Wednesday, November 30, 2011

Persoalan.

N itu adalah memori lepas yang cuba dikaut kembali.

  DAN 

R itu adalah bayang bayang manusia yang cuba untuk mendekati.






Sudah terjawab persoalan kamu?
Terima kasih kerana masih ingatkan aku pada 'si kerdil' yang dahulu.




Saturday, November 26, 2011

Him :)







Surat Hati.

N,
Hati ini sakit,
Rapuh.
Masih tergiang giang segala janji di telinga,
Tapi hampa.


Lima hari lima malam,
Aku serah takdir sepenuhnya kepadaNya.
Dan dia tunjuk jalan sebenar buat aku.
Alhamdulillah.


Aku penat menunggu,
Tahu kah engkau hati ini sakit?
Tapi sayang, ia dibonekakan.
Dan aku terima.


Lisa, mulai detik ini juga kau harus belajar untuk melupa,
Walaupun berat tapi kau harus.
Aku padam kau perlahan-lahan sayang.
Aku hembus.


Moga kau hilang,
Selamanya.
Dan mulai sekarang aku lupa kau siapa,
Selamat tinggal N.


Dan buat R, 
Aku sedang cuba sedaya upaya,
Cari makna sayang sebenarnya,
Dan aku temu itu bila aku berjumpa engkau.


Terima kasih sayang,
Terima kasih selalu ada,
Terima kasih selalu memahami,
Terima kasih atas kesabaran engkau selama ini,
Dan terima kasih kerana tak pernah berhenti menyayangi walaupun kadangkala tak pernah dibalas.


Dan ini perjanjian aku.
Biar aku dicipta buat engkau.
Maaf atas segala kekasaran aku selama ini.
Maaf atas segalanya sayang.


Detik ini, 
Hati ini telah dikunci oleh si dia,
Dia, RNS.
Si pencuri hati.







Friday, November 25, 2011

Si Muda ingin berpesan.

Bukan niat untuk berkurang ajar. Tapi kalau dah memaksa, terpaksa juga dilepaskan. Dan kau yang meminta jadi aku memberi. Bukan bermakna tanda hormat aku pada engkau sudah hilang, cuma sedikit tercalar atas tindakan kurang bijak diri engkau sendiri. Tak kiralah kita ni tua atau muda, rasa hormat itu perlu tebal dalam diri.

Memang tak salah kalau yang muda diminta untuk menghormati yang tua. Tetapi bagaimana pula yang muda minta untuk dihormati oleh yang tua? Mustahil ke? Rasanya bukan suatu permintaan yang berat. Roda itu berpusing. Jadi tak salah kalau yang tua juga boleh menghormati yang muda kerana masing masing punya perasaan dan akal fikran.

Apa akan terjadi jika si tua berpegang teguh pada pendirian, hanya yang muda sahaja harus menghormati yang tua tapi yang tua tidak perlu kerana menjaga nama dan ego. Maka akan berlaku pemberontakan si muda dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang enak untuk didengar. Maka akan si tua dan si muda akan mula bertelagah sesama sendiri hanya disebabkan kurangnya pendidikan pabila tidak tahu untuk meletakkan aras ego masing masing.

Jadi, sebagai manusia ciptaan-Nya, rasa hormat itu perlu ada dalam setiap diri manusia tanpa mengenal usia. Jadi rasa sakit hati itu tak akan pernah muncul. Tak begitu, mak cik?

Kalau nak terlalu kerek pun tak boleh mak cik. Nanti orang cepat naik meluat ;)

p/s, Terasa? Baguslah. Kerana si muda ini sudah terlalu lama pendamkan amarah. Bila sifat meluat dah berada dihujung tanduk. maka tersembur la segalanya. Minta maaf? Tunggu la Raya nanti, itupun kalau si muda tak lupa. Okay.

Wednesday, November 23, 2011

Hati pecah.


Hati,
Tak boleh dipaksa mahupun dikerah,
Cukup sekali,
Dan sekali itu yang selalu menjadi yang terakhir.


Kau dan aku,
Manusia yang dilahirkan punya perasaan,
Tapi sayang, perasaan itu dibonekakan.


Hanyut,
Hilang dimamah.


Belajarlah dari kesilapan, itu yang sebaiknya.

Bila kekuatan mula hilang.

Baru lima hari aku jejakkan kaki di Merbuk, tapi naluri aku untuk pulang ke pangkal jalan terlalu kuat memanggil-manggil. Masih banyak sisa cebisan kekuatan yang tertinggal dirumah belum dikutip. Yang pasti, hati dan jiwa aku belum ada disini. Hanya jasad yang berulang-alik dari sini sana hanya untuk melaksanakan tanggungjawab disebabkan aku punya jawatan iaitu sebagai seorang 'pelajar'. Dan aku harus patuh. Tapi aku masih lagi hilang arah tuju. Segala apa yang berlaku aku cuba sedaya upaya sembunyikan disebalik senyuman aku semoga tak ada siapa yang dapat membaca. 


Dan yang pasti, aku akan melangkah pulang ke rumah besok dengan harapan cuti empat hari aku dapat manfaatkan sepenuhnya agar aku masih ada kemampuan untuk berdiri tegak diatas kaki aku sendiri. Aku akan kumpulkan segala kekuatan secukupnya sebelum kembali ke sini semula dengan harapan aku adalah Lisa Fikri yang baru. Tak ada yang mustahil.


Merbuk, jaga diri ya.

Sunday, November 20, 2011

Kelat.

Kelu.
Kelat.
Goyah.

Merbuk. 
Yang pasti hanya jasad aku ada disini.


Wednesday, November 9, 2011

Jantung hati.










Kepala besar, Hazwan.

Kapasiti otak awak yang terlebih besar selalu buat saya senak perut, ILY sayang!










Aku dan dia sering bergaduh. Rutin harian kami. Tapi kalau 'KAU' usik dia bermakna kau usik aku juga dan biar aku yang usik 'KAU' sampai lumat. Deal :)

Mr. A

Dear A,


Sorry for everything. Sorry for the previous post that might hurt your feeling. It hard for me to explain what does it really means. But its okay, one day you will understand what does it really mean. But Alhamdulillah, we still friend until now :) Hey, imissyou! Thank you for always be there for me. 

Salam binasa,

Tak semua kejahatan kena dibalas dengan kejahatan. Dan itu yang sedang aku pelajari sekarang. Sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, babah dan teman sentiasa ada dibelakang. Dan yang pasti, aku bukanlah perempuan solehah untuk dibandingkan. Cuma kadangkala kita terlepas pandang silap diri sendiri dan terlalu mendewakan diri. Sudahlah, kesat semuanya sekali. Masa hadapan aku masih jauh untuk dikejar. Sudah la lisa. Yang lepas biarkan lepas. Jadikan pengajaran. Bukan semua itu kawan, dan bukan semua pendengar yang baik. 


Dan untuk mulut mulut yang minta dicilikan, silalah teruskan. Tak ada balasan daripada aku hanya kiriman doa.
Bahagialah dengan kegelapan :) 


Amin. 

Betis dan peha.


Bagi betis nak peha.
Betis atau peha?
Pilih antara satu.
Oh atau keduanya kau mahu.
Tapi sayang, kau dah melampaui batas. 
Keduanya kau sapu.

Manusia manusia.
Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
Tapi sayang, dah tercalit arang di muka kau.
Mari aku tolong lapkan.
Puihhh!

.

Just because we don't talk doesn't mean I don't think about you. I'm just trying to distance myself because I know I can't have you.

Tuesday, November 1, 2011

Malap.


Kawan dan aku harap kita tetap akan kawan
Walaupun kau tak akan pernah anggap aku kawan engkau lagi
Tak mengapa 
Aku akan terus semat engkau sebagai pendamping terhebat aku selama ini
Kawan dan juga abang yang selalu ada di samping aku
Jatuh bangun aku kau selalu ada
Tapi sekarang, malap
Tak mengapa
Aku cuba untuk memahami untuk kali ini
Pergi, aku izinkan
Moga hidup kau cerah selalu
Tahniah untuk segulung diploma yang sudah kau genggam
Terima kasih kerna ajar aku erti tidak putus asa
Aku akan ingat sentiasa
Biarlah sama sombong
Kita simpan
Usah dikenang yang sudah lepas.


Aku hembus engkau dengan perlahan perlahan
Supaya engkau sedikit pun tidak terluka
Biar aku seorang yang rasa
Cukup la
Jaga diri diari saya.

Over.


After two months plus, it's over.
I admit, it will be sad to see him leaving. 
But, I'll be glad to end our relationship.
It's love and hate kind of thing.

The end of this is the beginning of the other end.
But for now, I look forward for true friends and and of course my love.
And prepare for what may comes next.

I have to.

Lisa, be strong please. 






And now I need you,
RNS. 


The only one (:
18/10/2011

Her.




We share our happiness,our sadness and our decision.
We share all of our life story. 
We need each other.
We know each other.
Each heart fill with happiness when we are together.
I know how It feels when all those shit appears.
You don't have to worry because I'm trying my best to face all this.
Family, Friends & You. 
That's enough for me.
You don't have to worry bad things that may happen in future.

Because I'm strong enough to handle it.



p/s: Thanks LF & BW for being here when I need both of you.:)

RinaRahidaRahman











Dear Rina,
Thank you for the post. I do love you, yes I do. So Hakim jangan ingat kau seorang je yang sayang Rina okay. Sharing is caring :) Alright Rina, just forget about the past. I know you are strong enough. Those bitches love your life, just ignore them. And most important you and Hakim know the truth thing so ignore the others. For your own happiness. Nothing is more important except a true friendship. That all. I'm always behind you. That for sure. You are good enough for me, you always there for me. And now I'm doing the same thing for you. No doubt. 

ILOVEYOURINARAHIDARAHMAN

Itulah hidup.



Hidup ini ibarat tali pinggang. Pabila sekeliling kita berubah, kita pun terpaksa berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Begitu juga pabila orang menjadi gemuk maka ukur lilit tali pinggang itu menjadi besar. Dan pabila orang menjadi kurus, ukur lilitnya menjadi kecil ataupun tali pinggang itu sudah tak diperlukan. Itulah hidup.


It depend on us to decide what kind of life we want :)



Anak kecil.



Sedang aku menunggu Pak Cung mengerjakan solat Jumaat bersama Ibu Ike Widuri di Masjid As Syakirin. Aku duduk bersila di bahu jalan sambil menghadap rumah Allah yang tersergam indah. Sedang aku asyik melihat umat Islam menuju ke masjid untuk menunaikan solat, lalu datang beberapa orang kanak-kanak yang menarik perhatian aku.


Kecil budaknya. Berketinggian pinggang aku. Sedikit comot dan tidak terurus. Dia tidak berseliper dan hanya memegang sebuah bekas minuman kosong di tangan. Dengan meghisap jari manis sebelah tangan kiri di mulut dan tangan kanan memegang bekas air, dia mencelah di kesesakan orang ramai dengan harapan ada yang sanggup menghulur sesen dua. Akan terukir senyuman di wajahnya apabila ada tangan suci yang sanggup menghulurkan duit kertas berwarna biru mahupun beberapa keping duit syiling. Itu sudah memadai. Apa yang menarik perhatian aku, si kecil itu tak mengenal erti penat apabila sanggup berdiri berjam jam di bawah terik panas untuk mencari sesuap nasi. Kalau aku berada di tempat dia, aku terfikir bagaimana aku harus berhadapan dengan masyarakat. Bukan semua yang sanggup menghulur malah ada yang hanya memandang dengan sebelah mata. Mungkin kerana dia masih kecil dan dia belum mengerti sebab itu dia tak merasa. Aku terdetik, di manakah ibu dan bapa tersebut. Apa tidak sekolah ke budak kecil itu? Di mana tempat dia berlindung? Bermacam macam soalan yang timbul. Tapi hanya dia seorang sahaja yang tahu jawapannya. Aku bangkit untuk mencari tempat berteduh yang lain, dan aku sempat menghulur sekeping RM1 dan sedekahkan senyuman buat dia. Moga dia ketemu impian yang dia ingin sama seperti kanak-kanak yang lain. Jaga diri ya adik.