Friday, April 29, 2011

Kain putih.



Tak kiralah walau sekarang baju kau warna hijau, biru, merah, hitam, putih mahupun kuning.

Tapi bila kau mati kain kafan kau tetap putih.

Tiada apa yang membezakan kita.

Mungkin darjat dan pangkat yang membezakan. Tapi hanya di dunia.

Ingat, hanya di DUNIA.

Thursday, April 28, 2011

Pengorbanan yang tiada harga.

Beri laluan.
Laluan kepada si abah.
Si abah yang sedang menunggang motor kapcainya untuk menghantar si anak ke sekolah.
Tak kenal erti penat.
Asalkan si anak dapat mengejar cita-cita.
Panas terik nanti datang lagi menjemput.
Penat kerja seharian langsung tidak dihiraukan.
Demi manusia bernama anak.
Dari tadika, sekolah rendah hingga menengah dan kini di universiti.
Biar miskin duit, jangan miskin ilmu. 
Itu yang ayah pesan.
Duit tak boleh bawa masuk kubur tapi amalan dan ilmu.
Tuntut selagi boleh.
Ayah kerja cari duit.
Biarlah kena kerja macam mana pun.
Asalkan si anak dapat menuntut dengan sempurna.
Sebelum menutup mata, biarlah si anak penuh ilmu di dada.




Pernah atau tidak terlintas di kepala tentang pergorbanan ini?
Jika belum, fikirkanlah.
Masa tidak lama.
Biarkan mereka dengan hati yang tenang,
Terkenang si anak berjaya dengan ilmu dunia mahupun akhirat.




Mak ayah,
Anakmu ini sedang berusaha gigih menuntut ilmu di sini demi kalian.
Perit sakit anakmu telan.
Tak terbayar dengan pergorbanan kalian. 
Biar susah sekarang, lepas ini ukir senyuman sama-sama.


Babah, terima kasih kerana susah payah datang untuk menjemput saya disini nanti. Berita yang sudah lama anakmu ini nantikan setelah sekian lama hanya menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke pangkal jalan. Walaupun jauh, kalian tak pernah lupa anakmu yang duduk terpencil di sini. 


Bonda, terima kasih untuk semangat yang bonda bagi untuk menghadapi saat-saat getir. Sememangnya suatu keperluan bagi anakmu ini di sini. Terima kasih.


*Gugur airmata kegembiraan.

Jantung dan nadi saya.

Kuat sangat.



Aku ni kuat,
kuat makan
kuat tidor
kuat cakap
kuat gelak
kuat berjalan
Tolong kuatkan aku,
kurangkan semua kekuatan di atas.



Aku pohon bantuan.

^.^


When a man talks dirty to a woman, it's called sexual harassment. When a woman talks dirty to a man, it's $3.95 per minute - Lynnzay of Senoritas.

Dia.



Tidak punya apa-apa utk diberikan
Tiada material, tiada janji
Yang ada cuma hati
Lalu apa yang ada ini aku hadiahkan.

Untuk, si lelabah :)

Titik perubahan.



Titik perubahan. 
Moga hati ibu dan ayah sejuk sesejuk salji.
Perubahan dari segala aspek.
Bukan kerana publisiti murahan.
Kerana hati.
Aku mohon petunjuk dari-Nya.
Moga jalan kebenaran masih terlentang luas untuk aku.
Amin.

Sentap.



Awak, janganlah nak duk kutuk rupa fizikal orang sangat.
Awak pun tahu kan, tuhan yang ciptakan kita sejak azali.
Jangan syok sangat kutuk ciptaan tuhan.
Kang seolah-olah awak kutuk tuhan.
Nak bergurau pun, banyak lagi topik lain yang boleh diguraukan.


Tak reti bergurau, diam-diam sudah.

Kosong.



Sampai bila nak macam ni?
Tergantung disini macam mati.
Rasa macam mati laki, gantung tanpa bertali.
Tapi rasa sendiri hidup lagi.
Jantung bedegup kencang.
Laju macam pam basikal.
Nafas berombak garang.
Sampai suatu saat macam kena asma.
Fikiran lintang pukang.
Putar macam roda atas bawah.
Aku masih lagi tenang, secara zahiriahnya.
Sebenarnya sudah mati dalam mati.
Untuk yang ke-entah berapa kali pun aku tidak tahu.
Pasrah.

Tak mengapa, tidak peduli.



Makeup tebal sedepa,
Posing mata besar macam barbie,
Mulut muncung pout mouth,
Camwhore nampak paha,
Webcam nampak lurah,
Foto nampak semua.

Aku begitu?
Boleh saja.
Aku punya semua itu juga.

Tapi.



Geli.
Geli.
Geli.

Takpelah.
Teruskan cari publisiti simpati murahan.

Aku simpan mahal-mahal
Hanya untuk lelaki yang halal buat aku.

(:

Wednesday, April 27, 2011

I dont give a damn.


Akan aku hadapi dengan senyuman.
Kerana aku dilahirkan bukan untuk melayan hati binatang.


Terima kasih, bekas kawan.

Monday, April 25, 2011

Mulut longkang.



Bukan niat nak mendiamkan diri. Tapi aku terkesima, Terkesima bila ada yang mempersoalkan cara kehidupan aku. Sudah aku katakan bahawa aku ingin berpijak atas kaki aku sendiri. Tak perlu berlagak baik dan sopan di hadapan orang lain kerana itu bukan aku. Jangan lah berharap aku untuk menjadi begitu sempurna untuk kau. Kau sendiri pun tahu kehidupan aku bagaimana. Aku cukup terasa bila orang mula persoalkan gaya hidup aku. Kau terima aku bermaksud kau terima semua tentang hidup aku. Jadi jangan minta untuk aku berubah. Aku bukan manusia yang senang nak berubah jadi orang lain. Urgh, kau buat hidup aku tunggang terbalik. Malu nak berhadapan dengan orang. Untuk yang bercakap tentang aku, kalian memang lakhanat! Jangan sibuk persoalkan hidup aku sedangkan hidup kau sendiri belum tentu boleh jadi malaikat. Sibuk selak kain aku padahal kain sendiri dah terkoyak besar. Kau nak persoalkan tentang hidup aku macam kau dah 30 tahun hidup bersama dengan aku sedangkan mak dan ayah aku pun tak pernah bising kau pulak yang nak berlagak baik kat sini. Sumpah aku panas hati. Ni la manusia, semua nak buat mulut longkang. Tak pernah senang nak tengok orang lain bahagia. Dah, hati dah meledak. Aku nak berdiam diri sampai bila aku terasa nak diam. Jangan push hidup aku ataupun aku akan buat keputusan luar pemikiran aku. 

Wednesday, April 20, 2011

Kepala besar.





Sekejap. Tarik nafas sedalamnya.

Secara tiba-tiba aku rindu dekat kepala besar. 

Rindu nak kurung dalam tandas.
Rindu nak mandi sama-sama.
Rindu nak suapkan maggi.
Rindu nak rebut remote control.
Rindu nak tengok Astro Ceria.
Rindu nak sekeh kepala besar.
Rindu nak naik basikal sama-sama.
Rindu nak buli.
Rindu nak nak rebut tidur dengan babah.
Rindu nak tidur sama-sama.
Rindu nak ceritakan hikayat si katak dan puterinya.
Rindu nak berebut makanan dalam peti ais.
Rindu nak cakap 'Good morning' dan 'Good night' sebelum tidur dan selepas bangun.
Rindu nak ajar Matematik.
Rindu nak nak main kejar-kejar dekat luar rumah.
Rindu nak memekik nama petang-petang suruh balik.
Rindu nak tengok kena sakat dengan big bonzer.
Rindu nak tengok jadi ultraman.
Rindu nak berdebat pasal cerita kartun.
Rindu nak cubit pipi tembam.
Rindu nak bawak pergi makan dekat kedai belakang.
Rindu nak bermanja.
Rindu nak tengok menangis.
Rindu nak tengok ketawa.
Rindu nak tengok buat lawak antarabangsa.




Sesungguhnya saya rindu semua tentang diri awak.

Muhammad Hazwan bin Mohd Fikri; Kakak dah mula rindu awak. Rindu yang Dia hanya tahu peritnya. Awak jaga diri ya dekat sana. Jangan nakal-nakal. Jaga bonda elok. Jangan buli bonda dekat rumah. Tarik telinga nanti. Nanti kakak balik , kakak belikan pistol kamu eh. Nanti kita ronda-ronda The Curve dengan Kakak Fatin and Kakak Ira lagi okay :)

Loveyoualots kepalabesar. Iloveyouandimissyoulikefuckingdamnhellmuch.

Beban.



Semalaman tak katupkan mata.
Melepak di bilik bersama roomate tersayang dan Nia Salleh.
Bergosip bagai nak gila.
Kutip dosa sementara waktu.
Nak study PAD pun dah overload.
Penuh. Tak ada ruang nak masuk tang mana dah.


Fuhhh,
Habis jugak paper PAD hari ni.
Jangan tanya aku boleh jawab atau tidak.
Kerna kondisi kertas aku berada dalam keadaan yang suci lagi bersih.
Sudah, aku tak ada hati nak fikirkan lagi.
Aku dan politik sedang bermusuhan.
Yang penting sekarang satu beban sudah terlepas.
Ringan sedikit.
Accounts dan Microeconomics sedang tunggu di hujung jalan.
Nak tak nak redah sahaja.



Moga Dia percepatkan hari keseksaan ini buat aku. Tidak sabar untuk pulang ke pangkal jalan. Rindu tak terhingga :'(

Monday, April 18, 2011

Tiada tajuk.


Aku tak punya rasa untuk berkata.
Letih. Nazak.
Kalian datang tak diduga.
Harus bagaimana aku pun sendiri tidak tahu.
Hati berbahagi infiniti.
Kalian aku tinggalkan dulu buat sementara waktu.
Lain kali aku fikirkan bagaimana.
Waktu yang tidak tepat.
Waktu yang aku rasa kecundang.
Diari LELAKI aku tutup dahulu.
Diari PELAJAR aku buka semula.
Ini masa untu aku belajar.
Belajar untuk capai cita-cita.
'Pemalas', mana kau menghilang?
Sungguh kau mengerti aku.
Saat dimana aku perlu kekuatan untuk belajar.
Kau sepi. Sepi tinggal aku seorang.
Terima kasih aku ucapkan.



Sudah, buku dah memanggil. 

Ambil buku, ambil gambar ibu dan ayah. Belajar sambil tersenyum. Moga kalian di rumah sihat dan rindukan si kerdil :)

Saturday, April 16, 2011

Minggu menternak lemak.



Cuti buat masa yang lama.


Hati berhenti untuk menulis.





Jumpa lagi :)

Wednesday, April 13, 2011

Fokus.


Bila lapar, makan.
Bila haus, minum.
Bila ngantuk, tidur.
Bila penat, rehat.
Bila rindu, senyum.
Bila sayang, jaga.
Bila rajin, kekal.
Bila malas, ubah.
Bila period, marah.  Eh?!


FOKUS !

Sakit.

Antibodi lemah.
Sakit, sakit dan terus sakit.
Hopsital umpama rumah kedua.
Ubat kiri kanan atas bawah.
Tak larat nak tengok lagi.

Tapi. 

Aku punya ubat lagi mujarab. 
Iaitu sahabat-sahabat yang pernah mendaftar dalam kamus hidup aku.
Ada mereka, sakit hilang.
Senyuman terukir.
Aku tak minta ubat satu guni untuk aku.
Kerna, jika sakit datang, ia tetap akan datang.
Tapi aku hanya mintak mereka.
Semangat aku teruskan hidup walaupun pada hakikat aku sendiri lemah.
Mereka ubat sebenar aku.


Untuk Encik Sakit; Boleh beri aku masa sedikit untuk hidup? Masih banyak lagi yang aku belum dapat tunaikan. Aku belum puas untuk bersama mereka. En. Sakit boleh sembunyi dulu tak? Sekejap je, nanati masa dah tiba, aku cari semula. Aku belum puas tersenyum. Boleh kan?


Sahabat; Terima kasih sebab dah menjaga saat aku jatuh sakit. Maaf kerana menyusahkan kalian tapi ini memang hakikat hidup aku. Sakit tak akan pernah cuba nak hilang. Terima kasih sentiasa ada sisi menemani aku di rumah kedua aku. Berkorban penat lelah. Lari ke hulu hilir selamat kan aku. Sama-sama naik ambulans. Suapkan kan aku makanan. Tukarkan baju aku. Dan yang penting, buat aku tersenyum.

Terima kasih dari hujung rambut hingga hujung kepala.


Pesakit tegar, Lisa Fikri

Tuesday, April 12, 2011

Hari dia.


'SELAMAT ULANGTAHUN AYAH'

Sungguh aku rindu nak pulang. Dah lama sangat berada di perantauan.
Maaf tak boleh menyambut sama-sama dengan ayah. 
Cuma hanya dapat menabur kata.
Moga ayah sentiasa sihat seperti selalu.
Moga hari yang mendatang buat ayah sentiasa buat ayah tersenyum.
Dan moga ayah akan terus menjadi superhero.
Rindu ayah, sungguh tak tipu.
*Ish, benci betul dengan cecair ni. Cemburu tak bertempat.
Sudah, emosi tak stabil. Nak tutup mata. 


Selamat malam ayah dan ibu. Moga kalian mimpi indah :)

Sunday, April 10, 2011

Empty.



Titik kosong lagi.

I have recently lost what i used to have. What i used to own. What i used to have as my daily dose. I guess those stuff is not there anymore. Let by gone be by gone. I have thought of keeping everything. Till the end of my life. But eventually, things fade. 



Away.

Building up a new life without my all important people is sucks to. They are there. But they are not there. Everything feels so plain and plain. Everything's change. I, myself maybe have not learn without them yet. I mean, yeah. But it feels the same when you got back.

Everything is just not as what it used to be.

There is no spark anymore. Yes, no more sparks in friendship. Maybe, that one day the sparks will come back. But maybe, it will remain silent as it goes away day by day. I've been through this once, and i am going through this again. As i know it is actually come from myself.

Blank space. I have always been the one who started all the sparks. I have life and dreams to pursue. I want what i want. But for me to just stay put and stare at what had happened, it is just stupid.

I missed what i used to have.



Babe, i do really miss you. Can I get the old you back PLEASE :'(

Saturday, April 9, 2011

Ringgit. Rupiah. Dolar. Mana satu?



Manusia.


Antara ringgit, dolar dan rupiah, mana satu yang kau pilih?
Dolar bukan. 
Kenapa dolar? Kenapa bukan ringgit?
Kerana dolar itu tinggi harganya bukan.


Tapi, boleh aku bertanya?


Antara duit dan bahagia mana kau pilih?
Kalau duit jawapan kau. Kau terhebat.




Duit.


Sampai bila boleh sara engkau.
Hanya suatu barang, tak bernyawa langsung.
Boleh beli kebahgiaan? Semestinya tidak.
Dan engkau seorang manusia yang diciptakan sebaiknya oleh si Dia.
Punya akal dan fikiran.
Kerana duit kau berlaga.
Rakus merebut.




Duit boleh bawa ke lubang kubur?
Jikalau boleh, teruskan perlagaan kalian kerana aku sedang menyaksikan dengan penuh khusyuk.


Sila bunuh diri dan mati.


Noktah.

Thursday, April 7, 2011

Awan Nano.



AWAN NANO by Hafiz

Sejujurnya aku rindu ayah. Rindu nak tengok ayah senyum depan mata aku. Senyum nak tengok ayah bergurau senda dengan adik-adik. Awan Nona membuatkan aku faham apa itu pengorbanan seorang ayah. Selama ini mungkin aku sendiri tak pernah sedar. Leka dengan duniawi. Bangga dengan apa yang ada depan mata sedangkan pada zahirnya itu semua datang dari titik peluh ayah sendiri. Selama ni aku buta tengok pengorbanan ayah sendiri. Siang malam tanpa henti kerja bagai nak gila. Makan dan minum bukan suatu kepentingan bagi dia. Walaupun aku tahu yang ayah bukan jenis yang suka duduk diam kerana ayah lebih suka berjalan. Dulu mungkin aku tak mengerti apa tujuannya tapi kelamaan aku dapat memahami. Ayah berjalan dengan tujuan supaya dapat mengenal lagi kehidupan yang ada di sekeliling. Mengajar aku yang kehidupan susah bukan bermaksud titik noktah dalam suatu kehidupan kerana Dia tak pernah kejam. Itu yang ayah selalu kata. Saat ini bila aku jauh dengan ayah, sunyi yang teramat sangat. Tak ada orang yang dengar cerita aku macam yang ayah selalu buat. Tak ada siapa lagi nak membebel dengan aku kalau aku buat salah. Sebab tu kesetanan aku terserlah. Sebab tu aku tak boleh jauh dari ayah. Orang yang selalu buat aku terus nak merasa nak hidup. Tapi sejujurnya, aku manusia paling dayus sebab aku tak pernah nak bagi ayah bangga bila lahirnya kau sebagai salah seoarng anak dia. Aku bodoh, tak pandai macam yang lain. Ada kala rasa macam nak tersungkur sembah bumi. Tapi tangan ayah yang selalu ada untuk tarik aku balik.


Ayah, kalau ayah baca ni. Aku nak ayah tahu yang aku tak akan pernah sia-siakan pengorbanan ayah. Tak perlu aku nak sebut satu-satu sebab aku rasa tak pernah terbilang. Cukup la apa yang aku dah ada pada tahap ni. Tahap di mana aku kena berkorban. Aku nak genggam satu benda yang aku boleh buat ayah tersenyum walau pun tika ayah perlu tutup mata. Mungkin dengan itu sahaja yang aku boleh buat ayah tak menyesal untuk ada aku dan berkorban untuk aku. Ayah rasa apa yang aku rasa. Ayah faham apa yang aku faham. Ayah ada bila kala aku perlukan bahu untuk menangis. Ayah buat aku tersenyum bila tika aku rasa nadi aku nak tercabut. Dan yang pasti ayah di sebelah aku bila kala aku berada di tahap kebodohan yang teramat sangat. Dengan apa aku nak balas semua ni. Aku belum jumpa jawapan untuk itu lagi. Tapi aku janji aku akn buat sesuatu untuk ayah berasa bangga dengan aku walaupun sikit sahaja. Sudah cukup untuk aku merasa yang dunia ini milik aku seorang. Eh tak nak lah, aku nak share dengan ayah, mak, abang and adik-adik tercomel aku. Pegang janji ini tahu ayah :)




Straight to the point, aku rindu nak balik. Ter-sangat rindu. Ya Allah, kurangkan bebanan aku tolong. 

p/s; ayah, boleh tak duduk kat sini dengan anakmu ini? jangan risau, ada lagi satu katil kosong sebelah saya. malam-malam kita study ekonomi and akaun sama- sama boleh :)

Tuesday, April 5, 2011

Bila perasaan kena pijak.


Bahagia kan rasa bila perasaan dipijak-pijak. Sumpah senyum sampai telinga. Dah, tak punya perasaan nak fikir panjang-panjang. Moga kau bahagia bila buat macam ni.


Lari, main jauh-jauh.

Monday, April 4, 2011

Tenang kembali.


Kau boleh berkata kerana itu mulut kau tapi kurniaan akal jangan lupa untuk diguna. Selemah lemah aku, lemah lagi engkau. Segalanya sudah dititiknoktahkan tapi bukan bagi engkau. Silakan bermadah kalau kau rasa itu mampu pecah belahkan perasaan aku. Sungguh aku tak mahu ambil peduli lagi. Jangan risau kerana aku tak akan muncul lagi dalam kamus hidup kau dan usah risau kerana aku tak akan pernah cuba cari kau kembali. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Aku belajar dari apa yang diajar sendiri oleh kau. Tawar hati. Buat keputusan yang sewajarnya. 

Alhamdulillah.

Sunday, April 3, 2011

Rebah.


Maaf kerana berkasar tetapi itu memang sudah azali dalam diri aku dan sepatutnya kau lebih memahami aku berbanding yang lain. Tapi pelik, adakah kau baru mengenali aku satu jam yang lepas? Kalau ya, sia-sia aku menggalas gelaran kawan kepada kau. Jelas aku kata bahawa ego aku memang tinggi melangit. Bukan kerana aku pentingkan diri sendiri tapi kerana aku merasakan aku masih di pihak yang benar. Tak usah bagi aku untuk menjelaskan segalanya kerana aku tahu telinga kau mungkin sudah dipekakkan untuk aku. Aku punya pendirian yang sendiri dan kau juga begitu. Tapi aku tak pernah salahkan engkau sebab aku tahu aku bukan semulia manusia yang tak ada dosa langsung. Bukan aku minta kau untuk fahami tapi sekurang-kurangnya dapat mengerti aku. Sejujurnya, aku memang tak akan pernah berubah. Aku bahagia dengan hidup aku. Ini tetap aku seperti mana yang lain mengenali aku dahulu. Aku tak mahu sarung tudung selabuh punggung semata-mata untuk berlakon baik dan sopan di hadapan kau sedangkan kau sendiri tahu aku bagaimana. Tak akan mungkin aku lakukan. Aku tak mahu berubah semata-mata untuk kau ada di sisi aku. Kau tak akan pernah merasa rugi kehilangan aku sebab kau masih punya si dia. Jadi tiada apa yang perlu difikirkan lagi. Aku bukan hipokrit. Terima aku seadanya sebagai seorang gadis yang memang kasar ataupun kau memang belum cukup mengenali aku. Durasi masa perkenalan yang hampir seabad umpama sampah. Tak ada erti. Tak mengapa, aku undurkan diri secara sopan lagi tertib. Mungkin diam lebih bermakna. Bukan melupakan kau selamanya, tetapi hanya untuk memenuhi kehendak sanubari kau. Harap kau tersenyum disana. Yang pasti kau masih sebahagian dari hidup aku. Titik permulaan perubahan zaman jahiliah aku berubah kerana kau. Bangun rebah aku juga kau yang ada. Ruang untuk kau masih ada, cuma kurang pasti lokasinya. Bila sudah reda, nanti aku akan cari semula. Tak mungkin dengan sewenangnya aku boleh lupakan kau. Aku masih waras. Masih elok terpahat.




Untuk dia, Seribu kemaafan dipohon. Hanya itu yang mampu terpancul dari hidup aku. Maaf kerana tidak bisa penuhi kehendak kamu. Jaga diri.














Kesat air mata. Tarik nafas sedalamnya. Lupakan dia. Dia ambil sesuatu yang berharga, moga Dia pulangkan semula. Sabar Lisa.

Kehinaan mencari keampunan.


'Tuhan, beri aku kekuatan. Sungguh aku pinta'




Moga masih ada jalan untuk manusia hina macam aku. Moga.

Jatuh separa.



Maaf, aku tak kuat.




Tak kuat untuk kau.


 

Dan tak kuat untuk kau juga.








Kau, kau dan juga K-A-U.



Aku minta secebis ruang untuk bernafas sebentar sebelum aku katupkan mata. 

Aku bukan manusia yang diciptakan untuk menjaga setiap hati manusia yang ada di muka bumi ini. Itu bukan pekerjaan aku. Tapi yang aku pinta, berfikir sebelum berkata. Ya, kau mungkin malaikat. Dosa dan kesalahan kau semuanya kau campak atas bahu orang lain kerana kau nak jadi yang semulianya. Tapi sayang, kau belum cukup bagus untuk itu. Terpulang pada kau untuk menilai kerana aku juga bukan manusia yang sempurna. Dosa mengelilingi hidup aku. Tapi bila kala aku perlu menjaga hati seseorang, aku akan jaga dengan sebaiknya. Tapi tolong jangan ada di atas kepala aku dengan sewenangnya. Aku bukan pinta penghormatan, cuma kehormatan. Sudah cukup untuk aku kenal engkau siapa. Buka mata, pandang sekeliling. Bersyukur dengan apa yang aku masih ada. 


Amin.

Saturday, April 2, 2011

Putaran.


Aku terima kau balik bukan bermaksudnya kau boleh masuk ke dalam hati aku sesuka hati kau. Setelah puas aku pertimbangkan, akhirnya butang 'approve' aku tekan juga. Moga kau tersenyum di sana. Tetapi aku mohon, jangan disalahertikan keputusan aku. Biar aku dengan hidup aku. Segala yang pernah terjadi telah aku makan segala pahit manisnya. Biar terus jadi kenangan hingga akhir hayat. Kau mungkin tak akan mengerti tapi tak mengapa kerana aku tak akan pernah buat memahami aku. Cukuplah hanya dia yang dapat memahami aku. Terima kasih kerana muncul lagi tapi jangan cuba perkotak katikkan hidup aku lagi ya.