Thursday, January 27, 2011

buat hidup aku tak keruan

awak,awak.
awak pakai ubat guna-guna eh?
awak calitkan kat saya?kan?

serius,
saya rasa saya dah kena ubat guna-guna lah.
24 jam tak boleh berhenti pikir pasal awak.
tapi jangan risau,
mandi saya masih basah, tidur saya masih lena
dan makan saya tetap berselera.

baik awak mengaku,
awak ada pakai ubat guna-guna kan?

*pengsan*

*bangun balik*

awak,
tak larat lah macam ni.
awak tersekat dalam kepala saya tau.
jahat lah awak.
.....................................................................

perasaan saya masih sama macam pertama kali saya jatuh cinta pada awak.
indah kan kuasa tuhan?
 
:)

tak punya perasaan

membilang saat dan minit untuk pulang ke pangkal jalan.
tapi perasaan gembira mahupun sedih bagai tak menjelma.
bagai manusia yang tak punya perasaan.
mahu je aku cabut hati aku dan pijak sampai hancur.
supaya aku tak perlu merasa apa yang aku rasa sekarang.
sakit dan pedih tak pernah nak cuba menjauhi hidup aku.
cemburu bila dapat tengok aku tersenyum.
sampai bila aku pun tak tahu.
mungkin sampai kiamat.



ish, sakit la gila.

Wednesday, January 26, 2011

stalker terhebat :)

dia sering melihat karya si kerdil yang tak seberapa
membuatkan hati tambah berbunga
dan yang pasti membuat kerdil semangat untuk meludahkan karya

untuk si dia, terima kasih :)

Monday, January 24, 2011

Sayang, angkuhnya saya

Angkuhnya Aminah sangat tinggi . Dia tahu dia tak akan kehilangan, dia tahu dia disayangi setiap kali pun dia angkuh dan terus angkuh . Hari ini sebenarnya bergaduh sama juga seperti hari-hari biasa ,akan tetapi hari ini sabar Ali mencapai tahap maksimum bila nama Mansur disebut buat julung-julung kalinya. Ali bilang nama Mansur itu pantangnya , bikin hatinya hancur. Ali bilang dia tidak lagi mahu kisah ! Ali bilang 'pergilah'. Namun, jauh disudut hati Ali,terlalu sayangnya dia kepada Aminah.

Yehaaaa , barangkali Aminah hilang akalnya kerana belum cukup matang?

Akan tetapi Ali tetap juga memujuk walau hatinya Aminah tidak ambil kisah. Lihatlah orang sekeliling , bertapa angkuhnya Aminah. Tetapi perlahan-lahan Aminah sedar , orang yang dia abai,dia biar remuk hatinya adalah orang yang paling banyak sabar dalam dunia. Ibunya Aminah juga tidak boleh sabar begitu .

Apa akhirnya hubungan mereka? Ali,Aminah. Mereka mengharapkan yang terbaik. Biarlah hubungan mereka sampai dengan apa yang sepatut akhirnya. Masalah mereka hanya jarak , desakan keadaan sekeliling. Mereka bukan tidak cocok bersama, bukan jugak tidak mengenali perihal dalam masing-masing. Akhirnya Ali menerangkan ini dengan tenang pada Aminah . Bukan sekali , hampir tiap kali akhirnya pergaduhan. Pesannya pada Aminah , berfikirlah. Angkuh pada orang yang kau sayang bagi kau apa?


Jangan biar hati yang kaku sayang kau itu dipijak-pijak kerana satu hari ianya juga bisa kempis

ghaib di mata,nyata di hati

harusnya seperti apa?
bila aku padam satu-satu celaka,
kau masih disana, tegar durjanakan kembali semuanya.

harusnya bagaimana?
untuk aku senyum seperti biasa,
kalau kau pula berdansa senang bila susahnya aku yang rasa.

harusnya apa lagi?
untuk aku tidur lena,
untuk aku senyum gembira,
untuk aku bermega bahagia,
dan untuk aku rasa manisnya asmara,
bila kau masih jadikan aku ini si pemuram durja.

sebab kau,
darjah homosapiens aku sudah abnormal,
bukan atassebabmemandangdengar aku lagi.
bukan sudah. kosong semua. segala

bukan Ali tapi Lisa

Cukup cukup lah jadi yang paling berlapik. Cukup cukup lah jadi yang paling menang.

Aku Ali.

Bukan seorang penulis.

Dan bukan seorang penagih.

Ali bukan rebel.

Jauh sekali pemberontak.

Bukan juga seorang yang cantik.

Bukan.

Itu semua bukan Ali.

Ali seorang perempuan kecil yang berhati besar. Yang sentiasa diperkotak katikkan oleh orang sekitar. Yang selalu ditikam. Yang selalu sakit. Yang selalu ditinggalkan. Dan yang sentiasa diherdik mati-matian.

Jadi dipendekkan cerita, macam ni je lah.

You nak i tak?

Nak lah nak lah.

Please.

bebelan

Aku tengah sibuk kira hari. Bila nak pergi bila nak pergi.

Akan sampai satu masa di mana kau akan rasa penat. Penat tahap infiniti. Penat yang kau dah cukup penat nak penatkan. Penat yang buatkan kau mati akal, mati hati, hati mati, hati hati.

Aku ada cita cita, cita cita yang aku taknak kaya. Cukup makan, cukup cinta, cukup kertas dah cukup buat aku kaya. Bila kita buat sesuatu dengan love, akan datang satu spirit yang namanya True. Jadi di sini, kalau kau belum cukup love, maka kau tak cukup true.

Aku rasa aku memang geli dengan orang kaya. Sebab orang kaya cepat lupa. Dia biasanya lupa anak dia ada berapa. Dia lupa yang anak dia salah seorang tu digelar ribel. Dia lupa anak dia yang sorang tu tengah SPM. Dia lupa anak dia tu perlukan Love. Dia lupa. Tu masalah dia. Masalah dia hanya lupa.

Bila dia dah buat hati anak dia menangis dia ambik mudah. Dia macam bajet lekluu lekluu. Dia silap besar bila dia fikir, ''Alah, nanti dia lupa lettu bila dah besar nanti.''

Sebab dia lupa yang anak dia tu lupa macam mana nak terlupa.