Saya sedang bayangkan bagaimana rasanya menjadi gila. Bagaimana rasanya menempik melolong pada seseorang tu sedangkan dia tidak berjasad, apatah lagi untuk ber-roh. Dia cuma berstatus tiada. Harus perit bukan untuk terima semua itu. Kalau manis tak pula gila. Tak pula tersenyum.
Kita yang waras ini duduk memerhati dengan tersipu-sipu tangan menutup mulut yang ternganga hidang gigi putih. Sedangkan dia duduk berhadap dengan konflik yang paling keras dalam hidupnya.
Kadang-kadang bila aku teliti. Syoknya gila, hebatnya mereka. Kerana apa? Kerana mereka sudah tuli kan cuping mereka untuk setiap mulut manusia yang terbuka. Sudah tak ambil berat ringan dengan apa yang dikatakan.
"Dunia aku bukan dunia kau. Jadi berambus."
Oh dunia! Bisa kah aku tuli kan juga?
*hirup tea ais hingga habis*