Saturday, April 2, 2011

Putaran.


Aku terima kau balik bukan bermaksudnya kau boleh masuk ke dalam hati aku sesuka hati kau. Setelah puas aku pertimbangkan, akhirnya butang 'approve' aku tekan juga. Moga kau tersenyum di sana. Tetapi aku mohon, jangan disalahertikan keputusan aku. Biar aku dengan hidup aku. Segala yang pernah terjadi telah aku makan segala pahit manisnya. Biar terus jadi kenangan hingga akhir hayat. Kau mungkin tak akan mengerti tapi tak mengapa kerana aku tak akan pernah buat memahami aku. Cukuplah hanya dia yang dapat memahami aku. Terima kasih kerana muncul lagi tapi jangan cuba perkotak katikkan hidup aku lagi ya.