Saturday, October 30, 2010

hidup atau mati .

29 October 2010


bermula lagi kisah DO RE MI . tak habis-habis nak buat hal . HAHA . tapi yang pasti , hari ini lagi hebat .


di waktu petang yang tak seberapa nak petang , alin and beby dah mula nak buat kerja gila . gila atau tak , mereka memang gila . nak makan malam pun nak jauh-jauh . tak faham betul aku . nak kata dining dah habis makanan , rasanya tak pun . tapi selera dorung memang gila hari ini . ada ke patut nak makan tom yam pun sanggup menapak ke CS . memang tak la . berbekalkan rm7 dalam poket , mana la cukup nak tampung . makan lagi . kereta lagi . minyak lagi . aish , sumpah gila . adoyai . nak tak nak , aku layankan je dua orang ni . kalau tak aku yang jadi mangsa bahan nanti . bernanah telinga aku nak dengar beby membebel nanti . haha . bila 'MAK' dah naik kepala dia , telinga yang elok pun boleh jadi pekak . haha . yang aku pelik , macam lah restoran ct yana tak jual tom yam . nak jugak makan tom yam jauh-jauh . mengalahkan orang yang tengah mengidam . inilah mereka . kalau tak dapat apa yangg nak , mula lah ragam masing-masing . aku yang penat melayan nanti . tak pun aku yang jadi mangsa nanti . aish , susah betul jadi kerdil ni . haha


dah siap-siap , apa tunggu lagi . dengan langkah lemah gemalai kitaorang menuju ke detinasi pertama . mana lagi kalau tak tempat sewa kereta pak ngah nak sewa BEETLE favourite beby . haha . sampai je location , kitaorang dapat BEETLE warna hijau . memang cantik sangat-sangat . haha . aku rasa kereta wan kat kampung lagi lawa . haha . apakan daya , itu je yang mampu so kitaorang naik je lah . macam biasa , bila lokasi dah mula gelap , mata aku dengan sendirinya akan menjadi berat . apa lagi , dragon dah menjelma : )


segalanya mula dengan tenang . indah sungguh : )


klimaks bermula . nervous . berdengup dengan kencang .


dengan tak bagi salam , tiba-tiba BEETLE beby terbatuk-batuk . dah la tak sempat nak singgah pharmacy beli minyak kereta , dekat tengah-tengah jambatan dengan rasminya dia stop . pergh . memang tak ada tempat yang lagi strategik dia nak stop . apa lagi , masing-masing dah kelam kabut time ni . muka masing-masing dah cuak tahap gaban . lagi-lagi si beby . pergh . memang tak tahan gila time ni . masing-masing dah mula jadi tak betul . apa lagi , mula la gelabah .
'beby , alin . bapak aku cakap , kalau kereta rosak kena duduk kat luar . tak boleh duduk dalam kereta'
dengan confident aku cakap . apa lagi , kitaorang terus la terjun dari kereta . memang tak takut tergantung tanpa tali dekat atas jambatan . haha . muka masing-masing dah biru time ni . otak time ni memang blur nak mati . paling best si minah alin ;
'wei , aku cuak wei . aku GAYAT '. haha 
haha . haram jadah tul minah ni . aku ingat takut sebab apa , rupanya sebab gayat . aku dengan beby dah cuak taku kena langgar dengan trailer or lori dari belakang . pergh . sumpah cuak gila vavi !! memang tuhan nak tunjuk , betul-betul trailer lalu . pergh , wa cakap sama lu . pundi kencing wa rasa macam nak tercabut time trailer tu lalu wei . apa lagi , masing-masing peluk sama sendiri time ni . jambatan rasa bergoyang gila baban time ni . nasib baik la ada mamat yang baik hati stop time ni . dengan control macho turun motor datang dekat beby ;
'ada apa-apa masalah ke?'
haha , nak je aku ketuk kepala dia . dah terang-terang nampak kitaorang tersadai kat tepi jalan ni , tak kan la tak faham-faham lagi . tak kan la kitaorang jadi model minah jambatan pulak time ni . adoyai . slow betul mamat ni . haha . tapi nasib baik la mamat ni baik hati nak tolong . part paling best . time beby tengah call pak ngah dengan harapan nak mintak bantuan .
'hello pak ngah , kereta ni tiba-tiba je berhenti ni '
dengan selamba pak ngah jawab ;
'ha , tak ada minyak la tu . tahan la sapa-sapa suruh pi beli minyak sat '
pergh . aku dah tak tahan gila time ni . gelak macam setan dah . then boleh pulak pak ngah cakap ;
'tu sapa dia duk gelak ? pasai apa dia gelak ? '
 eh , suka hati aku la nak gelak ke tak . siapa suruh kau bagi idea bodoh sangat . ada ke patut suruh kitaorang   ngorat sape-sape nak suruh pi beli minyak . tak leh pakai punya orang . haish . nasib baik la kau dah tua . then tiba-tiba abang tu bagi idea ;
'ok , kita tolak kereta ni sampai bawah eh . korung tolong bawak motor abang kat bawah eh'
haha . sumpah tak tahan time ni . ada ke patut nak suruh aku dengan alin tolak kereta sampai bawah . malu wei ! haha . apa lagi aku dengan alin terus pergi kat motor mamat tu dengan harapan nak tolak sampai bawah . sambil bawak motor mamat tu , alin dah mula melalak ;
'pantat , pantat , pantat . pak ngah pantat! '
pergh , aku sendiri pun tak tahu berapa kali dia sebut . memang tak leh bla wei . haha . masing-masing muka dah tebal 100 inci time ni . dah tak tahu mana nak selit muka dah time ni . aku pun mula la call superman untuk minta bantuan ;
'along , datang lah cepat , kitaorang takut gila ni ! traffic jam teruk ni ' 
then along jawab macam tak ada perasann ;
'korung tunggu je aku sampai . jaga diri elok-elok . jangan sampai kena culik pulak ! '
sumpah along sengal . walaupun kau kurus keding , tapi kau tetap superman terhebat ! haha .
ni la BEETLE pak ngah yang menyakitkan hati !
alin and beby cuak gila baban time ni :D


SUPERWOMAN menyelamatkan dunia . HAHA




mamat tadi offer diri nak pergi belikan minyak untuk kitaorang . then sambil tunggu dia , kitaorang pi bedal makan jup dekat restoran berhampiran . then mamat tu sampai dengan minyak sebotol . apa lagi , dia terus tuang dengan confident dengan harapan BEETLE akan bernafas semula . haha , nasib baik kau ada mamat . tak pasal-pasal num phone aku yang jadi korban . terima kasih beby : ) then superman pun sampai dengan minyak lagi satu tong . dengan bangga , BEETLE beby dah sihat semula : )


p/s ; terima kasih bagi yang membantu sama ada yang hidup mahupun yang mati .




perhatian pak ngah . benci BEETLE anda . merajuk sampai part 5 dengan pak ngah . huh !

Thursday, October 28, 2010

bebas .
sementara waktu .
lari mengejar apa yang perlu .



terima kasih : )

Wednesday, October 27, 2010

mereka .

kuat atau pun tak . aku sendiri tak pasti . tak kuat sebab apa aku sendiri pun tak pasti . yang pasti mereka masih sayang aku tapi aku sendiri yang tak sayang diri aku sendiri . aku mula lemah . takut . mungkin mereka tak faham . beban berat aku pikul . pedih . sampai bila aku pun tak pasti . moga akan berakhirnya dengan cepat . segala terbayang kini , aku pun tak pasti kenapa . sungguh , aku sayang mereka . sumpah . tapi aku tak tahu kenapa . aku terasa sunyi . mula terbayang mereka . sumpah rindu . nak sangat kembali pada dulu kala . ketawa bagaikan setan tapi aku sendiri tak pasti bila akan terjadi . sadis . kenapa dengan aku . lemah sangat . sorung sorung manusia muncul kembali . aku pun tak tahu apa tujuan mereka tapi yang pasti aku tak mengundang mereka dalam hidup aku . tapi untuk pengetahuan kalian , aku sakit dengan kemunculan kalian . huru hara . babi betul . sakit jiwa aku macam ni . aku rebah . tak tahu bila nak bangkit . mungkin tak bangkit dah . babi sangat . tolong la wei . apa masalah kau gila . menyusahkan betul . aku tak larat lagi . sungguh . aku terlalu letih . letih dengan drama yang aku cipta sendiri . sumpah kesialan . hanyut ?mungkin seketika . hanyut dengan dunia khayalan aku sendiri . ish . bodoh . aku bukan bad mood . tapi cuba kalian di tempat aku . sedih tapi masih nak ketawa ? tidak kan , senyum mungkin ya . tapi apa guna senyum dalam keadaan sakit . bagai aku tipu diri aku sendiri . perit . ish , aku tak pernah salahkan kalian sebab aku sayang kalian tapi ini tentang aku yang terlalu lemah . ini aku . aku sndiri tak reti nak ubah . harap faham . kalian berada dengan aku itu sudah cukup bagi aku . aku hargai . tapi untuk kembali pada dulu mungkin tidak . andai dapat ku undurkan masa , pasti indah bukan . tapi aku tak pernah menyesal . aku ialah aku . aku tak pernah mencuba menjadi insan yang lain sedangkan aku sendiri banyak kelemahan . sadis . sungguh aku bersyukur dapat mengenal mereka . tuhan nak uji insan dia yang lemah . aku lemah terus tersungkur . tak tahu bila nak bangkit , tapi aku nak bangkit dengan senyuman bukan dengan tawar hati . entah la . moga tuhan buka hati aku . terima kasih kalian . sungguh aku sayang . 

patah hati





hm , aku tak nak kawan dia .
  


sedih . 




tak tahu sampai bila , kerdil bodoh .

only you .

There are things that I have to tell you about as I can't hold it in my heart .

All this pain is breakin' me down and killing me down deep
Thought I found my one true love 
However, I just couldn't show you how I feel
Sorry, I was stupid as my pride wouldn't let me be real


So, please 
I'm asking for one more chance  
I didn't know where you stand
My heart tells me your more than just a friend but not to my head

Now, I realize that your the one I really want
Im pleading so that you wont let our memories pass us by
Please, don't leave me out cold
You let me out in the rain when you just walked away


These words are my story of a true tragedy
I gave up my heart and I tried to give you all of me
But still , 
We've come to the ending somehow

I don't know what to do
But I don't wanna forget now
I love you and will still be loving you
This is the sound of honesty

I gave up my heart and tried to be all I could be for you
To let you know, my heart gonna wait forever


I'm still holding on to all of our moments together
I'm asking for you to give me chance

Give me your hand
So we can both understand this love
Im pleading so that this love will remain between us
All the pieces of my soul wants to live in your heart

Why did you close the door
my heart is broken within without you
I can't do it no more and its killing me
No matter what I do or say I know you wont understand how i feel

Even though it hurts 
I'll make a brand new start
And lay the rest all the moments
That played with my heart

But just before I do
I gotta let you know that
No man will love you more
So dear never forget , ILY .

Sunday, October 24, 2010

maki hamun diri sendiri : )

SITI KHALIESAH BINTI MOHD FIKRI 


bangunlah wei bukak mata besar besar . EXAM dah dekat but kau still goyang kaki lagi . apa nak jadi la dengan kau ni wei . nak kena ketuk dulu baru jalan eh ? tak ingat mak ayah kat rumah ke . ingat senang ke nak masuk uitm ? dah masuk kau main-main pulak . haram jadah tul kau ni . kat tak jealous tengok kawan-kawan kau asyik kepit dengan buku , tapi kau ? asyik berkepit dengan selimut antik kau tu je . adoyai . berubah la wei . sampai bila kau nak jadi macam ni ? PEMALAS . sangat sesuai untuk kau wei . 


dah puas maki hamun diri . dah , nak ambik buku baca . insaf sekejap : )

Saturday, October 23, 2010

kisah DO RE MI



bermula la kisah dongeng DO RE MI . dongeng atau tidak , itu tidak penting . yang penting senyuman dan derai tawa tak henti-henti time tu . 

19 October 2010
dari jauh aku dah dengar bunyi tapak kaki beby datang bilik alin . dengan tak bagi salam beby terus rempuh bilik alin yang tak seberapa nak besar ni . tiba-tiba beby bersuara dengan nyaring 'wei korunk , nak pi jalan-jalan tak besok' dengan penuh semangat beby tanya kitaorang . time tu aku malas lagi nak layan minah ni , tiba-tiba alin menyampuk 'beby , jom pi!alin nak makan ikan bakar' . pulak dah minah ni , macam la dekat dining tak ada ikan bakar . beby tanya aku , 'lisa nak pi dak?' . dah sudah , aku tak tahu nak jawab apa time ni . dah lah kewangan tak berapa nak kukuh . tak kan nak bayar guna daun kot . pergh , memang tak la kan . then alin datang , 'lisa , jum la !last kita keluar then pasni kita jangan kuar dah . kita focus study eh?' hati aku dah terbahagi sepuluh dah time . nak pergi or tak . hm , malas nak layan kerenah dorunk then aku cakap 'ok la , tapi janji eh last . tapi kita nak pi mana ?' aku tanya beby . beby and alin dah mengerut dahi dah time ni . masing-masing tak tahu hala tuju nak pergi . last-last beby cakap , 'apa kata kita pergi alor setar nak ?' . time ni kau dah fikir macam-macam dah . alor setar ? apa ade ? hebat sangat ke macam kl ? dengan penuh bangga aku fikir time tu . then aku tanya beby , 'beby , alor setar ada sawah padi tak ? then beby jawab , 'lisa , kat sana penuh dengan sawah padi , kiri kanan penuh dengan sawah padi 'aku pun apa lagi , nak lepas rindu kat kat sawah padi . dengan confident aku cakap kat , 'ok set , besok jadi eh' : ) 


20 October 2010 
subuh pagi-pagi lagi alarm handphone beby dah gegar gegendang telinga aku . aku fikir beby nak bangun tutup alarm dia tapi haram ! lagi berdengkur ada lah . sumpah panas hati time ni . dah la aku jenis susah nak tidur balik if dah terjaga . aku fikir handphone kau mahal je beby , if tak aku dah ambik handphone kau baling dari tingkat 1 bilik alin . haha . *tipu je , jangan marah eh : ) . then aku terpandang sinar matahari mencucuk mata aku dari tingkap , apa lagi , aku bangun then terus sepit langsir tu dengan penyepit so that bilik tambah gelap gelita and aku boleh tidur dengan aman dan damai time ni . suka suka suka : ) aku pun apa lagi , tarik selimut antik aku dan terus rebah ke bulan . layan gila ouh ! agak-agak matahari dah naik tinggi melangit , masing-masing still layan mimpi lagi time ni . tiba-tiba aku dengar suara beby menusuk telinga aku 'lisa , alin bangun ' . sumpah kemalasan melanda landa time ni . apa lagi , aku buat bodoh je la time ni . pura pura tutup mata and tak dengar . haha , sumpah sial kan : ) then alin pulak menyampuk , 'lisa , jom mandi' . haha , memang tak la aku nak mandi dengan kau alin . lagi la kemalasan aku melangit time ni . agak-agak 10 minit sunyi je bilik , aku dah mula risau . takut angel-angel aku tengah touching sebab aku tak nak bangun lagi . haha , kan betul aku cakap . beby touching dengan aku and siap cakap lagi 'senang-senang semua tak payah pi la' . haha . aku dah terkejut beruk dah time ni . apa lagi , aku melompat la bangun then terus ajak beby mandi tapi boleh pulak dia buat bodoh . memang tak panas aku time ni . apa lagi , aku rebah la balik atas katil then beby buat gelak manja dia . haha , ‘lisa , jum la siap sekarang’ , beby cakap sambil tersenyum dengan gedik . nasib baik hati aku lembut then aku balas balik senyuman beby and cakap ‘JOM!’ . then apa lagi , masing-masing sibuk mencantikkan diri time ni . tak sabar-sabar nak berjalan jauh : ) suka sangat-sangat . gedik kan saya ? haha *bodoh dah bersiap cantik-cantik , kami pun pergi berjalan ke tempat pak ngah . nak tahu pak ngah sape ? haha , dia seorang usahawan berjaya di merbuk . sebab apa aku cakap dia berjaya , sebab setiap hari je mesti kereta-kereta kat tempat dia sewa mesti habis punya . wow , bangga kan ?! * sumpah sengal . sampai je ke destinasi yang dituju , kitaorang terus pilih kereta BEETLE kesayangan baeby . haha , sumpah tak tipu : )
ni la BEETLE beby . cantik kan kan ?
apa lagi , dah dapat kereta kesayangan beby , kitaorang pun terus gerak ke destinasi yang nak dituju . sambil bergurau senda dalam kereta then melayan beby membebel lagi . pergh , best gila ouh : ) then alin mintak phone beby , hajat nak ambik gambar tapi cuba tengok hasilnya . memang cantik sangat-sangat kan . haha

betul tak aku cakap ? haha



then sampai je ke destinasi , kami terus pi gegar rumah kawan beby . nama dia azhani . seorang yang sangat cantik dan tinggi lampai . ketinggian dia sudah cukup untuk membuatkan aku terasa jurang bila berada di sebelah dia . haha . boleh dikatakan seorang yang pendiam juga tapi cepat mesra . senyuman yang sangat menggoda . haha , angah apa tunggu lagi : ) . sambung story yang tadi semula , sampai je di rumah azhani dengan kelam kabut pi parking kereta BEETLE beby , kitaorang terus turun then masuk kereta azhani pulak . haha , apa lagi . dalam kereta orang pun kitaorang buat gila . mula la macam-macam otak gila kitaorang . ketawa macam orang gila macam tak ada orang lain dalam kereta tu . haha , teruk kan kitaorang ? then mak azhani singgah tesco kejap . kurang pasti apa tujuan tapi kitaorang ikut kan aja sebab time tu perut masing2 dah berkeroncong gila . macam-macam lagu dah keluar time ni . first kitaorang pi serbu kedai roti tapi hampeh , dah la tak ada yang memikat hati then mahal nak mati pula tu . apa kau fikir bapak aku yang cop duit . pergh . then tiba-tiba beby panggil pergi dekat kedai 'CUCUK WANIS' . pergh , terliur tengok wei . sumpah sedap . aku tak tipu .
PRAWN BALL TAIL . sumpah tak tahan tengok benda ni . haha . sedap gila !



then lepas hantar mak azhani , apa lagi ... memang kepala masing masing dah naik tanduk kan kan . memang tak bergegar kereta tu bila masing-masing bersuara . haha . time ni memang layan gila ouh . tanpa buang masa , azhani terus pecut pi bendang kat belakang rumah dia . pergh , lepas sangap aku dow . luas terbentang . sumpah tenang nak mati . lupa segala masalah kat kepala aku . hijau . memang itu yang aku cari selama ni . apa lagi , azhani pusing-pusing satu kampung then baru stop kat tepi kubur nak pi snap picture kat bendang . sambil jalan , kamera nikon setia di tangan . tak habis-habis nak snap gambar sampai pak cik padi pun dah naik bosan tengok . haha . so layan je la hasilnya eh : )

hijau . tenang
lisa and alin
kawan baru : )
minah rempit ? memang tak la kan : )

mereka tinggi lampai kan . aku ? kerdil .
motif ? pungkoq sape lagi besar ? haha

suka gila : )
haha . aku pun tidak tahu apa motif gambar ni :D


si buncit : ) dia cantik + tinggi lampai
zity nabilah . sayang dia : )
HAHA . ni budak nama alin . aku tak tahu ni time dia apahal tapi layankan je la eh :D
masa untuk pulang . selamat tinggal sawah padi :(
 ok , cerita di sawah padi sudah habis . sungguh tak tipu , happy sangat time ni . tambah pula dengan kawan-kawan beby yang ceria . eventhought kawan beby alia just dapat spend time kejap je dengan kitaorang but it ok , still happy dapat kenal dia . then kitaorang berpecah . alia terpaksa balik and afina dah join the group . sumpah minah ni memang gila-gila . tak boleh bayang if spend 1 hari dengan dia , mesti pecah perut . haha . AFINA . seorang yang sangat happy-go-lucky . kuat cakap seperti kerdil juga . haha . dia sangat la comel gilo ! destinasi yang seterusnya ialah pergi membuncitkan perut masing-masing . lapar gila time ni so decide nak pi melantak ikan bakar . well , sedap la juga and MURAH . itu yang paling penting : )

yang penting kena tengok before makan . HARGA !
beby and alin pilih ikan . padahal time ni tengah mengorat abg ikan tu kan kan ? HAHA
ish , ada-ada je minah ni . dengan udang pun nak main . haha
ini ialah air basuhan tangan perisa limau . sangat wangi . suka : )
time nak tunggu makanan sampai . comel kan afina ? haha
akhir sekali . ni lah yang kitaorang makan . SEDAP !
 lepas habis melantak je kitaorang teruskan journey ke dataran kedah *rasenya la . tak sure apa nama tempat tu . sampai je kitaorang lepak sambil berphotoshoot bagaikan model-model yang baru turun dari kayangan . haha . dah lah ada couple yang agak menjelikkan mata time tu . sungguh menyakitkan hati . memang korung dua je pun yang ada camera kan . tak heran la , beby ada NIKON kan kan ? haha .
azhani.beby.afina.alin
sesi beramah mesra bersama si RUMPUT : )
HAHA . aksi yang tidak menjadi : )

p/s ; i l y <3

orait , dah habis menggedik kat dataran beby bagi idea nak pi shisha pulak . macam-macam songeh minah ni tapi dia kata dia nak belanja . pergh . apa lagi , laju je la yang lain . cari punya cari then jumpa tempat shisha dekat dengan DR.ROZMEY punya office . pergh . bangga gila ouh . selalu dapat tengok dalam paper harian metro je , now dapat tengok live meyh . apa lagi . senyum meleret . sambil order shisha aku nampak kedai makan best . apa lagi , aku dengan beby pi serbu la .
haha . ni la aku dengan beby pi serbu . makan makan dan makan : )
ni lau tauke shisha . haha , jangan marah beby . nanti cepat tua : )
taiko shisha . haha , afina suka bila asap keluar dari hidung alin . DRAGON : )
ni lagi taiko . haha . bak kata ucu , gangster !
tamat la sudah hari yang paling membahagiakan  dan memenatkan . haha . tak kesah penat pun asalkan dapat jugak jejak kaki kat sana . sumpah best sangat and hopefully dapat datang lagi lepas ni . balik dengan senyuman yang meleret and kenangan yang terindah : )

p/s ; to beby , thanks sebab mengajar erti menghabiskan duit tapi mendapat kepuasan . kau terhebat la der . and to azhani and afina , really enjoys with you guys . sweet memory : ) alin , lepas ni kita buat lagi advance eh ! haha




tamat sudah cerita DO RE MI . mula pukul 4.oopm tadi and habis menulis pukul 3.41am . lama tak lama tak kisah sebab puas hati sangat-sangat : )

LOTS OF LOVE , lisa fikri

Friday, October 22, 2010

mari belajar : )

kawan-kawan ; mari belajar : )

mulai sekarang , semuanya BARU  yea . faham tak ?

B-A-R-U

buku lama dah tutup selamanya , sebab sekarang nak buka buku BARU kan kan : )

: )

aku suka sangat-sangat hari ini . sungguh , aku bahagia . nanti besok aku cerita eh sebab sekarang aku terlampau letih . masa untuk zzzzz :)

p/s ; terima kasih kawan-kawan . sayang kalian <3

aku kata apa yang aku nak kata .

aku mula ? 
memang tidak la . 
kau tak percaya ?
ada aku kesah .
kau yang mula , aku sambung .
hak kau nak cakap apa pun .
and suka hati aku nak cakap apa pun .
habis . aku tak nak tambah dosa lagi .
buka buku baca lagi bagus .
kau buka lah DICTIONARY kesayangan kau tu eh .
kau kan hebat sangat nak mati :)

Wednesday, October 20, 2010

semangat

Throughout life people will make you mad, disrespect you and treat you bad. Let God deal with the things they do, cause hate in your heart will consume you too.

lisa kuat kan kan ? tabah la eh . lupa masalah . fikir final lagi bagus . berjoget la kau lepas ni puas-puas eh : )

Diploma in Public Administration 1F




Diploma in Public Administration 1F 2010
kawan . sahabat . teman . rakan
ya , mereka lah yang pikul gelaran itu dalam hidup aku . macam-macam jenis ragam ada yang boleh buat aku tersenyum dan ketawa . aku rasa cukup bertuah bila dapat tergolong dalam golongan DPA1F sebab aku bangga dengan rakan-rakan aku sendiri . bukan nak riak tapi aku rasa kelas aku paling HEBAT antara yang lain . masing-masing ada perangai sendiri and kerenah sendiri . aku harap sangat relationship persahabatan akan kekal untuk selamanya sebab aku sayang mereka sangat-sangat . meniti hari yang mendatang selepas ini pasti sukar tanpa mereka , so the conclusion is , DPA1F paling TERHEBAT : )

mereka terhebat dan tetap terhebat

seperti yang aku kata , segalanya baru bagi aku sekarang . dan semestinya angel-angel aku pun baru sekarang . HAHA . tapi yang lama tetap di hati jugak <3 susah senang aku semua dengan mereka . jatuh bangkit aku pun dengan mereka . sakit aku mereka yang peduli . aku tak nak cakap banyak tapi terima kasih sebab sudi terima aku sebagai teman kalian walaupun aku tahu yang aku agak mengada sikit kan kan :D

zity nabilah bt nadzri
nama sangat lah cantik lagi hebat tapi aku panggil dia BEBY . jangan tanya mengapa sebab aku sendiri tak ada jawapan untuk soalan tu :) dia budak alor setar dan dia sangat lah bangga apabila menggalas status budak kedah . siapa perli kedah , memang kena lah dengan minah ni . first time aku jumpa dia , aku bajet dia seorang yang sombong tapi at last dia lah BFF aku yang paling aku sayang sangat-sangat . 
perkara HEBAT tentang dia ;
  1. tersangat la MANJA . kadang-kadang angin jugak aku nak layan manja dia .
  2. semua benda dia pakai mesti kena ROXY . yang lain memang tak pandang , bukan menunjuk tapi style :)
  3. selalu cakap nak diet tapi tibai makan sampai 5x sehari . ish , tak tau nak cakap camne dah .
  4. suka jalan macam orang cacat . sangat comot tahu tak . aku suka : )
  5. SEDUT . masa ni lah yang membuatkan aku ketawa sampai pecah perut . HAHA
  6. sangat prihatin . tapi kalau aku dah gedik sangat , confirm kena tinggal dengan dia . HAHA
  7. time aku gila , dia suka layan gila aku . sebab tu aku sayang dia .
  8. setiap hari , aku akan belajar benda baru dari dia . tak kisah lah sama ade benda tu elok or tak .
  9. bab bab membahan aku dia memang terror dan sangat HEBAT . tak heran lah if aku selalu buat muka dengan dia .HAHA
  10. and last aku suka sangat dengan GIGI dia yang colour-colour tu :D


azleen amira bt ahmad
ni lagi seorang BFF aku . dia lagi hebat . satu kepala dengan aku . senang cerita , dia minah ROCK :) actually dia ni kawan kepada kawan aku . mula-mula tak la expect yang dia akan jadi kawan aku tapi dah jodoh nak buat macam mana . HAHA . btw , aku happy sangat dapat kawan macam dia . minah ni tahu apa erti kawan and dia tak pernah penat nak layan kerenah aku yang terlampau gedik ni . HAHA . 

perkara HEBAT tentang dia ;

  1. dia sangat lah sporting nak mati :)
  2. jiwa kental . tak pernah kenal erti air mata .
  3. cara dia gelak boleh buat aku termimpi mimpi sampai malam . tersangat la comel . HAHA
  4. cara hidup yang sempoi . tak pernah kisah dengan hal orang lain .
  5. sangat caring pasal aku . siap pesan kat aku 'LISA,JANGAN LUPA MAKAN' . aku sangat terharu .
  6. tak pernah nak berkira sangat . kira baik hati la . 
  7. sederhana . tak pernah bermegah dengan apa yang ada . itu yang buat aku tak pernah menyesal kenal dia .
  8. PENAKUT . siap mintak aku teman dia pergi toilet lagi . hati nampak kental tapi lembut . HAHA
  9. bagi aku dia matang . otak macam orang besar . tak macam budak-budak . otak aku dengan dia sana je .
  10. yang penting , susah senang aku dia selalu ada . tu lah makna kawan kan alin : )
lastly , mereka TERHEBAT and always TERHEBAT : )
p/s; TUHAN , aku sayang mereka . moga aku dan mereka kekal selamanya . jangan pernah sentap persahabatan kami kerana aku mungkin jatuh tersungkur jika mereka tiada . kekalkan apa yang kau beri sebab aku bersyukur sebab dapat kenal angel-angel ni . HAHA . sumpah aku sayang KALIAN <3



Tuesday, October 19, 2010

hidup sebagai PELAJAR UITM .

tak banyak nak cakap sebab aku belum kenal erti seorang 'PELAJAR' . mungkin hati aku belum terbuka untuk terima hakikat yang aku seorang pelajar . mana taknya , dulu aku bukan budak baik sangat pun . buat hal memanjang sampai ayah aku pun dah naik pening dengan perangai aku . alih-alih aku dah kat UNIVERSITI sekarang . HAHA . macam tak percaya tapi itulah hakikatnya . nak buat perangai pun kena fikir 10x dah lepas ni . nak tak nak kena lah belajar hidup susah , tak kan sampai tua nak hidup bawah ketiak mak ayah je . mengharapkan sinar kajayaan terang untuk aku . HAHA , amin . masa untuk berubah dah tiba . kat sini aku belajar semua benda kena buat sendiri . jatuh kena bangun sendiri . tak ada masa nak manja-manja dah . senang kata , BERDIKARI . semua baru sekarang . kawan baru , bilik baru , environment baru tapi tetap SITI KHALIESAH yang DULU : )

tentang kerdil

tak banyak istimewa tentang dia .
cukup lah mengetahui bahawa dia seorang yang kerdil dan banyak mulut : )
sudah kenal , baru berani cakap .
tak kenal , jangan berkata banyak . buat tambah dosa .

mula

mula untuk berbicara .
: )