Wednesday, January 18, 2012

Mereka.





5 hari yang terlalu menguji kesabaran aku sebagai seorang pelajar. Sungguh mata aku benar benar terbuka. Lengkap dengan senyuman, marah, dan menangis. Semuanya ada. Kawan kawan yang berkorban masa menemani dan membantu buatkan hati aku betul betul terbuka. 


Nia Salleh, terima kasih banyak banyak buat segala tunjuk ajar dan segala pengorbanan masa.
Piqa, doa dan solat hajat itu banyak membantu. Dan untuk segala masa, terima kasih.
Wani dan Atikah, terima kasih menemani dan membantu di saat saat terakhir.
Liya dan Ela, terima kasih untuk saat saat terakhir. Maaf terpaksa kejut sebelum matahari menjelma.
Dan untuk semua 37 hati yang membantu, terima kasih banyak banyak.


30 minit terakhir dah membuka mata aku untuk selamanya. Tuhan tak pernah kejam dengan umatnya, aku pasti.


Mulanya kita jatuh sama sama, tapi akhir sekali kita naik dengan megah. 


Alhamdulillah. Terima kasih kerana tak menghampakan 37 hati yang lain.




Tanggungjawab aku, selesai sudah.






“I may never get the chance to win the lottery. I may never get the chance to go on vacation. But I have the chance to be your friend, that chance I’ll take.”

Sunday, January 15, 2012

Gangguan emosi.

Kenapa asyik teringat dia ni. 
Cari pemadam, nak padam dia dari hati. 
Boleh mungkin.
Haih.

Monday, January 2, 2012

Jika hari ini hari terakhir aku.

Jika hari ini hari terakhir aku, Mak Babah
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan dari perut seorang ibu yang tabah. Dan masuk usia 20 tahun aku masih boleh bernafas oksigen tanpa cacat cela. Aku bertuah punya ibu dan ayah yang tak pernah sekali buang aku dari hidup mereka. Dan yang sentiasa ada pada jatuh duduk aku. Yang tak pernah malu untuk mengaku aku anak mereka. Untuk suatu kehidupan, luar biasa. Jika hari ini hari terakhir aku, aku ingin tatap wajah ibu dan ayah macam mana ibu dan ayah tatap wajah aku dari aku kecil hingga sekarang. Aku ingin beri sesuatu yang berharga, mungkin bukan kekayaan atau mungkin bukan harta benda tapi 'sesuatu' yang ayah dan mak inginkan yang membuatkan perasaan tidak menyesal kerana melahirkan aku ke bumi itu muncul. Izinkan aku kucup wajah mak dan ayah untuk waktu yang panjang supaya aku boleh tebus semula kerana selama 20 tahun aku bernafas, aku tak pernah manfaatkan wajah suci itu. Malu mungkin. Untuk segala ilmu yang dicurahkan, supaya aku tak digelar bodoh. Supaya aku kejar cita-cita aku. Aku tak marah ayah dan mak kerana menentukan haluan hidup aku. Andai itu yang terbaik, aku menurut. Tapi andai kata aku terkandas, aku mohon tangan mak dan ayah untuk tarik aku semula. Dan aku tahu, kalian selalu ada untuk itu. Dan andai hari ini adalah hari terakhir aku, aku ingin ucapkan di telinga kalian terima kasih kerana tidak pernah sekali pun membelakangkan aku kerna aku tahu aku tak sehebat abang dan adik-adik yang mak dan ayah kagumkan selama ini. Antara mereka, aku dibawah sekali bukan. Tak mengapa, mungkin kerana usaha aku tak sama dengan usaha mereka. Aku tak pernah rasa terhina dengan itu  kerana kalian tak pernah membezakan aku dengan mereka. Semuanya sama rata. Terima kasih untuk itu.


Jika hari ini hari terakhir aku, Teman Rakan Sahabat Kawan
Setengah hidup aku kalian warnakan. Kalian beri peluang aku rasa apa yang kalian rasa. Kalian ajar apa itu erti tabah dan pandang kehadapan. Kalian berkongsi sakit tenat aku. Dan untuk tunjuk ajar supaya aku tersasar. Jatuh duduk, kalian ada. Mungkin bukan semua aku boleh membalas, tapi cukup bila ia terpahat sebagai suatu yang manis. Segala ilmu yang dikongsi. Segala cerita suka duka pahit manis. Dan jika hari ini hari terakhir aku, aku ingin laungkan terima kasih untuk itu semua. Untuk SEMUANYA. Aku tak pernah menyesal untuk mengenal 'kalian' :)


Jika hari ini hari terakhir aku, Dia
Terima kasih kerana menjaga. Menahan kerenah anak gila ini. Tak penat ucap sayang walau kalanya aku tak pernah membalas. Untuk setiap memori, kata-kata, perilaku, semuanya indah. Dan jika hari ini hari terakhir aku, maaf untuk segalanya.


Jika hari ini hari terakhir, Semua
Halalkan makan minum aku sepanjang aku berada dengan kalian. Untuk setiap inci kesalahan yang aku lakukan, maafkanlah. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Buat penyakit aku, aku redha. Untuk 8 tahun, Alhamdulilllah aku masih bernafas. Yang menjaga aku tika sakit nazak aku, terima kasih tak terhingga. Untuk setiap biji ubat yang dihulurkan, terima kasih. 


Jika hari ini hari terakhir, ia tetap menjadi yang terakhir.


















*keyboard banjir, maaf kerana tak dapat nak teruskan. 

Dia.

Dear A, 

Ingatkah lagi pada 'Hello' 4 tahun yang lepas?
Saat kita mula berjabat tangan.
Saat suka duka silih berganti.
Semuanya indah. 

Dan memori indah dibawa bersama. 
Untuk masa yang akan datang.
InsyaAllah kawan.

Bisa itu sakit.



Racun.


Janganlah kau menjadi racun.
Kerana itu bisa.
Yang bisa membuat segala menjadi kelat.
Tak semanis gula.
Pahit, sepahit peria.


Tapi andai racun itu nyawa engkau.
Teruskan bersama ia.
Tetapi, lepaskan dahulu pautan kemas itu.
Sungguh.

Mohon.

Aku si kerdil,
Yang punya imaginasi yang tinggi,
Yang hanya Dia seorang yang tahu,
Kabulkanlah aku mohon.

Sunday, January 1, 2012

:'(

Bibir tersenyum, hati menangis,
Biarlah, jangan dipaksa.

Kerdil kuat bukan.

Tak perlu diulas,
Lepas tetap lepas.


Cinta itu sakit bukan.







'I pretend like I hate you, that you're the worst thing that has ever happened to me. But the truth is, I would take you back in a heartbeat.'

Away.

Fake smile, I have to. 




13/10/2010. In memory.











Away.