Sunday, March 6, 2011

Madah si Kerdil;


bernyanyilah sendiri disaat malam menghampiri.
nikmati hari hari mati.
biarkan sepi yang membodohi.

kerana orang takkan peduli!

dan

satu hal bodoh yang pernah terjadi.
seribu hal lebih baik akan datang nanti.
 

hanya percaya pada diri sendiri ya Kerdil.
Kerdil tak bermaksud kau tak mampu :)

Penat yang ter-infiniti.



Aku benci bila aku tak kuat,
Aku benci bila aku lemah,
Dan aku paling benci bila aku mudah menangis,
Hanya kerana perkara sekecil cuma.

Tak ubah seperti kanak kecil,
Yang masih mentah dan tak berakal,

Tapi aku suka kehidupan anak kecil,
Yang tidak punya apa masalah,
Hanya tahu bermain dan bergembira,
Hanya tahu menangis bila keperluan tidak dipenuhi.
Bukan macam aku,
Yang menangis kerana perkara bodoh.

Terserlah kedayusan kau LISA.
Aku penat, tersangat penat.

Yes I do.




I know I'm not good enough like her,
I know I'm not pretty and sweet just like your ex,
And I know you can't love me like you did before with her.

But,

I love you more than she did,
With no lies, its just pure.
And no one could love you like I do.
Just me.

Diperbadutkan.


Mungkin aku ni memang tempat persinggahan,
Untuk mereka yang bosan dan sunyi atau baru lepas ditinggalkan.
Easy come, easy go.
Itu ayat yang sesuai untuk mereka.
Tapi,
Aku tak kisah.
Sebagai kawan memang tugas untuk menghiburkan seseorang.
Well, kawan panggil aku cartoon dan dia kata kerja aku memang untuk buat lawak
dan
penghibur.
Memang betul cakap kau,kawan.

Saturday, March 5, 2011

Kau mungkin tak mengerti.


Ada masa aku rasa macam HEY WORLD, I CAN SURVIVE. Dan betul, sebenarnya aku boleh berdikari. Sebelum sebelum ini aku rasa terlalu manja apatah lagi dengan orang-orang yang paling dekat dengan aku, orang yang sayang aku, orang yang aku sayang. Hello Im talking about manja bukan GEDIK okay.

Realitinya, aku boleh sendiri. Tapi aku pilih untuk tak mahu. Bukan niat aku nak menyusahkan orang lain dengan karenah bla bla aku, cuma caring itu kena ada. Percayalah, kena ada. In case lah kau memang tak kisah langsung kalau orang yang kau sayang family fellow and bla bla tak care langsung pasal kau kan. Alien mana kah kau?

Bila kita sedang berada dalam situasi yang betul-betul tersembam tanah, akan ada annoys-annoys yang cakap, "Move on ", "Dah lah, nanti okay laa tu ", kau tak rasa, kau boleh cakap macam tu. In case lah kau pernah tersungkur dalam situasi macam ni, mesti kau akan cakap "Dunia ini syurga, sampai lah ada antara kau neraka kan ia".


See, semua orang lain-lain. Semua orang ada cerita ketawa cerita menangis yang berbeza-beza.

Hanya yang sama, semua orang pernah rasa apa itu suka apa itu duka.

Sabarlah, masa depan itu sedang berada di jari jemari kita. Basuh tangan dengan bersih, gunakan sabun dettol. Okay tak pasal.

Dia.



Aku suka bila macam ni. 
Happy.
Tolong lah macam ni sampai nanti.
Aku akan perbaiki diri.
Aku janji.

untuk kau pemilik jiwa penjajah hati,
apa yang tak boleh?

Terima kasih untuk senyum kau pada aku hari-hari,
serta cinta yang paling indah dan aku harap ia tak berbelah bagi.

Pergi tapi aku akan kembali.


Aku minta dibutakan mata ,
dipekakkan telinga .

saat aku melambai tangan meminta izin pergi .
dari melihat air mata kau jatuh membasah pipi .
dari mendengar kau teresak tak berhenti .

Aku akan datang lagi ,
kerna separuh hati aku kan masih pada kau lagi ?