Monday, March 28, 2011

Privasi.



Kebelakangan ini, aku mahu menyendiri. Mahu lari dari kau, kau, dan juga kau. Jadi, aku benarkan hanya aku seorang ke sini. Aku tak mahu sesiapa. Aku tak perlu sesiapa. Aku perlukan masa. Masa untuk aku sendiri.

Sebenarnya, banyak peristiwa yang mahu aku teriakkan. Hati aku berkecamuk. Tak tahu mana nak fikir. Lelah otak. Aku dalam keadaan yang sangat nipis jiwa. 

Jangan kau dusta, jangan kau luka, jangan kau hina, pasti aku esak dalam tawa yang durja.

Semoga.

Aku mula membenci manusia.