Tuesday, December 11, 2012

Celaka.

Ada 1, 2, 3, 4 atau mungkin 10.
Itu pilihan.
Dah ada, tinggal pilih mana, jangan tambah, kerana yang ada pun belum tentu kau kenal mana kaca mana permata.

Marah. Itu sedikit.
Jangan mengungkit kalau kau yang membangkit.
Kecewa, itu banyak.
Lebih banyak juga yang dihenyak.
Letih. Itu sipi.
Letih mahu ambil mahu beri tapi langsung tak tinggal sikit dalam hati.


Alasan mudah, kerana yang lama.

Itu jijik.
Alasan mudah, kerana pernah jatuh. 

Itu angkuh.
Angkuh kerana kau rasa bebas untuk buat pilihan sedangkan kau sedang bunuh satu-satu jiwa yg ada.



Celaka.


Bukan sekali. Berkali.
Tapi aku masih berdiri. Lawan mana penghuni yang mahu aku hilang dari bumi.
Mahu cuba bina perang yang kau tak mampu nak lawan.
Ini bukan amaran, tapi peringatan.
Bila aku kata aku kalis, bukan kebal, tapi lebih berjiwa tahan.


Dalam kiraan senyap, aku mahu kau lenyap.

Empat.

Yang datang, aku ucap selamat.
Sedia terima tentangan paling hebat? Tentangan dari aku. Sebab aku kayu.
Kalau berjaya, aku salut.


Sekarang, kau ambil ini hati, kau simpan dalam peti, kunci.
Aku tak mintak lagi.
Tapi bila kau dah penat menanti, sila, buka kunci, lepas aku pergi.
Boleh? Mahu begitu atau bagaimana?


Dah aku kata, pemilik jiwa ini bersalut besi, beralas gerigi.
Yang terluka nanti diri sendiri.
Sudah, hilangkan diri kau disebalik awan, aku takkan gapai mahupun pandang.



Aku tahu, bukan semua begitu. Tapi takut itu ada. Aku tak boleh tipu.


Dah, cuma tunggu saja.



Pasrah.