Monday, March 28, 2011

Jangan lari, Tolong.



Aku ada impian. Aku nak kau baring sebelah aku, pandang langit sama-sama dan aku akan mula kisahkan apa yang dimimpi. Orang cakap, kita perlu perhati deria tafsir bila konves wujud antara kita.

Tak payah.

Kau hanya diam. Aku pun sama, dari tadi. Bukan rasa kekok, tapi rasa tak hadir bersama. Dan bila masa mula jalan bersama dengan apa yang ditetapkan Tuhan, kita rasa selesa. Kita masih mahu rasa.

Tapi, keadaan berkeras. Kau katakan kebetulan. Aku bilang, masa yang sisa akan camtumkan kita.

Ah, aku mahu kau!

 Percaya sanubari aku.

*Hati, kau tak menipu kan?