Jauh di pelusuk aku cuba mencari secebis sinar matahari. Terduduk diam aku disitu. Lari dari segala masalah, hiruk pikuk diri dan yang lebih penting aku cuba lari dari segala kesedihan yang semakin menikam dada aku tanpa henti.
Kaku sebentar, tarik nafas sedalamnya.
Sambung mencurah isi hati.
Ini diri aku, tak perlu lah kau nak cuba menyelit. Aku rasa rimas yang teramat sangat. Terasa seperti duduk di dalam kotak kecil. Ini aku, aku tak akan pernah cuba nak merasa jadi orang lain. Aku bersyukur dengan apa yang aku punya sekarang. Ibu bapa yang sentiasa menjadi idola aku, adik-adik serta abang yang sentiasa menjadi teman aku dan tak lupa kawan-kawan aku yang sering mengukir senyuman aku dan menitiskan air mata aku. Kau kau dan aku aku. Kau dan aku sudah tidak wujud lagi. Perihal aku tak perlu kau ambil tahu sebab kau memang tak layak untuk tahu. Kau lain dan aku lain, mana mungkin aku dapat puaskan hati semua orang dalam sekelip mata. Aku punya hidup aku sendiri dan begitu juga kau. Aku tak larat lagi nak ukir senyuman di muka kalian sedangkan senyuman di muka aku sendiri tak pernah wujud. Aku letih nak mengukir senyuman palsu lagi semata mata untuk kau.
Gugur benda yang tak sepatutnya.
Penat, mahu lelap. Ingin mimpikan zaman kanak-kanak. Zaman yang pada aku rasa paling bahagia. Tak pernah kenal erti susah, sakit mahupun jatuh. Hari-hari penuh dengan warna sambil dihimpit pelbagai jenis coklat dan aiskrim yang bisa membuatkan aku tersenyum hingga kebas.
Bangkit.
Pergi mencari apa yang patut.