Wednesday, June 29, 2011

Tak ada kerja cari kerja.

Puas ternak lemak hari ini.

Aktiviti seharian, meronggeng bersama Syafia Suhaimi. 


Borong borong!


Hasilnya :)


Tuesday, June 28, 2011

Hello kekasih.

Bangun tidur wa tengok cermin.




OMGGGGGGGGGGGG!






Hello J-E-R-A-W-A-T.






Damn,  hilang mood. Sudah, nak sambung tidur. 




Moga wa bangun nanti jerawat dah hilang  -.-

Satu orang.

Seharian terperap dekat bilik.
Masing-masing dah pulang ke pangkal jalan.
Aku nak balik?
Memang tak lah.
Dah dua kali berturut-turut aku balik rumah minggu lepas.
Tak pasal-pasal aku kena leteran percuma je nanti kalau balik.
Duduk diam-diam dekat bilik.
Ternak lemak. Hoyeah!

Muka bosan wa -.-

Kau mula, kau akhirkan.

Kau Kau dan Aku Aku.

Well, jika itu yang kau mahu, aku mengikut.
Sesi kekejaman akan bermula.
Jangan salahkan aku kerna kau yang mulakan.
Jadi mari ikut rentak dan irama kau.




Bye.

Sunday, June 26, 2011

Durjana.

Aku dilahirkan bukan untuk maki manusia.
Tapi kau sumpah dah melampau.
Nama pun duduk universiti, otak pun biar macam budak universiti jugak.
Bukan macam budak tadika!


Mesin basuh tu untuk kegunaan orang ramai.
Bukan bapak kau beli untuk kegunaan kau seorang sahaja.
Boleh je kan kau beratur nak guna ikut giliran kau.
Yang kau pergi stop kan aku punya apahal gila!
Tak habis basuh lagi kot.
Spin pun belum lagi.
Dengan basah-basah kau pergi angkat baju aku letak dalam baldi.
Kepala hotak kau!
Tau la kau nak basuh baju tapi tak reti nak beratur apahal!
Sumpah kau mengundang gila babi.
Tak ada sivik langsung,
Kalau aku dapat tahu siapa yang buat, dengan bilik-bilik kau aku pergi simbah air bagi banjir.
Kau ingat aku suka nak usung baju basah-basah naik tingkat empat.
Dah la berat, rasa macam bawak anak gajah!
Kau memang tak ada otak.
Ni la Melayu, pentingkan diri sendiri.

Damn.

Sumpah sangat tak matang. Kalau mentaliti tipikal macam orang kampung, macam mana nak hidup weh. Sorry to say, tapi orang kampung pun dah maju sekarang. Laptop kiri kanan. Handphone bukan setakat satu. Mungkin aku rasa kau seorang je yang masih ketinggalan. No, I don't have an intent to make any discrimination, NOT AT ALL. If you know what i mean and how sad to be one of the pathetic psycho. Grown up please! This is mentality all about. Pardon me, it just my random thought. I know this a bit provocative. Bear with me. Hell.








OTAK jangan letak dekat KEPALA LUTUT.










Sangat tak matang okay.

Kau bullshit.


Kau sangat menguji kesabaran hidup aku.
Sampai tahap mendidih dah ni.
Satu tahap yang aku rasa macam nak pijak kepala kau sampai lumat.
Aku tak nak cakap banyak.
Kau tahu aku dah benci kau kan.
Cantik perangai kau.
Cuma nak pesan, biar cantik muka tapi hati pun sama cantik.


Sorry aku selongkar beg kau. Aku just tak boleh nak terima penipu and pencuri macam kau. Adik? Sorry, aku tak mengaku dah. So kau angkat kaki and berambus. And before that tolong ganti handphone aku secepat mungkin sebelum kaki aku landing atas muka kau.

TY.

Memories :)

Kedah - KL - Pahang - KL - Kedah

Perantau tegar.

Btw, MyBats Camp was awesomeeee!

Pukul 1 pagi sampai UiTM, masuk bilik terlentang macam mak dugong. YEAY!





:)

Tuesday, June 21, 2011

Bantal.



Semenjak aku dilahirkan, aku telah dijaga dan diasuh oleh mak tok dan wan di kampung. Mak tok ialah ibu aku, wan ialah ayah aku, mak cik ialah kakak aku dan nyang ialah nenek aku. Aku ditatang dengan penuh kasih sayang sehinggalah ibu dan ayah bawa aku pulang ke Kuala Lumpur ketika aku berusia 6 tahun. 


Segala memori masih segar hinggalah aku pulang ke kampung pada minggu lepas.
Dia, moyang.


Aku masih punya moyang. Berusia 108 tahun. 


Secebis sisa hidup aku pernah aku luangkan bersama dia. Bagi aku moyang ialah insan istimewa dalam hidup aku. Insan yang tak pernah lupa untuk mendoakan aku untuk berjaya. 


Semasa aku dilahirkan, aku dihadiahkan seekor bantal peluk berbentuk ikan. Itu merupakan hadiah daripada arwah moyang lelaki. Kata moyang, bantal itu dibeli sebelum aku dilahirkan semasa dia menunaikan Haji di Mekah. Bantal itulah yang sering menjadi teman aku ketika aku tidur semenjak aku kecil lagi. Ada kala ketika aku sedih, aku akan bercakap dengan bantal ikan tu kerna aku tahu moyang akan dengar isi hati aku walaupun dalam keadaan jarak yang jauh. Hingga aku dewasa aku tatang bantal walaupun ia sudah berada dalam keadaan yang nazak. Walau kemana pun aku pergi, bantal tu akan sentiasa ada dengan aku. Walau satu malam pun aku tak boleh lepaskan. Pernah satu ketika, bibik basuh bantal tu. Katanya bantal tu dah berbau busuk. Dengan secara rasmi bibik dapat makian percuma dengan aku. Bagi aku, dia telah membasuh segala memori aku bersama dengan bantal tu. Sejak dari kejadian tu, bibik langsung tak berani nak usik lagi bantal tu. 


Aku berusia 17 tahun. Saat itu aku baru sahaja pulang bercuti bersama ayah dari Indonesia. Aku sampai ke rumah ketika waktu malam. Mungkin aku penat ketika itu lalu aku masuk ke bilik untuk tidur. Tapi aku sedar bahawa bantal peluk ikan aku dah tak ada atas tilam saat itu. Aku tak berfikir panjang lalu teriak nama ibu kerna aku tahu hanya ibu seorang sahaja yang tak suka dengan bantal tu. Kata ibu, aku dah besar, sudah tak perlukan bantal itu lagi. Saat aku tanya ibu mana hilang bantal aku, ibu menjawab "Ibu dah buang dalam tong sampah". 


Aku terduduk. Menangis bagai nak gila. Ibu buang nyawa aku. Nyawa yang moyang kirim untuk temankan aku ketika aku jauh dari dia. Seminggu lebih aku tak bersapa dengan ibu. Sesungguhnya aku nak ibu tahu yang aku sayangkan bantal tu sama macam aku sayang ibu.


Hari ini aku teringat dekat bantal ikan. Walaupun mungkin kau dah hancur di tapak pembuangan sampah, aku tetap akan ingat kau bantal. Moyang, maaf kerna aku tak dapat menjaga bantal pemberian moyang dengan baik. Aku rindu moyang. Kalau diizinkan aku nak jaga moyang sampai aku tutup mata. Terima kasih untuk segala doa yang selalu moyang baca. Walaupun aku tak pernah cakap yang aku sayang moyang tapi aku nak moyang tahu yang wajah suci moyang dah terukir dalam hati aku. Insan yang mengajar aku untuk harungi hidup dengan tabah ialah engkau. 


Seekor bantal berbentuk ikan, aku rindu kau.
Sungguh.

.


Sakit berada dalam sangkar emas.

Friday, June 17, 2011

:)


Hoyeah.
Im in Perlis with family.
Having fun with the durians :)

Er, and also the 'kain batik' and 'sambal belacan'.
Kena buli dengan nenek rock.

Monday, June 13, 2011

Pergi tak kembali

Semalam aku dapat berita pak cik Bella meninggal dunia.
So before aku start cerita aku, aku nak ucapkan takziah buat Bella & family.

Lu orang pernah terbayang tak bila orang yang tersayang pergi?
Sejujurnya aku tak akan pernah boleh untuk jawab soalan ni.
Memang hakikat manusia hidup dan pergi.
Tapi soal masa yang menentukan.

Aku pernah terfikir, macam mana kalau mak dan ayah tak ada nanti.
Sudah cukup matang kah aku ketika itu.
Bagaimana cara untuk aku terangkan pada adik-adik kecil aku.
Puas aku berfikir.

Pernah satu ketika isu ini dibangkitkan dalam family aku.
Jarak jauh aku dari rumah selalu buat aku risau.
Soal kesihatan babah selalu dalam kepala.
Aku tahu, babah langsung tak pernah nak cakap sakit dia pada orang lain.
Selalu simpan dalam hati.
Tapi mujur ibu yang bagitahu aku.
Babah pernah pesan pada aku dan abang.
Andai kata kalau dia atau ibu pergi, dia mintak aku dan abang jangan pulang dan terus berada dalam kawasan universiti.
Babah, mana mungkin aku mahupun abang dapat turuti permintaan babah yang satu ini.
Aku masih terus mencari jawapan untuk kehendak babah yang satu ini tapi sehingga kini aku tak pernah jumpa.

Sejujurnya aku lebih rela pergi dahulu sebelum kalian.
Kerana aku belum cukup kuat untuk merasa pahit.
Aku belum pernah terasa puas untuk berada dalam dakapan babah mahupun mak.

Aku belum kuat untuk cerita tentang ini.
Biar masa dan waktu yang menentukan.
Aku doakan semua panjang umur. Amin.

Babah, aku mintak babah jaga diri. Jangan lupa makan ubat. Tolong jangan keras kepala kerna anak-anak babah masih perlukan babah. Masih banyak yang aku belum buat untuk kalian. Biar satu hari nanti aku yang sara kalian. Biar aku dan adik-adik yang jaga kalian. Aku masih belum buktikan apa-apa lagi pada kalian

Mak babah, jaga diri. Aku sayang kalian.

Aku.

Ini wa punya first post untuk sem ni.
Dah lama wa tak menulis.
Bukan malas tapi sememangnya malas.

Life kampus wa bukan macam dulu dah.
Makin lama makin buat wa rasa nak letak tapak kaki wa ni dekat muka-muka yang wa benci.

Wa baru semangat nak berazam tak nak ponteng kelas langsung sem ni.
Tapi wa terharu dengan jadual class gua sem ni.
Setiap hari wa kena bangun pukul 8 pagi.
Wa bukan nak mengeluh tapi sejujurnya faktor ini yang selalu buat wa malas nak bangun pagi.
Secara tidak langsung, kehadiran wa confirm terjejas.

Faktor yang seterusnya lokasi bilik wa.
Lokasi yang tak strategik ni selalu buat wa semput.
Dah la kolej wa yang paling jauh tambah lagi dengan tingkat empat.
Wa rasa dah macam ulang alik dari KL-Kedah kalau nak menapak pergi class.
Wa dah la kaki pendek.
5 minit wa rasa macam 5 jam.
Confirm muka comel wa selalu lambat yang masuk kelas.

Yang ini wa paling tak tahan.
Cuaca paling sejuk wa pernah rasa.
Tiap-tiap hari wa rasa muka wa terbakar.
Kejap putih kejap hitam terus hitam.
Wa bukan malu nak bawak payung, tapi wa segan :)

Ini paling wa lemah.
Wifi kiri kanan buat wa tak pernah kenal erti 'buku'.
Wa rasa wa hadap laptop wa lagi lama dari wa hadap buku wa sendiri.
Dah minggu ketiga, nota haram wa tak start lagi.
Tolong mai ambik laptop wa ni kejap.

Semester ni azam wa tinggi.
Wa tak nak main-main dah.
Wa dah lama tak tengok bapak wa happy dengan result wa.
Nak tak nak wa sendiri yang kena decide.
Nak terus jadi bodoh atau jadi pandai.
Kesimpulanya diri wa sendiri.
Lu nak pandai lu belajar.


Bapak, wa tahu bapak selalu sekodeng blog wa. Tapi wa tak kisah. Kadang-kadang wa segan nak cakap depan-dengan bapak. Tapi kat sini wa boleh tulis biar bapak boleh baca. Er, kalau wa nak mintak tambah duit pun nanti wa tulis sini jugak tau bapak :)