Sunday, March 13, 2011

Aku lupa.


Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini manusia. Ada hati, ada perasaan, ada persepsi dan tanggapan sendiri. 

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini makhluk tuhan. Boleh mati bila-bila masa, boleh kaya dalam
sekelip mata dan miskin papa kedana.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada keluarga. Yang selalu datang dan tak pernah pergi tak kira
aku susah, senang mahupun sepi.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada kawan. Yang selalu buat aku gelak sakan, senyum sambil makan dan menjerit seperti orang sawan.

Kadang-kadang aku terlupa yang aku ini ada hak untuk berkatakata. Saat orang lain buat aku down gila dan buat aku macam aku tak pernah wujud.

Kadang-kadang aku terlupa yg aku ada hati. Untuk maafkan semua yang terjadi. Walau sakit dan pedih macam duri.

Tapi aku bersyukur kerana aku masih diri aku dan tak akan mencuba untuk berubah menjadi yang lain. Dan aku bersyukur kerana aku sudah memiliki dia.