Monday, June 13, 2011

Pergi tak kembali

Semalam aku dapat berita pak cik Bella meninggal dunia.
So before aku start cerita aku, aku nak ucapkan takziah buat Bella & family.

Lu orang pernah terbayang tak bila orang yang tersayang pergi?
Sejujurnya aku tak akan pernah boleh untuk jawab soalan ni.
Memang hakikat manusia hidup dan pergi.
Tapi soal masa yang menentukan.

Aku pernah terfikir, macam mana kalau mak dan ayah tak ada nanti.
Sudah cukup matang kah aku ketika itu.
Bagaimana cara untuk aku terangkan pada adik-adik kecil aku.
Puas aku berfikir.

Pernah satu ketika isu ini dibangkitkan dalam family aku.
Jarak jauh aku dari rumah selalu buat aku risau.
Soal kesihatan babah selalu dalam kepala.
Aku tahu, babah langsung tak pernah nak cakap sakit dia pada orang lain.
Selalu simpan dalam hati.
Tapi mujur ibu yang bagitahu aku.
Babah pernah pesan pada aku dan abang.
Andai kata kalau dia atau ibu pergi, dia mintak aku dan abang jangan pulang dan terus berada dalam kawasan universiti.
Babah, mana mungkin aku mahupun abang dapat turuti permintaan babah yang satu ini.
Aku masih terus mencari jawapan untuk kehendak babah yang satu ini tapi sehingga kini aku tak pernah jumpa.

Sejujurnya aku lebih rela pergi dahulu sebelum kalian.
Kerana aku belum cukup kuat untuk merasa pahit.
Aku belum pernah terasa puas untuk berada dalam dakapan babah mahupun mak.

Aku belum kuat untuk cerita tentang ini.
Biar masa dan waktu yang menentukan.
Aku doakan semua panjang umur. Amin.

Babah, aku mintak babah jaga diri. Jangan lupa makan ubat. Tolong jangan keras kepala kerna anak-anak babah masih perlukan babah. Masih banyak yang aku belum buat untuk kalian. Biar satu hari nanti aku yang sara kalian. Biar aku dan adik-adik yang jaga kalian. Aku masih belum buktikan apa-apa lagi pada kalian

Mak babah, jaga diri. Aku sayang kalian.