Tuesday, December 11, 2012

Celaka.

Ada 1, 2, 3, 4 atau mungkin 10.
Itu pilihan.
Dah ada, tinggal pilih mana, jangan tambah, kerana yang ada pun belum tentu kau kenal mana kaca mana permata.

Marah. Itu sedikit.
Jangan mengungkit kalau kau yang membangkit.
Kecewa, itu banyak.
Lebih banyak juga yang dihenyak.
Letih. Itu sipi.
Letih mahu ambil mahu beri tapi langsung tak tinggal sikit dalam hati.


Alasan mudah, kerana yang lama.

Itu jijik.
Alasan mudah, kerana pernah jatuh. 

Itu angkuh.
Angkuh kerana kau rasa bebas untuk buat pilihan sedangkan kau sedang bunuh satu-satu jiwa yg ada.



Celaka.


Bukan sekali. Berkali.
Tapi aku masih berdiri. Lawan mana penghuni yang mahu aku hilang dari bumi.
Mahu cuba bina perang yang kau tak mampu nak lawan.
Ini bukan amaran, tapi peringatan.
Bila aku kata aku kalis, bukan kebal, tapi lebih berjiwa tahan.


Dalam kiraan senyap, aku mahu kau lenyap.

Empat.

Yang datang, aku ucap selamat.
Sedia terima tentangan paling hebat? Tentangan dari aku. Sebab aku kayu.
Kalau berjaya, aku salut.


Sekarang, kau ambil ini hati, kau simpan dalam peti, kunci.
Aku tak mintak lagi.
Tapi bila kau dah penat menanti, sila, buka kunci, lepas aku pergi.
Boleh? Mahu begitu atau bagaimana?


Dah aku kata, pemilik jiwa ini bersalut besi, beralas gerigi.
Yang terluka nanti diri sendiri.
Sudah, hilangkan diri kau disebalik awan, aku takkan gapai mahupun pandang.



Aku tahu, bukan semua begitu. Tapi takut itu ada. Aku tak boleh tipu.


Dah, cuma tunggu saja.



Pasrah.

Saturday, June 30, 2012

Rapuh.

Hati rapuh.
Tak punya ubat untuk sembuh.
Ah peduli.






Guling guling.

Monday, June 4, 2012

June June June!




Jun,

boleh berkawan?



Kalau boleh
saya nak awak tenang,
pandai ambil hati,
bla,
bla bla,
bla bla bla.



Boleh berkawan?



Sep!

Half of me.


What I’m asking for is for you to love me for me, for all of me. 
The parts of me you like, the parts of me you don’t, the parts of me that cannot be all you hope me to be. 
That’s all I’m asking for.

Hamis.


Apa kau fikir aku tak tahu?
Apa juga kau tak pernah tahu?
Atau kau sengaja buat buat tak tahu.

Belakang kau baling tahi sama aku.

Kiri kanan atas belakang semua kau harung.
Depan sembur perfume sama aku.
Konon nak kasi wangi walhal hancing sungguh.

Belakang kau sebar caci tentang aku.
Sampai terkoyak rabak kain aku.
Depan senyum lebar sekerang paling wangi.

Belakang kau siap parang mahu tikam.
Depan kemain peluk cium arab sama aku.

Bajingan.

Haih,
Apa kalau aku cermin kembali belakang dan depan kau
Baru kau nampak nanah yang membusut di muka hipokrasi kau.

Terang saja apa kau tak suka.
Sampai bila mahu bertalam seribu satu muka?

Senyum kan saja, tak matang lagi mungkin.

Heartbeat.





Simple, too simple. You’re too simple.
Too hard to find. Like looking for a tiny thin needle in a haystack.
You see, I’m really thankful God let me meet someone like you.
Someone to love me just the way I am. No pretends.
And how would it be if you went away, when even the slightest bad news from you
could give me mini nervous breakdowns.
Making me hyperventilate as I try to calm myself down.

My fragile lover, my beloved.
And I’m never as HAPPY as I am with you, Muhammad Fikri.