Monday, March 28, 2011

Grow with me.

Orang berkawan kerana selesa. Dan bila keselesaan tu dah tiada lagi, mungkin orang nak jauhkan diri dari kita. Kita tak sedar, dan kita anggap orang sisihkan kita. Jangan bagi perkara remeh macam ni ganggu hidup kita. Biarkan orang tu pergi kepada 'keselesaan' baru dia. Dan kita cari 'keselesaan' baru kita. Dan kita akan dapati, keselesaan baru itu akan lebih baik dari sebelumnya. Just follow the flow and savor every moment in your life and inshaAllah, kita akan jumpa orang yang betul-betul selesa dan menerima apa saja keadaan kita dengan ikhlas. Jangan kerana 'dia', hidup kau huru-hara. Hidup masih panjang, menyelam selagi boleh. Jangan cuba berubah untuk menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati si dia. Engkau bukan diciptakan untuk melakukan pekerjaan itu. Dongak dagu, jalan ke hadapan. Jangan toleh ke belakang, takut nanti kau rebah.

Tuhan, temukan aku dengan keselesaan baru itu secepat mungkin please.