Monday, August 22, 2011

:)

Tenang.














Syukur Ya Allah.

Saturday, August 13, 2011

Me.



I don't speak much lately. I feel nothing actually. I miss smiling for a reason. I miss laughing with the people I love, today I don't sleep after having my sahur, I went out in front of my room and take a deep breath. I feel a pressure just hit me straight on top of my head. I don't feel okay, but i'm forcing myself to be okay, I don't know, I just feel good, I hold my anger tight to myself and keep reminding myself that how hard life is, there's a reason everything's happen. Allah knows how's your life going to be like every seconds. If he give you bad things, that means he want you to learn from it. If Allah give something good, that means he want you to be grateful for it. But remember, everything that Allah give to you in the past or in the future, everything is for your own good. 




Insya Allah.

Bila kemahuan tak dipenuhi.



terima kasih mak ayah.
kerana membesarkan aku.
menjadi insan.

terima kasih mak ayah.
kerana menjaga aku.
makan pakai aku.

terima kasih mak ayah.
hantar aku ke sekolah.
menjadi pandai.

terima kasih mak ayah.
mengatur hidup aku.
jadi seperti yang kau mahu.

terima kasih mak ayah.
menjadikan aku doktor.
walau aku mahu jadi cikgu.

terima kasih mak ayah.
kahwinkan aku dengan anak raja.
walau aku hanya mahu anak drebar.

terima kasih mak ayah.
kerana tidak memahami aku.
dari kecil hingga dewasa.

terima kasih mak ayah.



p/s: kadang-kadang, mereka lupa apa yang kita minat. mereka mahu kita menjadi seperti yang mereka mahu. mereka ialah doktor. mereka mahu kita juga doktor. mereka lupa. mereka perlu menyokong. atau menggalakkan. mereka lupa semua itu. sehingga boleh menghancurkan masa depan anak mereka. bukan salah sesiapa. tanya lah mereka. 





:'(

Okay, malam tadi tidur mimpi Hazwan. 




Shit! Nampak tak bertapa hati aku meronta ronta nak balik sekarang. 




Hope everything is fine. 


*And hey boy, I miss you damn much! 





Friday, August 12, 2011

Oksigen

Dalam dunia aku, aku hanya ada satu abah. Dia lah lelaki pertama yang aku kenal since aku dilahirkan. Lelaki yang dah 19 tahun aku bersama, yang aku sayang tanpa ragu, yang aku sayang sepenuh hati. Alhamdulillah, hingga saat ini aku masih mampu merasa kasih sayang dia.



Kalau takde abah, takde la aku sekarang ni. He is my money maker, my hero, my boyfriend and my everything after mak. Dulu masa kecil, aku lebih banyak luangkan masa dengan abah berbanding mak. Tak tahu la kenapa. Banyak benda yang dia ajar.

Dia lah yang selalu ikatkan rambut, bedak kan muka.
Dia lah yang setiap hari hantar aku depan pagar tadika sampai la cikgu tarik masuk ke kelas.
Dia lah yang selalu jemput aku balik dari sekolah.
Dia lah yang selalu angkat aku ke bilik kalau tertidur depan TV.
Dia lah yang ajar aku macam mana nak sidai baju di ampaian.
Dia lah yang ajar aku guna mesin basuh.
Dia lah yang rajin basuh kan stokin dan kasut sekolah aku.
Dia lah yang selalu datang ke sekolah amik report card setiap tahun walaupun pencapaian aku sangat la tak bagus.
Dia lah yang rajin bawa aku adik beradik pergi mandi laut,tapi sampai sekarang aku masih tak berapa pandai nak berenang.
Dia lah yang selalu sapukan aku ubat kalau aku terjatuh/sakit.
Dia lah yang selalu suka layan perangai aku yang agak kebudakkan nih.


Abah,dia penyayang orangnya walau sometimes dia tegas sangat. Ada masa dia boleh bergurau macam seorang kawan, ada masa dia tegas macam seorang askar. Aku harap aku akan dapat seorang suami macam abah, yang boleh mendidik anak anak untuk jadi yang lebih baik dari aku yang sekarang nih.
Love you boyfrienddddd :)

Karma.





Aku percaya pada karma. 
Kau bisa rasa kembali apa aku rasa.

Kerana,
Aku percaya pada karma.

Dugaan Dia.

Hari ini genap 12 hari aku berpuasa. Walaupun ada yang berlubang tapi aku syukur tak seteruk tahun lepas. Dalam bulan Ramadhan ini, aku masih belum berkesempatan untuk balik ke rumah. Sayu sangat hati tatkala lihat kawan kawan senyum riang pulang berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Aku tak pinta ayah dan ibu untuk datang kesini untuk berbuka bersama cuma terkilan kerana aku tak punya kesempatan langsung untuk berbuka bersama ayah bulan ini memandangkan cuti aku terpaksa pulang lewat dan ayah masih berada di luar kawasan kerana urusan kerja. 19 tahun aku bernyawa, mungkin ini yang pertama kali aku merasa begitu jauh dengan babah. Aku harap Aidilfitri tahun ni aku masih ada kesempatan untuk cium tangan babah dan mak. 


Hari ni aku buat kerja gila. Pertama kali aku ber-webcam dengan babah. Nak je aku tarik babah keluar dari skrin laptop dan peluk sekuat hati. Aku rindu nak tatap muka babah depan depan. Babah sempat tengok luka kaki aku, dia terkilan kerna tak dapat nak jemput aku pulang cuti raya nanti memandangkan kudrat untuk aku berjalan agak terbatas. Aku borak dengan babah sampai aku tak sedar yang air mata aku mengalir deras sampai babah yang tegur. Ya Allah, kalau aku boleh terbang, sekarang jugak aku terbang balik ke rumah. Ujian kau begitu hebat. Haha, ingat boleh webcam dengan bf je ke, dengan ayah sendiri pun boleh layan. Okay, lepas nangis babah suruh aku senyum cepat sebab dia risau aku akan nangis sampai besok pagi. Haha, love you bah!


<3