Tuesday, March 29, 2011

Hot-stuff yang kau cari?


HOT-STUFF

Gelaran ni ke yang kau cari selama ni? Bangga dengan apa yang ada. Dongak dagu, kepala tinggi jalan tak pandang kiri kanan macam dunia ni kau seorang yang punya. Kalau ya, kau memang manusia terhormat. Jangan tanya aku kenapa aku cakap macam tu.

Berlagak, takbur, sombong, hipokrit, riak, kedekut dan segala macam lagi. Sanjung setingginya. Bawak ke mana pun kau pergi ya. Sebab ni je yang kau bangga. Ilmu dan amalan sorok dalam kain okay. Jangan bagi siapa-siapa nampak, takut malu pulak nanti.

Moga kau boleh bawa nama, pangkat, harta dan semua hot-stuff ni masuk sama-sama dalam kubur. Moga. Faham tak, M-O-G-A.

Untuk dia, saya dah mengerti :)

Monday, March 28, 2011

Masih bernyawa.


Letih. Kepala berdenyut-denyut menandakan aku perlu rebahkan diri di atas katil dengan secepat mungkin. 

So, aku berlenggang kangkung jalan balik bersama wani. Lepas je dari pos guard C, manusia mana yang kurang bertamadun bawak lori dengan laju macam nak racing dekat F1 Sepang. 

Jarak aku dengan lori tu kurang seinci je lagi. Nasib baik wani tarik aku ke tepi. Okay, masa tu dunia aku gelap. Terkesima. Jantung berdegup macam pam basikal. 

Ternyata Dia masih menyayangi aku. Alhamdulillah aku masih bernyawa dan dapat makan aiskrim goreng dan keropok lekor bersama wani selepas itu.

'Abang, ni UiTM la, bawak perlahan-lahan boleh kan? Kalau nyawa ni melayang, siapa nak temankan wani makan aiskrim goreng lagi. Ish!'


To Syazwani Mohamad; 

Terima kasih daun keladi kerana dah menyelamatkan si kerdil daripada dilanggar oleh si durjana itu. 

Superwoman for the day :)

Tak kuat.



Tersemban.

Jiwa kacau. 

Kenapa dia tak boleh nak faham aku macam babah faham aku?

Aku buat hal lagi. Menipu. 

*menangis. cari handphone call babah

Bah, tolong. Harap naluri babah kuat. Akak tak kuat. Kita menangis sama-sama boleh kan bah? Tolong ada tepi akak macam selalu yang babah buat. Tolong sangat-sangat. Akak merayu. 


Layu.


Lari jauh-jauh.




Jangan lari, Tolong.



Aku ada impian. Aku nak kau baring sebelah aku, pandang langit sama-sama dan aku akan mula kisahkan apa yang dimimpi. Orang cakap, kita perlu perhati deria tafsir bila konves wujud antara kita.

Tak payah.

Kau hanya diam. Aku pun sama, dari tadi. Bukan rasa kekok, tapi rasa tak hadir bersama. Dan bila masa mula jalan bersama dengan apa yang ditetapkan Tuhan, kita rasa selesa. Kita masih mahu rasa.

Tapi, keadaan berkeras. Kau katakan kebetulan. Aku bilang, masa yang sisa akan camtumkan kita.

Ah, aku mahu kau!

 Percaya sanubari aku.

*Hati, kau tak menipu kan?

Privasi.



Kebelakangan ini, aku mahu menyendiri. Mahu lari dari kau, kau, dan juga kau. Jadi, aku benarkan hanya aku seorang ke sini. Aku tak mahu sesiapa. Aku tak perlu sesiapa. Aku perlukan masa. Masa untuk aku sendiri.

Sebenarnya, banyak peristiwa yang mahu aku teriakkan. Hati aku berkecamuk. Tak tahu mana nak fikir. Lelah otak. Aku dalam keadaan yang sangat nipis jiwa. 

Jangan kau dusta, jangan kau luka, jangan kau hina, pasti aku esak dalam tawa yang durja.

Semoga.

Aku mula membenci manusia.

Kesilapan itu normal.

Manusia penuh dosa. Tanpa kita sedar kita telah menyakitkan orang lain samada dari perbuatan mahupun perkataan. Kita tidak sempurna. Semua ciptaan tidak sempurna. Kita gagal mengawal emosi. Kadangkala, emosi memakan diri sendiri.

'Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan biarpun kebaikan itu sekecil sperma'.


Aku bersalah. Melonjak perasaan mahu diampun. Sekiranya aku pengampun,

Aku terima kau seadanya. Aku tahu manusia tak dapat lari dari kesilapan. Walau sembilan kejahatan kau lakukan, di hati aku masih ada satu kebaikan yang pernah kau lakukan pada aku; membuatkan aku takkan persia kau wahai insan. Dan aku belajar tentang suatu ganjaran apabila pengsengkatan dipadamkan dengan kemaafan.


Hilangkanlah benci di hati kau dan juga aku. 
Mohon.

Kebencian.


Kata ayah,

Kalau
ada kebencian terhadap seseorang, ia bagaikan titik hitam dalam hati kita. Semakin membenci, semakin hitam. Lama-kelamaan, hati membusuk lalu tidak dipeduli.


Maafkan mereka, sesiapa sahaja yang bersalah pada kita.

Dan belajar meminta maaf walaupun kau di pihak yang benar. Tak salah ukirkan senyuman untuk orang lain bukan?

Grow with me.

Orang berkawan kerana selesa. Dan bila keselesaan tu dah tiada lagi, mungkin orang nak jauhkan diri dari kita. Kita tak sedar, dan kita anggap orang sisihkan kita. Jangan bagi perkara remeh macam ni ganggu hidup kita. Biarkan orang tu pergi kepada 'keselesaan' baru dia. Dan kita cari 'keselesaan' baru kita. Dan kita akan dapati, keselesaan baru itu akan lebih baik dari sebelumnya. Just follow the flow and savor every moment in your life and inshaAllah, kita akan jumpa orang yang betul-betul selesa dan menerima apa saja keadaan kita dengan ikhlas. Jangan kerana 'dia', hidup kau huru-hara. Hidup masih panjang, menyelam selagi boleh. Jangan cuba berubah untuk menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati si dia. Engkau bukan diciptakan untuk melakukan pekerjaan itu. Dongak dagu, jalan ke hadapan. Jangan toleh ke belakang, takut nanti kau rebah.

Tuhan, temukan aku dengan keselesaan baru itu secepat mungkin please.

Sunday, March 27, 2011

Roda.

kamu mahupun aku, jangan sesekali menghina atau memandang rendah kepada orang yang tidak miliki apa yang kau miliki, 

kerana,

sehina-hina manusia akan diangkat menjadi semulia-mulia insan, dengan izin-Nya.
selami diri dengan sehabisnya sebelum berkata.

Pilihan.



Siapa yang layak menentukan samada peluang kedua itu patut diberikan atau tidak?




Aku





atau










Kau? 

Saturday, March 26, 2011

Heart beats.



There’s a point in your life when you know who stays forever, and who’s just around for a while. People change, but so do you. Sometimes for the best, and sometimes for the worst. Bad things happen to everyone, you’re not in it alone. People lie, and some people just don’t care how you feel. Your heart beats, no matter how much pain you’re in. Everything will be okay eventually. There are always people in your life that just make your day, no matter the miles. I know about distance, I’ve been dealing with it all my life, don’t tell me it’s easy, because it’s not. But it’s worth it. I’d rather keep in touch with the people I love, than just drop it and forget about it. You don’t forget the ones you love. It doesn’t work like that. For those you are always be on my side, thank you so much and I really appreciate it.


Lots of love, Lisa Fikri.

Tuesday, March 22, 2011

Tekanan jiwa.


S-T-R-E-S-S yang ter-amat sangat. 

Muka rosak gila babi. Bukan tak mensyukuri, tapi tak boleh nak menerima hakikat. Start from Sport Days, muka kena sunburn teruk. Urgh, tu la. Siapa suruh excited sangat pergi main semua game. Nak sangat kan jadi budak-budak, nah ambik kau. Jadi arang batu terus. Tak pasal-pasal je. Nak menyesal pun tak guna, 'nasi dah jadi bubur' dah. Plus tambah sakit hati bila jerawat naik tak ingat dunia. Boleh pulak buat taman bunga dekat muka. Stress bergunung-gunung. Rasa macam nak duduk je dalam bilik, tak nak keluar dah sampai habis sem. 

Nak jadi puteri lilin konon, gedik la kau Lisa. 

Dah, nak tidur. 

Malas nak layan jiwa kacau.

Perasaan.





Hati berkecamuk, sikit.
Rasa sesak nafas pun ada.
Jiwa kacau. Fikiran tak tentu.
Kenapa? Tidaklah aku ketahui.

Sekian.

Hell.



There's a better place,
over the tall huge hedge.
I wish I could climb over the hedge but I'm too afraid.
Afraid that I would stumble and fall.
Aahh. Scratch that. It's a lie.
I'm just, I'm afraid to change.
Why? Why is it too hard for me? Too hard for me to change myself?

You're a fool. Ask that question to yourself.
You idiot. I am asking myself, excuse me.

Sometimes, I wish I could be a better person. I do. But why, why can't I change myself? To a better person? Why is it so hard for me to make a change? I'm not feeling good right now. I mean, there's no perasaan yang tenang dalam diri ni. *Long sigh.

It feels like there's a huge tall hedge or wall in front of me. I need to climb over it because there's a better world, a better place over that huge thing but I refused to climb over it. Why? Oh this misery feelings controlled me. Stubborn, heartless, pride, selfish, arrogant. These attitude, unfortunately, represents me. God, I need to change it. I really do. You know, it's sad when people say, 'Hey, nice to meet you. I ingat you sangat sombong tau. Tengok muka and cara you macam sombong gila' HAHA. I am. Trying to show the world that I can handle everything. I don't need anyone except myself. Imma tough bitch yo. LOL.

The truth is, I'm not. I can't handle EVERYTHING. I don't do handle. I'm not strong either. Just pretending to be strong so that people will say, 'Damn this bitch is tough so don't mess up with her'.

Oh dear. I'm too sick now. Somebody, please save my soul, my life.


SOS.

Jealousy -.-'



You were right. You were right about everything. Thank you for making me realized. Thank you for opening my eyes. I can see clearly now. I shall now think about everything. I shouldn't be jealous with her because you're with me but I did. I did felt jealous because I'm afraid. Afraid that you might fall for her again because back in the day, when we were still friends, you cried at me because of her. At that moment, I know how much you like her. I'm afraid I might lose you because I felt that I'm not good enough for you. Jealous because afraid that she might be better than me. Jealousy filled my mind, my heart. I couldn't stop thinking about it just now. It makes my brain delirious. Argh. Angry with myself because I let jealousy take over me. About the other guy, ah screw him! I couldn't care less about him. I don't give a damn about him at all. I shall ignore him for good. You are my priority and will always be. There's no other guy in my heart except you.

Another argument between us. I'm messed up.

Monday, March 21, 2011

Motif tak kesampaian,



MOTIF?


Kalau tak ada motif, pergi main jauh-jauh ok. If motif kau nak menjatuhkan aku, cubalah wahai nenek kebayan.






Moga berjaya.


:)

Tenang :)





Tenang. 

Puas lepaskan segala tekanan yang bertan-tan menusuk kepala. Segala perihal remeh temeh aku dah tanam dalam-dalam dekat sawah belakang rumah mak tok hari tu. Segala sawang yang memenuhi otak aku selama ni aku dah campak jauh-jauh. Air mata pun dah lama habis, aku belum terfikir nak topup lagi. Muka taik yang aku selalu buat pun aku dah bagi pinjam dekat orang lain. 

If semua dah hilang, then apa yang aku ada sekarang? Aku pun tak tahu apa yang aku ada sekarang sebab aku belum mulakan pencarian nak mencari segala harta karun tu. Yang penting senyuman mula terukir walaupun hanya sedikit.

Aku bersyukur. Bersyukur bila dapat ketawa macam dulu lagi. Aku tak nak jadi macam dulu lagi. Dah la kecil, senang pula dipijak-pijak. Sekarang aku dah tak heran, kau besar macam gajah pun, aku tak akan tunduk dengan kau okay. Aku bosan jadi manusia terbiar dulu. 

Penat. Letih. Nazak. Nasib baik tak mati lagi.



Dah, aku nak senyum sampai Merry Christmas tahun depan :)

Utara Malaysia















 Perlis Indera Kayangan. 


Thanks to Ridwan, Azza and Ajlaa. 

Nothing much to say, it just that I had enjoyed myself for two days with THEM. 




Thanks a lot guys :)

Friday, March 18, 2011

Propaganda hak milik kau.



manusia.
bila gosip tersebar.
bila auta dijaja.
bila pandangan pertama
menjadi taruhan.
ah, cepatnya kau percaya.
pantas sungguh kau menilai.
propa.
negatif.
mana positifnya?
atas dasar apa kau menghakimi
makhluk itu?
buta.
tuli.
anasir jahat.
cuba celik.
dan buang.
jangan jadi syaitan.
anasir baik.
simpan dalam hati.
bukan untuk jadi pekasam.
kau tahu apa yang aku tahu.
dan manusia,
tolong bijak.
otak jangan letak
celah ketiak.
tengik.
samalah macam fikiran kau.
akal kau.
hancur.

selamat malam.




Aku sakit. Ada kau kisah?


Malam ini mahu berpuitis.
Bukan tanda jiwa romantis.
Cuma mahu melakar ideas.

Jam berdetik.
Hati terdetik.
Mungkin aku pentingkan diri.
Mungkin kau terlalu menghakimi.
Bukan semua orang suka cara kita.
Tak semua tahu siapa diri kita.
Jangan kerana dek kau kenal aku baru setahun jagung,
kau menyimpul konklusi.
Membaris kata sinis dibibir merah.
Menunding jari bengkok tanda protes.
Mengherdik tanda amarah.
Menjeling juling macam kau is the best.

Hidup kena ada toleransi.
Baru dunia aman harmoni.
Kau boleh kecewa sekali.
Tak bermaksud aku kau empunya diri.
Bila perhubungan jadi taruhan.
Jangan kau cuba ungkitkan.
Buang perangai hodoh kau.
Baru jiwa tenteram.

Atau kau mahu kuasa magis?
Yang buat kau boleh lihat diri sendiri di mata sang pengemis.

Cukuplah dengan sandiwara.
Aku dah meluat.
Kau apa tahu.

Karma.



karma.


aku percaya pada karma.
kau bisa rasa kembali apa aku rasa.

kerana.
aku percaya pada karma.

Kebas.


Makan tidur makan tidur makan tidur.
Sesi menternak lemak 24 jam.


Okay, aku rindu dia.
T-E-R-S-A-N-G-A-T okay.

loveyouandmissyou.

Tuesday, March 15, 2011

Middle finger untuk kau.


Wah, jalan mendada tak toleh kiri kanan.

Muka bajet hensem.

Berlagak.

Gantung kamera Nikon bagai nak menujuk-nunjuk pada sekelian alam.

Riak and bongkak nak mampus.

Suka suki hati kau je nak maki-maki aku pulak.

Eh, siapa yang langgar siapa dulu hah?!

Kau ingat kau hensem, kau kaya, kau tak boleh nak mintak maaf la eh?

Kepala otak kau la.

Ni la masalah manusia hipokrit macam kau ni.

Muka hensem dah tapi perangai mengalahkan anjing.



P/s; Btw, kau dekat CENTRAL SQUARE je pun. Bukan dekat PAVILION or KLCC. Haha, bajet kau sorung je ada kamera. Ouh lupa pulak aku, kau nak bajet-bajet and nak mengorat budak-budak tak cukup umur kat situ eh?

Haha, good job sial.




Sunday, March 13, 2011

Shit.

Sorry to say, tapi aku memang tak punya hati dan perasaan waktu dan ketika ini. 

Mungkin bagi kau benda ni sekecil kuman tapi bukan bagi aku.

Dah, aku nak lari jauh-jauh.

Tak punya hati.


Sakit perut yang terlampau. Losyen Mustajab yang mak bagi sedikit pun tak berkesan. Rasa macam nak bergolek-golek je dari Malinja sampai Murni. Mood aku pun dah terbang entah ke mana, malas dah aku nak main kejar-kejar. Letih.

Okay, dia buat hal. Diam sejuta bahasa. Mesej tak reply, IM pun haram nak reply. Sakit hati menggunung lagi. 

*awak, awak tahu tak saya lapar sangat-sangat. saya nak ajak awak teman saya makan dekat foodcourt. tapi kenapa awak diam. urgh!

Dah, campak handphone jauh-jauh. Laptop campak bawah katil. Tarik selimut tutup muka nangis senyap-senyap.

Kebulur sampai tahun depan.

Tidur.

Akan ada.



Akan ada manusia rakus main permainan yang mudah dengan cara menipu.
Telah ada manusia rakus main permainan yang mudah dengan cara menipu.
Tidak ada manusia rakus main permainan yang mudah dengan cara menipu.

Salah.


Kau pernah tak rasa nak menyalahkan orang lain dan dalam pada masa yang sama kepala otak kau sibuk fikirkan 'woi jangan salahkan orang, nanti orang kata kau yang bermasalah'? Kau pernah tak rasa nak meluahkan itu ini pada seluruh dunia tapi dalam kepala otak kamu berkata 'dunia tak akan faham apa yang aku rasa'? Kau pernah tak rasa nak jujur dengan segala apa yang menyesakkan jiwa kau, tapi kepala otak kau sibuk terngiangkan kata kata baik kawan sendiri 'lebih baik menyakiti hati sendiri sebab kita boleh ubatkan hati kita, kalau kita sakitkan hati orang, siapa nak ubatkan hati orang tu'?

Macam yang aku pernah katakan sebelum ini, aku sekarang terselit dalam keadaan dimana aku tak boleh nak kedepan, kebelakang, keatas, kebawah dan sudah pasti yang kiri dan kanan aku adalah satu pilihan yang dah membuatkan aku buntu siang siang lagi.

Heh dunia, aku nak mengungkit segala apa yang telah berlaku keatas aku di sebabkan aku dan menyebabkan aku boleh tak? Aku nak mengungkit segala apa yang terdampar luas masalah depan mata ini sebab kamu dan menyebabkan kamu boleh tak? Aku nak mengaitkan segala emosi tak stabil dan keadaan jiwa kurang tenteram ini dengan diri kamu serta melibatkan jiwa kamu sakit boleh tak? Boleh tak? Hah? Jawablah! Kenapa diam? Ayat yang kau lemparkan, perbuatan kau, tindak tanduk kau, niat diri kau, perhubungan kau, segalanya dari kau yang dah banyak buat aku rasa tersiksa! Kau tahu? Tak tahu kan? Sebab selama ini aku membatu!

Ok, jangan suruh aku pergi sesi pengurusan stress sebab aku dah baca dah buku pengurusan stress tu, tak membantu langsung untuk aku terus sabar.

Macam biasa, aku akan terus menjadikan lakonan Sean Pean dalam I Am Sam sebagai satu terapi minda aku. Cuba untuk menjadi sekuat PowerPuffGirl walaupun suami kesayangan kata UltramanNexus lebih hebat. Aku cuba, dan biasanya aku gagal tanpa di duga. Siapa dalam dunia ni tahu kalau kita sedang murung? Siapa dalam dunia ni tahu kalau kita hidup dalam satu keadaan yang kita tak suka?

Sampaikan ke satu tahap dimana kamu terpaksa menjadi orang lain dan bukan diri kamu, hanya sebab kamu mula hidup dalam dunia yang serba pelik. Hah, aku sendiri dah panggil dunia aku pelik. Sampaikan ke satu fasa dimana kamu akan rasakan yang kamu nak putuskan semua hubungan manusia dengan mereka yang menyesakkan dada kamu, hanya sebab dia tak melayan kamu sama taraf dengan layanan orang lain dapat. Sampaikan ke satu tahap yang kamu rasakan kamu perlu lari dari kehidupan kamu sekarang dan bina kehidupan lain bersama orang lain dan menjadi diri kamu yang kamu mahukan, hanya kerana dunia sekeliling kamu sering kata kamu kosong.

Dalam semua kesesakkan yang berlaku pada diri kamu, mucul kata kata 'kamu tak seharusnya beremosi'. Hah, habis tu aku perlu apa? Bersenang lenang main kejar kejar dengan kawan baik, dia berlari meggunakan kasut roda dan aku berlari menggunakan kasut terkopak tapaknya? Hah, habis tu aku perlu diam? Duduk dan terus menyesakkan jiwa sambil menghitung hari hari terakhir dunia ini? Itu pun kalau esok lusa adalah hari terakhir, kalau 10 tahun lagi?

Dalam semua kesesakkan ini, dalam kesempitan akal aku untuk berfikir baik dan buruk satu duduk perkara, aku wajib menjaga hati yang dah menyempitkan aku, aku patut belai jiwa yang menyesakkan aku, aku patut sayang orang yang mengabaikan sayangnya pada aku itu. Segalanya dalam keterpaksaan, aku dan diri aku yang memilih untuk itu supaya mereka bahagia dalam apa yang mereka pilihkan dalam hidup aku.

Sebab aku tahu, perempuan miliki Limbic System yang lebih besar sementara lelaki pula miliki saiz Inferior-Parietal Lobule yang besar. Apa Limbic System dan Inferior Parietal Lobule? Hah, itu yang kamu perlu Google kan dan kamu perlu tahu, aku pun tahu itu hasil dari kehidupan aku dan dunia aku.

*emosi tak tentu hala.

Aku lupa.


Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini manusia. Ada hati, ada perasaan, ada persepsi dan tanggapan sendiri. 

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini makhluk tuhan. Boleh mati bila-bila masa, boleh kaya dalam
sekelip mata dan miskin papa kedana.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada keluarga. Yang selalu datang dan tak pernah pergi tak kira
aku susah, senang mahupun sepi.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada kawan. Yang selalu buat aku gelak sakan, senyum sambil makan dan menjerit seperti orang sawan.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada hak untuk berkatakata. Saat orang lain buat aku down gila dan buat aku macam aku tak pernah wujud.

Kadang-kadang aku terlupa yg aku ada hati. Untuk maafkan semua yang terjadi. Walau sakit dan pedih macam duri.

Tapi aku bersyukur kerana aku masih diri aku dan tak akan mencuba untuk berubah menjadi yang lain. Dan aku bersyukur kerana aku sudah memiliki dia.

May i forget the past?

Ice-cream and candy can cure a broken heart.

Magis bukan? Setelah perit terjatuh terluka tersembam, budak kecil boleh tersenyum ketawa semula hanya dengan aiskrim dan gula-gula .

Aku bukan bercakap tentang mudahnya sakit dilupakan. Tapi, kenapa perlu terlalu lama berada dalam episod duka? Sedangkan plot suka sedang bersedia di garisan mula.

Hidup ini sebuah cerita. Bukan lagenda budak setan ataupun greenhornet .
Tolonglah.

Kalau lah.



Hidup mesti seronok kalau semua orang tahu mana destinasi kita nak pergi.

Macam ada remote control, ada scene yang buat kita rasa sucks boleh tekan "FORWARD" atau "NEXT". Bila scene bahagia pulak boleh "PAUSE" biar kita lama di dalamnya. Lepastu bila rasa bosan boleh "REWIND" balik semua yang indah. Jadi, tak payah susah-sudah mata nak mengalirkan likiuid yang dengan mudahnya turun dek kerana hati di ketuk-ketuk oleh situasi. 

Kau bahagia dengan hidup kau ?

Kau punya remote control ?

Hey mari sini ,bagilah aku pinjam .

Lil bit.


Please, remember this. It's okay if you're a bad or terrible guy or girl. Seriously, I ain't good too. Everybody make a mistakes and nobody perfect. But I always believe that everybody who is having a really bad attitudes will change and be a better person. If it is not now, one day they will be. Insya-Allah, hopefully. But it's depends on ourself to change our attitudes to be more nifty and with prayer from yourself and people surrounding too. :)