Friday, November 25, 2011

Si Muda ingin berpesan.

Bukan niat untuk berkurang ajar. Tapi kalau dah memaksa, terpaksa juga dilepaskan. Dan kau yang meminta jadi aku memberi. Bukan bermakna tanda hormat aku pada engkau sudah hilang, cuma sedikit tercalar atas tindakan kurang bijak diri engkau sendiri. Tak kiralah kita ni tua atau muda, rasa hormat itu perlu tebal dalam diri.

Memang tak salah kalau yang muda diminta untuk menghormati yang tua. Tetapi bagaimana pula yang muda minta untuk dihormati oleh yang tua? Mustahil ke? Rasanya bukan suatu permintaan yang berat. Roda itu berpusing. Jadi tak salah kalau yang tua juga boleh menghormati yang muda kerana masing masing punya perasaan dan akal fikran.

Apa akan terjadi jika si tua berpegang teguh pada pendirian, hanya yang muda sahaja harus menghormati yang tua tapi yang tua tidak perlu kerana menjaga nama dan ego. Maka akan berlaku pemberontakan si muda dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang enak untuk didengar. Maka akan si tua dan si muda akan mula bertelagah sesama sendiri hanya disebabkan kurangnya pendidikan pabila tidak tahu untuk meletakkan aras ego masing masing.

Jadi, sebagai manusia ciptaan-Nya, rasa hormat itu perlu ada dalam setiap diri manusia tanpa mengenal usia. Jadi rasa sakit hati itu tak akan pernah muncul. Tak begitu, mak cik?

Kalau nak terlalu kerek pun tak boleh mak cik. Nanti orang cepat naik meluat ;)

p/s, Terasa? Baguslah. Kerana si muda ini sudah terlalu lama pendamkan amarah. Bila sifat meluat dah berada dihujung tanduk. maka tersembur la segalanya. Minta maaf? Tunggu la Raya nanti, itupun kalau si muda tak lupa. Okay.