Sunday, March 13, 2011

Tak punya hati.


Sakit perut yang terlampau. Losyen Mustajab yang mak bagi sedikit pun tak berkesan. Rasa macam nak bergolek-golek je dari Malinja sampai Murni. Mood aku pun dah terbang entah ke mana, malas dah aku nak main kejar-kejar. Letih.

Okay, dia buat hal. Diam sejuta bahasa. Mesej tak reply, IM pun haram nak reply. Sakit hati menggunung lagi. 

*awak, awak tahu tak saya lapar sangat-sangat. saya nak ajak awak teman saya makan dekat foodcourt. tapi kenapa awak diam. urgh!

Dah, campak handphone jauh-jauh. Laptop campak bawah katil. Tarik selimut tutup muka nangis senyap-senyap.

Kebulur sampai tahun depan.

Tidur.

Akan ada.



Akan ada manusia rakus main permainan yang mudah dengan cara menipu.
Telah ada manusia rakus main permainan yang mudah dengan cara menipu.
Tidak ada manusia rakus main permainan yang mudah dengan cara menipu.

Salah.


Kau pernah tak rasa nak menyalahkan orang lain dan dalam pada masa yang sama kepala otak kau sibuk fikirkan 'woi jangan salahkan orang, nanti orang kata kau yang bermasalah'? Kau pernah tak rasa nak meluahkan itu ini pada seluruh dunia tapi dalam kepala otak kamu berkata 'dunia tak akan faham apa yang aku rasa'? Kau pernah tak rasa nak jujur dengan segala apa yang menyesakkan jiwa kau, tapi kepala otak kau sibuk terngiangkan kata kata baik kawan sendiri 'lebih baik menyakiti hati sendiri sebab kita boleh ubatkan hati kita, kalau kita sakitkan hati orang, siapa nak ubatkan hati orang tu'?

Macam yang aku pernah katakan sebelum ini, aku sekarang terselit dalam keadaan dimana aku tak boleh nak kedepan, kebelakang, keatas, kebawah dan sudah pasti yang kiri dan kanan aku adalah satu pilihan yang dah membuatkan aku buntu siang siang lagi.

Heh dunia, aku nak mengungkit segala apa yang telah berlaku keatas aku di sebabkan aku dan menyebabkan aku boleh tak? Aku nak mengungkit segala apa yang terdampar luas masalah depan mata ini sebab kamu dan menyebabkan kamu boleh tak? Aku nak mengaitkan segala emosi tak stabil dan keadaan jiwa kurang tenteram ini dengan diri kamu serta melibatkan jiwa kamu sakit boleh tak? Boleh tak? Hah? Jawablah! Kenapa diam? Ayat yang kau lemparkan, perbuatan kau, tindak tanduk kau, niat diri kau, perhubungan kau, segalanya dari kau yang dah banyak buat aku rasa tersiksa! Kau tahu? Tak tahu kan? Sebab selama ini aku membatu!

Ok, jangan suruh aku pergi sesi pengurusan stress sebab aku dah baca dah buku pengurusan stress tu, tak membantu langsung untuk aku terus sabar.

Macam biasa, aku akan terus menjadikan lakonan Sean Pean dalam I Am Sam sebagai satu terapi minda aku. Cuba untuk menjadi sekuat PowerPuffGirl walaupun suami kesayangan kata UltramanNexus lebih hebat. Aku cuba, dan biasanya aku gagal tanpa di duga. Siapa dalam dunia ni tahu kalau kita sedang murung? Siapa dalam dunia ni tahu kalau kita hidup dalam satu keadaan yang kita tak suka?

Sampaikan ke satu tahap dimana kamu terpaksa menjadi orang lain dan bukan diri kamu, hanya sebab kamu mula hidup dalam dunia yang serba pelik. Hah, aku sendiri dah panggil dunia aku pelik. Sampaikan ke satu fasa dimana kamu akan rasakan yang kamu nak putuskan semua hubungan manusia dengan mereka yang menyesakkan dada kamu, hanya sebab dia tak melayan kamu sama taraf dengan layanan orang lain dapat. Sampaikan ke satu tahap yang kamu rasakan kamu perlu lari dari kehidupan kamu sekarang dan bina kehidupan lain bersama orang lain dan menjadi diri kamu yang kamu mahukan, hanya kerana dunia sekeliling kamu sering kata kamu kosong.

Dalam semua kesesakkan yang berlaku pada diri kamu, mucul kata kata 'kamu tak seharusnya beremosi'. Hah, habis tu aku perlu apa? Bersenang lenang main kejar kejar dengan kawan baik, dia berlari meggunakan kasut roda dan aku berlari menggunakan kasut terkopak tapaknya? Hah, habis tu aku perlu diam? Duduk dan terus menyesakkan jiwa sambil menghitung hari hari terakhir dunia ini? Itu pun kalau esok lusa adalah hari terakhir, kalau 10 tahun lagi?

Dalam semua kesesakkan ini, dalam kesempitan akal aku untuk berfikir baik dan buruk satu duduk perkara, aku wajib menjaga hati yang dah menyempitkan aku, aku patut belai jiwa yang menyesakkan aku, aku patut sayang orang yang mengabaikan sayangnya pada aku itu. Segalanya dalam keterpaksaan, aku dan diri aku yang memilih untuk itu supaya mereka bahagia dalam apa yang mereka pilihkan dalam hidup aku.

Sebab aku tahu, perempuan miliki Limbic System yang lebih besar sementara lelaki pula miliki saiz Inferior-Parietal Lobule yang besar. Apa Limbic System dan Inferior Parietal Lobule? Hah, itu yang kamu perlu Google kan dan kamu perlu tahu, aku pun tahu itu hasil dari kehidupan aku dan dunia aku.

*emosi tak tentu hala.

Aku lupa.


Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini manusia. Ada hati, ada perasaan, ada persepsi dan tanggapan sendiri. 

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini makhluk tuhan. Boleh mati bila-bila masa, boleh kaya dalam
sekelip mata dan miskin papa kedana.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada keluarga. Yang selalu datang dan tak pernah pergi tak kira
aku susah, senang mahupun sepi.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada kawan. Yang selalu buat aku gelak sakan, senyum sambil makan dan menjerit seperti orang sawan.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada hak untuk berkatakata. Saat orang lain buat aku down gila dan buat aku macam aku tak pernah wujud.

Kadang-kadang aku terlupa yg aku ada hati. Untuk maafkan semua yang terjadi. Walau sakit dan pedih macam duri.

Tapi aku bersyukur kerana aku masih diri aku dan tak akan mencuba untuk berubah menjadi yang lain. Dan aku bersyukur kerana aku sudah memiliki dia.

May i forget the past?

Ice-cream and candy can cure a broken heart.

Magis bukan? Setelah perit terjatuh terluka tersembam, budak kecil boleh tersenyum ketawa semula hanya dengan aiskrim dan gula-gula .

Aku bukan bercakap tentang mudahnya sakit dilupakan. Tapi, kenapa perlu terlalu lama berada dalam episod duka? Sedangkan plot suka sedang bersedia di garisan mula.

Hidup ini sebuah cerita. Bukan lagenda budak setan ataupun greenhornet .
Tolonglah.

Kalau lah.



Hidup mesti seronok kalau semua orang tahu mana destinasi kita nak pergi.

Macam ada remote control, ada scene yang buat kita rasa sucks boleh tekan "FORWARD" atau "NEXT". Bila scene bahagia pulak boleh "PAUSE" biar kita lama di dalamnya. Lepastu bila rasa bosan boleh "REWIND" balik semua yang indah. Jadi, tak payah susah-sudah mata nak mengalirkan likiuid yang dengan mudahnya turun dek kerana hati di ketuk-ketuk oleh situasi. 

Kau bahagia dengan hidup kau ?

Kau punya remote control ?

Hey mari sini ,bagilah aku pinjam .

Lil bit.


Please, remember this. It's okay if you're a bad or terrible guy or girl. Seriously, I ain't good too. Everybody make a mistakes and nobody perfect. But I always believe that everybody who is having a really bad attitudes will change and be a better person. If it is not now, one day they will be. Insya-Allah, hopefully. But it's depends on ourself to change our attitudes to be more nifty and with prayer from yourself and people surrounding too. :)