Sunday, April 3, 2011

Rebah.


Maaf kerana berkasar tetapi itu memang sudah azali dalam diri aku dan sepatutnya kau lebih memahami aku berbanding yang lain. Tapi pelik, adakah kau baru mengenali aku satu jam yang lepas? Kalau ya, sia-sia aku menggalas gelaran kawan kepada kau. Jelas aku kata bahawa ego aku memang tinggi melangit. Bukan kerana aku pentingkan diri sendiri tapi kerana aku merasakan aku masih di pihak yang benar. Tak usah bagi aku untuk menjelaskan segalanya kerana aku tahu telinga kau mungkin sudah dipekakkan untuk aku. Aku punya pendirian yang sendiri dan kau juga begitu. Tapi aku tak pernah salahkan engkau sebab aku tahu aku bukan semulia manusia yang tak ada dosa langsung. Bukan aku minta kau untuk fahami tapi sekurang-kurangnya dapat mengerti aku. Sejujurnya, aku memang tak akan pernah berubah. Aku bahagia dengan hidup aku. Ini tetap aku seperti mana yang lain mengenali aku dahulu. Aku tak mahu sarung tudung selabuh punggung semata-mata untuk berlakon baik dan sopan di hadapan kau sedangkan kau sendiri tahu aku bagaimana. Tak akan mungkin aku lakukan. Aku tak mahu berubah semata-mata untuk kau ada di sisi aku. Kau tak akan pernah merasa rugi kehilangan aku sebab kau masih punya si dia. Jadi tiada apa yang perlu difikirkan lagi. Aku bukan hipokrit. Terima aku seadanya sebagai seorang gadis yang memang kasar ataupun kau memang belum cukup mengenali aku. Durasi masa perkenalan yang hampir seabad umpama sampah. Tak ada erti. Tak mengapa, aku undurkan diri secara sopan lagi tertib. Mungkin diam lebih bermakna. Bukan melupakan kau selamanya, tetapi hanya untuk memenuhi kehendak sanubari kau. Harap kau tersenyum disana. Yang pasti kau masih sebahagian dari hidup aku. Titik permulaan perubahan zaman jahiliah aku berubah kerana kau. Bangun rebah aku juga kau yang ada. Ruang untuk kau masih ada, cuma kurang pasti lokasinya. Bila sudah reda, nanti aku akan cari semula. Tak mungkin dengan sewenangnya aku boleh lupakan kau. Aku masih waras. Masih elok terpahat.




Untuk dia, Seribu kemaafan dipohon. Hanya itu yang mampu terpancul dari hidup aku. Maaf kerana tidak bisa penuhi kehendak kamu. Jaga diri.














Kesat air mata. Tarik nafas sedalamnya. Lupakan dia. Dia ambil sesuatu yang berharga, moga Dia pulangkan semula. Sabar Lisa.