Wednesday, April 13, 2011

Sakit.

Antibodi lemah.
Sakit, sakit dan terus sakit.
Hopsital umpama rumah kedua.
Ubat kiri kanan atas bawah.
Tak larat nak tengok lagi.

Tapi. 

Aku punya ubat lagi mujarab. 
Iaitu sahabat-sahabat yang pernah mendaftar dalam kamus hidup aku.
Ada mereka, sakit hilang.
Senyuman terukir.
Aku tak minta ubat satu guni untuk aku.
Kerna, jika sakit datang, ia tetap akan datang.
Tapi aku hanya mintak mereka.
Semangat aku teruskan hidup walaupun pada hakikat aku sendiri lemah.
Mereka ubat sebenar aku.


Untuk Encik Sakit; Boleh beri aku masa sedikit untuk hidup? Masih banyak lagi yang aku belum dapat tunaikan. Aku belum puas untuk bersama mereka. En. Sakit boleh sembunyi dulu tak? Sekejap je, nanati masa dah tiba, aku cari semula. Aku belum puas tersenyum. Boleh kan?


Sahabat; Terima kasih sebab dah menjaga saat aku jatuh sakit. Maaf kerana menyusahkan kalian tapi ini memang hakikat hidup aku. Sakit tak akan pernah cuba nak hilang. Terima kasih sentiasa ada sisi menemani aku di rumah kedua aku. Berkorban penat lelah. Lari ke hulu hilir selamat kan aku. Sama-sama naik ambulans. Suapkan kan aku makanan. Tukarkan baju aku. Dan yang penting, buat aku tersenyum.

Terima kasih dari hujung rambut hingga hujung kepala.


Pesakit tegar, Lisa Fikri