Wednesday, November 23, 2011

Bila kekuatan mula hilang.

Baru lima hari aku jejakkan kaki di Merbuk, tapi naluri aku untuk pulang ke pangkal jalan terlalu kuat memanggil-manggil. Masih banyak sisa cebisan kekuatan yang tertinggal dirumah belum dikutip. Yang pasti, hati dan jiwa aku belum ada disini. Hanya jasad yang berulang-alik dari sini sana hanya untuk melaksanakan tanggungjawab disebabkan aku punya jawatan iaitu sebagai seorang 'pelajar'. Dan aku harus patuh. Tapi aku masih lagi hilang arah tuju. Segala apa yang berlaku aku cuba sedaya upaya sembunyikan disebalik senyuman aku semoga tak ada siapa yang dapat membaca. 


Dan yang pasti, aku akan melangkah pulang ke rumah besok dengan harapan cuti empat hari aku dapat manfaatkan sepenuhnya agar aku masih ada kemampuan untuk berdiri tegak diatas kaki aku sendiri. Aku akan kumpulkan segala kekuatan secukupnya sebelum kembali ke sini semula dengan harapan aku adalah Lisa Fikri yang baru. Tak ada yang mustahil.


Merbuk, jaga diri ya.