Monday, March 7, 2011

Terbaring bertemankan tertikus.



berkali aku tahan.






air ini jatuh.




aku seorang.


terbaring.
bertemankan bantal.
bertemankan tetikus.





jari aku pantas.

pantas menaip.

sepantas itu juga.

air mengalir.





aku cuba mencari sinar.
cuba mencari jalan.
jalan pintas.
tak juga aku temui.






terbaring lagi.
bertemankan sedu.
bertemankan emosi.





air.


berhenti lah mengalir.




aku benci. 




 tolong la kerdil, untuk kali ini sahaja. kau perlu kuat sayangs.

Sunday, March 6, 2011

Pahit sakit yang melampau.



Dunia gelap. Banggunan usang. Pokok ditebang. Siang tak kembali. Bintang hilang. Bulan bawa diri. Burung mati ditembak. Kapal terbang terhempas. Jiwa mati. Aku mati. Kau mati. Mereka mati. Dia mati. Pada awal manusia suka berjanji tapi dipenghujung kau lupa apa yang dijanji. Siang hari kau Ultraman malam hari kau rasaksa. Hari ini kau malaikat esok kau syaitan merah. Bintang ada kau romantik bintang lenyap kau kejam. Aku pernah kena tampar, aku pernah kena rotan, aku pernah kena cubit, aku pernah jatuh basikal, aku pernah jatuh motor, aku pernah patah gigi, aku pernah luka siku, aku pernah sakit otak. Semua yang aku lalui itu semuanya sakit. Ada sorang mamat ni pernah berkata padaku, "kalau kau hidup kat dunia ni, taknak rasa sakit. pergi mati. tak payah jadi manuisa". Kadang-kadang aku benci untuk sakit. Aku benci menyakitkan. Sakit buat kita menangis, sakit buat engkau marah, sakit buat kamu merajuk, sakit buat mereka berpecah, sakit buat dia mengalah, sakit buat aku mati. Apa aku rasa sekarang sangat sakit. Lukanya terlalu dalam. Sangat dalam. Susah untuk kau capai durinya. Aku benci menangis, aku tak suka merajuk, aku menyampah bila ini terjadi, kenapa la aku kena lalu jalan ni padahal jalan lain sudah siap untuk aku. Lagi cantik. Rata. Ada pokok-pokok besar. Redup. Sebaliknya pilihan aku jalan bertanah merah lembik. Kadang-kadang kita pernah rasa bahagia yang sangat sekejap. Petang kau lompat keriangan. Malam kau bersedih duka. Aku sangat tak suka 'sekejap'. Aku nak cari 'selamanya', tapi.. lantak ah. Ye, kentot aku busuk. Bau petai opah kau. Kenapa, ada masalah? Kalau takda duduk kau diam-diam. Dalam ni, macam-macam rasa ada. Kau nak apa? Sakit hati? Pahit? Merah menggelegak? Panas? Pilih je. Apa, kenapa manis takda? Aku benci manis. Manis buat aku meluat. Manis buat aku nak muntah. Manis buat aku senyum macam orang gila. Manis buat aku menangis. Manis buat aku tak tentu arah. Manis buat aku jadi tak betul. Manis buat aku sakit. Dan sakit itu tak dapat nak disembuh.

Salam perkenalan Encik
Pahit. Nama saya Sakit :)

Madah si Kerdil;


bernyanyilah sendiri disaat malam menghampiri.
nikmati hari hari mati.
biarkan sepi yang membodohi.

kerana orang takkan peduli!

dan

satu hal bodoh yang pernah terjadi.
seribu hal lebih baik akan datang nanti.
 

hanya percaya pada diri sendiri ya Kerdil.
Kerdil tak bermaksud kau tak mampu :)

Penat yang ter-infiniti.



Aku benci bila aku tak kuat,
Aku benci bila aku lemah,
Dan aku paling benci bila aku mudah menangis,
Hanya kerana perkara sekecil cuma.

Tak ubah seperti kanak kecil,
Yang masih mentah dan tak berakal,

Tapi aku suka kehidupan anak kecil,
Yang tidak punya apa masalah,
Hanya tahu bermain dan bergembira,
Hanya tahu menangis bila keperluan tidak dipenuhi.
Bukan macam aku,
Yang menangis kerana perkara bodoh.

Terserlah kedayusan kau LISA.
Aku penat, tersangat penat.

Yes I do.




I know I'm not good enough like her,
I know I'm not pretty and sweet just like your ex,
And I know you can't love me like you did before with her.

But,

I love you more than she did,
With no lies, its just pure.
And no one could love you like I do.
Just me.

Diperbadutkan.


Mungkin aku ni memang tempat persinggahan,
Untuk mereka yang bosan dan sunyi atau baru lepas ditinggalkan.
Easy come, easy go.
Itu ayat yang sesuai untuk mereka.
Tapi,
Aku tak kisah.
Sebagai kawan memang tugas untuk menghiburkan seseorang.
Well, kawan panggil aku cartoon dan dia kata kerja aku memang untuk buat lawak
dan
penghibur.
Memang betul cakap kau,kawan.

Saturday, March 5, 2011

Kau mungkin tak mengerti.


Ada masa aku rasa macam HEY WORLD, I CAN SURVIVE. Dan betul, sebenarnya aku boleh berdikari. Sebelum sebelum ini aku rasa terlalu manja apatah lagi dengan orang-orang yang paling dekat dengan aku, orang yang sayang aku, orang yang aku sayang. Hello Im talking about manja bukan GEDIK okay.

Realitinya, aku boleh sendiri. Tapi aku pilih untuk tak mahu. Bukan niat aku nak menyusahkan orang lain dengan karenah bla bla aku, cuma caring itu kena ada. Percayalah, kena ada. In case lah kau memang tak kisah langsung kalau orang yang kau sayang family fellow and bla bla tak care langsung pasal kau kan. Alien mana kah kau?

Bila kita sedang berada dalam situasi yang betul-betul tersembam tanah, akan ada annoys-annoys yang cakap, "Move on ", "Dah lah, nanti okay laa tu ", kau tak rasa, kau boleh cakap macam tu. In case lah kau pernah tersungkur dalam situasi macam ni, mesti kau akan cakap "Dunia ini syurga, sampai lah ada antara kau neraka kan ia".


See, semua orang lain-lain. Semua orang ada cerita ketawa cerita menangis yang berbeza-beza.

Hanya yang sama, semua orang pernah rasa apa itu suka apa itu duka.

Sabarlah, masa depan itu sedang berada di jari jemari kita. Basuh tangan dengan bersih, gunakan sabun dettol. Okay tak pasal.