Friday, August 12, 2011

Dugaan Dia.

Hari ini genap 12 hari aku berpuasa. Walaupun ada yang berlubang tapi aku syukur tak seteruk tahun lepas. Dalam bulan Ramadhan ini, aku masih belum berkesempatan untuk balik ke rumah. Sayu sangat hati tatkala lihat kawan kawan senyum riang pulang berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Aku tak pinta ayah dan ibu untuk datang kesini untuk berbuka bersama cuma terkilan kerana aku tak punya kesempatan langsung untuk berbuka bersama ayah bulan ini memandangkan cuti aku terpaksa pulang lewat dan ayah masih berada di luar kawasan kerana urusan kerja. 19 tahun aku bernyawa, mungkin ini yang pertama kali aku merasa begitu jauh dengan babah. Aku harap Aidilfitri tahun ni aku masih ada kesempatan untuk cium tangan babah dan mak. 


Hari ni aku buat kerja gila. Pertama kali aku ber-webcam dengan babah. Nak je aku tarik babah keluar dari skrin laptop dan peluk sekuat hati. Aku rindu nak tatap muka babah depan depan. Babah sempat tengok luka kaki aku, dia terkilan kerna tak dapat nak jemput aku pulang cuti raya nanti memandangkan kudrat untuk aku berjalan agak terbatas. Aku borak dengan babah sampai aku tak sedar yang air mata aku mengalir deras sampai babah yang tegur. Ya Allah, kalau aku boleh terbang, sekarang jugak aku terbang balik ke rumah. Ujian kau begitu hebat. Haha, ingat boleh webcam dengan bf je ke, dengan ayah sendiri pun boleh layan. Okay, lepas nangis babah suruh aku senyum cepat sebab dia risau aku akan nangis sampai besok pagi. Haha, love you bah!


<3