Monday, March 28, 2011

Masih bernyawa.


Letih. Kepala berdenyut-denyut menandakan aku perlu rebahkan diri di atas katil dengan secepat mungkin. 

So, aku berlenggang kangkung jalan balik bersama wani. Lepas je dari pos guard C, manusia mana yang kurang bertamadun bawak lori dengan laju macam nak racing dekat F1 Sepang. 

Jarak aku dengan lori tu kurang seinci je lagi. Nasib baik wani tarik aku ke tepi. Okay, masa tu dunia aku gelap. Terkesima. Jantung berdegup macam pam basikal. 

Ternyata Dia masih menyayangi aku. Alhamdulillah aku masih bernyawa dan dapat makan aiskrim goreng dan keropok lekor bersama wani selepas itu.

'Abang, ni UiTM la, bawak perlahan-lahan boleh kan? Kalau nyawa ni melayang, siapa nak temankan wani makan aiskrim goreng lagi. Ish!'


To Syazwani Mohamad; 

Terima kasih daun keladi kerana dah menyelamatkan si kerdil daripada dilanggar oleh si durjana itu. 

Superwoman for the day :)