Jika ditanya apa yang aku ada sebagai bekalan, aku takkan jawab apa apa. Kerna aku tahu aku tak punya sikit pun yang boleh dibangga. Aku dah cukup dengan hidup. Tapi aku tak minta tuhan ambil aku sekarang kerana masih banyak lagi yang perlu aku kerjakan
Jika ditanya tentang dendam , jujur kan saja aku sudah buang segala nya jauh jauh. Aku juga sama manusia nya seperti yang lain , aku pernah buat kesilapan. Tapi dari itu aku cuba berdiri dan aku cuba betulkan yang mana salahnya aku dahulu.
Jika ditanya tentang kehidupan, alhamdulillah tuhan sentiasa memberi yang terbaik. Dengan kesakitan yang dulu perit ditanggung segalanya menjadikan aku lebih kuat dan menggila tabahnya.
Dan Senyum , Tak Perlu Kata Apa Apa :)