Tuesday, March 8, 2011

Im sick of you!


Why are you keep going contact me? There is nothing between you and me anymore. So, stop calling and text me because you no longer exist in my new diary. Just go on with your own life with your new girlfriend and i move on with my life with beloved one. Did I mentioned before that i regrets to knowing you? YES, i am. because i will remember a life with you and i never want to go back. YES, i am talking about you idiot. and please highlight my words that you are not precious in my life. So, leave me alone!

Monday, March 7, 2011

Don't try to fix me.

have change to
kawan ------------------> lawan
apakah? ntahlahhh.
tetiba hati kecil ini mahu posted ini macam. -___-

Di saat ini.

di saat ini, ada sahaja yang tidak kena pada ku.
di saat ini, semua pihak ingin menjatuhkan semangat ku.
di saat ini, aku kehilangan rakan karib ku.
di saat ini, seperti ada perang di antara aku dan keluarga ku.
di saat ini, tangisan malam pasti kedengaran di dalam bilik ku.
dan di saat ini, kelakuan mereka sudah melebihi kesabaran ku.
oh, kau cubalah dengan cara apa pun untuk menjatuhkan aku, wahai manusia. aku tahu aku berupaya menanganinya kerana aku tidak akan goyah dengan taktik permainan mu. aku berpegang dengan kata-kata ku ini. kau tunggu dan lihat.

Emotions of human being


Biasalah tu dalam hidup mesti ada merajuk,
Biasalah tu bila kita lupa kawan,
Biasalah tu semua orang pun punya masalah sendiri bukan kau seorang saja,
Biasalah tu bila hati tidak tenteram,
Biasalah tu sekali-sekala mesti ada perbalahan sesama manusia,
Biasalah tu bila air mata membasahi pipi,
Biasalah tu jika ada yang sakit hati,
Biasalah tu bila cemburu menguasai kita,
Biasalah tu bodoh sombong mesti ada,
Biasalah tu perkara kecil diperbesarkan,
Biasalah tu si dia tidak tahu perasaan suka kita terhadapnya,
Biasalah tu ada saja orang yang suka menyibuk,
Biasalah tu terjatuh tersungkur dalam menghadapi masalah,
Biasalah tu tiada siapa yang faham kita,
Biasalah tu perasaan ego tidak boleh dikawal lagi,
Biasalah tu bila kita berputus as ,
Biasalah tu kadang-kadang kita menang,
Biasalah tu talam dua muka dalam kehidupan,
Biasalah tu kegembiraan jelas dimana-mana.
 



Apa yang luar biasa? Gunakan otak, kau fikirlah sendiri. :)

Kalau kau.



Wahai Teman ,

Kalau kau punya masalah, datang kepadaku ,
Kalau kau ingin seseorang menjadi telinga mendengar masalah kau, datang kepadaku ,
Kalau kau mahu seseorang untuk meluahkan isi hatimu, datang kepadaku ,
Kalau kau ingin meminjam bahu untuk menangis, datang kepadaku ,
Kalau kau ingin seseorang untuk menyimpan rahsia kau, datang kepadaku ,
Kalau kau mahu teman bergossip, datang kepadaku ,
Kalau kau ingin teman  bergembira datang kepadaku .
Cuma satu, aku tidak boleh janji akan berada disisi kau tepat pada masanya. Tapi aku punya soalah, adakah kau akan berbuat sedemikian ketika aku menginginkan kau untuk melakukan hal yang sama? Oh, tidak mungkin! Kerana kau suka meludah sesuka hati dan menjilat balik sekiranya kau terdesak. Tapi tidak mengapa aku sudah masak dengan perangai yang macam kau.

Engkau fikir engkau hebat? Mustahil.


hei engkau.
jangan ingat aku tak tahu ape engkau buat belakang mereka.
ya, belakang mereka engkau boleh berlakon baik.
pergi beraya memakai jubah.
engkau jgn ingat aku tidak tahu.
dalam jubah ada baju tanpa lengan.
hei engkau.
dimata mereka engkau lah yang terbaik.
ya, engkau yang terbaik.
segala apa yang engkau lakukan adalah yang terbaik.
segala apa yang engkau cakap tiada salah silap nya.
tapi engkau jangan lupa.
belakang mereka aku tahu engkau bagaimana.

hei engkau.

pandai engkau sorok diri engkau sebenar.
pandai engkau tutup mata mereka.
tidak nampak siapa engkau sebenar.
dan mereka tertipu.
tertipu dengan topeng yang engkau lukis itu.
engkau jangan lupa.
aku tahu topeng lukisan engkau itu dilukis dari apa.
hei engkau.
engkau pandai mengajar aku yang tidak elok.
dan menyuruh aku buat.
tanpa engkau sama-sama buat.
supaya mereka lihat.
aku lah yang buat.
aku lah yang jahat.
hei engkau.
aku tahu engkau hebat.
aku tahu aku tak sehebat engkau.
aku tahu engkau cekap.
aku tahu aku tak secekap engkau.
engkau jangan lupa.
aku siapa.

hei engkau.

jangan ingat aku tidak berkuasa.
tapi sayang, kuasa itu aku simpan seorang sahaja.
tidak boleh diguna dimana-mana.
dan dengan itu engkau mengambil kesempatan.
dengan menunjukkan pula kuasa engkau.

hei engkau.

engkau jangan lupa juga serangkap ayat.
yang pernah kita belajar disekolah dahulu kala.
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".
satu hari nanti, engkau pasti akan jatuh.
aku tidak akan menjatuhkan engkau.
aku akan biar engkau jatuh sendiri.
dan tidak boleh berdiri lagi.

masa itu, aku akan ketawa.
sambil berkata.
aku ialah
SITI KHALIESAH MOHD FIKRI.

Mereka bangga mereka ada;


mereka bangga mereka ada blackberry.
mereka bangga mereka ada kereta swift.
mereka bangga mereka ada rumah banglo.
mereka bangga mereka ada bath tub di bilik air mereka.
mereka bangga mereka ada gaji besar.
mereka bangga mereka ada baju baru yang tak pakai lagi.
mereka bangga mereka ada kereta nombor plat sama.
mereka bangga mereka kurus.
mereka bangga mereka boleh pakai seksi.
mereka bangga buah hati mereka hensem.
mereka bangga mereka ada laptop mahal.
mereka bangga mereka menggunakan processor quad core.
mereka bangga mereka pandai main gitar.
mereka bangga adik mereka cantik.
mereka bangga ayah mereka mejar.
mereka bangga orang bagi mereka bunga sejambak.
mereka bangga orang perhatikan mereka.
mereka bangga orang meletakkan mereka di atas.
mereka bangga mereka ada lesung pipit.
mereka bangga mereka pakai pendakap gigi.
mereka bangga mereka punyai suara lunak.
mereka bangga mereka ada psp.
mereka bangga pasukan bola sepak kegemaran mereka menang EPL.
mereka bangga mereka punya ramai follower di blog mahupun twitter.
mereka bangga anak mereka masuk universiti.
mereka bangga mereka ada blog.
mereka bangga mereka ada banyak duit di akaun nuffnang mereka.
mereka bangga anak mereka pandai berjalan umur 5 bulan.
mereka bangga anak mereka 5A UPSR.
mereka bangga mereka punya ribuan ringgit di dalam bank.
mereka bangga dengan apa yang mereka ada.
mereka bangga. mereka bangga.

ada perkara perlu bangga. ada perkara tidak perlu.
kerana sesetengah perkara yang tidak perlu itu, akan membawa kepada sifat tinggi diri seterusnya membuat kita lupa siapa kita. apa yang kita dapat kalau kita bangga diri ?


aku tak kisah tak dapat 5A UPSR. aku tak kisah aku tak cantik. aku tak kisah aku tak kaya. aku tak kisah tak punya ramai follower. aku tak kisah aku tak kurus. aku tak kisah tak punya apa-apa. yang penting. aku happy hidup sebagai diri aku.