke hadapan. 


2011,
Terlalu banyak kisah dan cerita cerita yang berlaku. Manis, pahit, suka mahupun duka semuanya ada. Lumrah seorang manusia. Yang penting aku belajar dari apa yang terjadi. Dan yang lepas tetap lepas buat aku. Nak menoleh, jauh sekali. Aku tak pernah menyesal bila semua terjadi sebab bagi aku disitulah nyata kawan mahupun lawan. Dan yang pasti aku masih bersyukur kerana dapat berdiri di atas kaki sendiri.


Buat keluarga, teman sahabat rakan mahupun lawan,
Andai ada terkasar bahasa mahupun tersilap cara dan terkasar perlakuan, aku dengan rendah diri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


2012,
Selamat datang. Untuk tahun yang baru, aku masih belum ada azam sebab tahun lepas punya azam pun masih lagi tergantung. Jadi aku tak berniat untuk menambah yang baru. Cukuplah sekadar aku berazam yang terbaik dalam hidup aku. Yang penting keluarga dan pelajaran. Masih jauh aku nak kejar. Dan yang pasti aku dah penat nak berjanji macam macam dengan mak dan babah, cuma aku perlu buktikan.


Moga tahun baru ini lebih indah dari sebelumnya, Amin.




Selamat Tahun Baru everyone! (:

Friday, December 30, 2011

Hazwan.

Dear Hazwan, 



 HAPPY BIRTHDAYYYYYYY!





Aww, siap pakai baju batik yang babah bagi. Handsome macam babah and abang, for sure. 

Hazwan, 
Moga segala impian dan cita cita awak akan tercapai sayang. Ingat, kakak will always love you. 





Love, kakak.

Thursday, December 15, 2011

Diari kerdil

Aku duduk, 
Diam membisu,
Lihat ke hadapan,
Samar.

Lalu aku bangun,
Dongak ke atas,
Dan aku lihat,
Dia tersenyum.

Mengertilah aku,
Manusia tak perlu mengenal erti putus asa.
Jika hadapan kosong,
Atas masih ada,
Percayalah.

Hanya satu.

Aku hanya punya satu ayah,
Dan aku hanya punya satu ibu.








Dan aku harap ibu mengerti itu.

Simple note,

Dear Raja Nazrin
Hope everything is fine. Moga you tabah hadapi dugaan sayang. Don't worry, I'll always beside you. 




My Fiqqs Zakaria,
Moga you cepat sihat. I miss the old you. I miss the only person yang selalu kejut i bangun subuh. Moga you cepat sembuh and sihat macam biasa.






I need both of them, seriously. Moga semua kembali kepada sedia kala.

Sunday, December 4, 2011

Thursday, December 1, 2011

Pokok.



Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan.
Gadis Oren. Tangan sorok dalam baju sebab panas.

Both of us sayang babah. Always.

Tokan pokok.

1700 manusia. 4000 pokok. 9 hektar. Alhamdulillah

Yang penting, mereka gembira  :)








Untuk yang membantu, terima kasih tak terhingga. Untuk pokok-pokok, tumbuhlah dengan sihat :)

Bicara aku.

Alhamdulillah,

Sudah masuk minggu kedua aku berada di negeri orang. Dan yang pasti perjalanan aku masih jauh. Hari ini merupakan hari pertama dalam bulan yang terakhir. Dan aku berfikir sejenak tentang azam azam yang aku janjikan pada awal tahun bulan Januari dahulu, dan yang pasti masih banyak azam aku yang masih terkandas.


Dengan apa yang aku punya sekarang, keluarga dan teman. Aku bersyukur. Dan kerana itu aku masih tegak berdiri walaupun masih sedikit goyah. Dan kehadiran 'dia' buatkan aku lebih tenang. Biarlah aku belajar hargai mereka yang hargai aku. Terima kasih, sayang.


Aku masih belum berani untuk berjanji apa apa dengan azam terbaru aku. Biarlah aku ikut arus yang ada di depan mata. Dan kali ini, aku berjanji tak akan sia siakannya. Untuk yang lepas, aku dah hembus buang. Mungkin engkau masih belum kenal sepak terajang dunia. Ah biarlah, selagi aku masih mampu bersabar aku akan bersabar. Tuhan Maha Adil. Aku tak perlu jual cerita sana sini. Cukuplah hanya Dia yang tahu. Andai kau yang benar, ambillah. Tapi andai aku yang benar, hentikanlah propaganda engkau. Aku letih. Sangat.


Moga Dia berikan kekuatan untuk hari hari aku. Tak banyak, sikit pun jadi. Selagi aku mampu berdiri, gembirakan hati manusia manusia yang aku sayang sudah cukup.