"Kau ni cubalah ubah perangai buruk kau tu."
"Ala, nak buat macam mana, dah memang perangai aku macam ni. Suka hatilah korang nak terima ke tak."
Sikap buruk yang ada pada diri bukan sesuatu yang mustahil untuk diubah. Mungkin sukar, tapi usaha itu perlu dalam memastikan diri menjadi lebih baik.
Ya benar kita tidak sempurna. Kesempurnaan itu memang bukan milik kita pada hakikatnya. Tapi jangan berharap untuk orang lain menerima segala yang jelik tentang kita andai kita mencuba untuk berubah pun tidak mahu.
Belajar untuk berubah.
Sekian.