Sunday, April 3, 2011

Jatuh separa.



Maaf, aku tak kuat.




Tak kuat untuk kau.


 

Dan tak kuat untuk kau juga.








Kau, kau dan juga K-A-U.



Aku minta secebis ruang untuk bernafas sebentar sebelum aku katupkan mata. 

Aku bukan manusia yang diciptakan untuk menjaga setiap hati manusia yang ada di muka bumi ini. Itu bukan pekerjaan aku. Tapi yang aku pinta, berfikir sebelum berkata. Ya, kau mungkin malaikat. Dosa dan kesalahan kau semuanya kau campak atas bahu orang lain kerana kau nak jadi yang semulianya. Tapi sayang, kau belum cukup bagus untuk itu. Terpulang pada kau untuk menilai kerana aku juga bukan manusia yang sempurna. Dosa mengelilingi hidup aku. Tapi bila kala aku perlu menjaga hati seseorang, aku akan jaga dengan sebaiknya. Tapi tolong jangan ada di atas kepala aku dengan sewenangnya. Aku bukan pinta penghormatan, cuma kehormatan. Sudah cukup untuk aku kenal engkau siapa. Buka mata, pandang sekeliling. Bersyukur dengan apa yang aku masih ada. 


Amin.