Sunday, December 26, 2010

Kedai Mak Limah

Sampai ke destinasi. Perut yang tadi sudah lama membunyikan pelbagai genre lagu kini bakal diisi. *sukasuka. Aku duduk sambil tunggu untuk dilayan oleh pelayan-pelayan.


15 minit berlalu.


Pergh, bontot aku dah semakin mendidih tapi order makanan aku tak ambik-ambik lagi. Mata aku melilau mencari pekerja-pekerja hantu ni. Hampeh, aku dah lapar tahap gaban tapi kalian boleh pula tercegat depan tv layan cerita indon.


Panas hati nak mati. Aku tolak kerusi kuat-kuat then terus masuk kereta sambil sumpah seranah *&^%$#@






Pesanan ikhlas buat kalian;
Kerja buat cara kerja la eh, tak payah nak layan benda yang kau tak sepatut layan. If dah kemaruk sangat pun, apa kata tak payah kerja sebab pasal kau aku tak dapat nak lahap soto ayam tu tahu. Berniaga buat la cara berniaga elok ya kak. Buat la perangai selalu eh, moga kedai makan kalian lingkup terus lepas ni. Tak pun tutup je kedai tu, tak la menyakitkan hati aku sangat. Ptuih!