Thursday, April 7, 2011

Awan Nano.



AWAN NANO by Hafiz

Sejujurnya aku rindu ayah. Rindu nak tengok ayah senyum depan mata aku. Senyum nak tengok ayah bergurau senda dengan adik-adik. Awan Nona membuatkan aku faham apa itu pengorbanan seorang ayah. Selama ini mungkin aku sendiri tak pernah sedar. Leka dengan duniawi. Bangga dengan apa yang ada depan mata sedangkan pada zahirnya itu semua datang dari titik peluh ayah sendiri. Selama ni aku buta tengok pengorbanan ayah sendiri. Siang malam tanpa henti kerja bagai nak gila. Makan dan minum bukan suatu kepentingan bagi dia. Walaupun aku tahu yang ayah bukan jenis yang suka duduk diam kerana ayah lebih suka berjalan. Dulu mungkin aku tak mengerti apa tujuannya tapi kelamaan aku dapat memahami. Ayah berjalan dengan tujuan supaya dapat mengenal lagi kehidupan yang ada di sekeliling. Mengajar aku yang kehidupan susah bukan bermaksud titik noktah dalam suatu kehidupan kerana Dia tak pernah kejam. Itu yang ayah selalu kata. Saat ini bila aku jauh dengan ayah, sunyi yang teramat sangat. Tak ada orang yang dengar cerita aku macam yang ayah selalu buat. Tak ada siapa lagi nak membebel dengan aku kalau aku buat salah. Sebab tu kesetanan aku terserlah. Sebab tu aku tak boleh jauh dari ayah. Orang yang selalu buat aku terus nak merasa nak hidup. Tapi sejujurnya, aku manusia paling dayus sebab aku tak pernah nak bagi ayah bangga bila lahirnya kau sebagai salah seoarng anak dia. Aku bodoh, tak pandai macam yang lain. Ada kala rasa macam nak tersungkur sembah bumi. Tapi tangan ayah yang selalu ada untuk tarik aku balik.


Ayah, kalau ayah baca ni. Aku nak ayah tahu yang aku tak akan pernah sia-siakan pengorbanan ayah. Tak perlu aku nak sebut satu-satu sebab aku rasa tak pernah terbilang. Cukup la apa yang aku dah ada pada tahap ni. Tahap di mana aku kena berkorban. Aku nak genggam satu benda yang aku boleh buat ayah tersenyum walau pun tika ayah perlu tutup mata. Mungkin dengan itu sahaja yang aku boleh buat ayah tak menyesal untuk ada aku dan berkorban untuk aku. Ayah rasa apa yang aku rasa. Ayah faham apa yang aku faham. Ayah ada bila kala aku perlukan bahu untuk menangis. Ayah buat aku tersenyum bila tika aku rasa nadi aku nak tercabut. Dan yang pasti ayah di sebelah aku bila kala aku berada di tahap kebodohan yang teramat sangat. Dengan apa aku nak balas semua ni. Aku belum jumpa jawapan untuk itu lagi. Tapi aku janji aku akn buat sesuatu untuk ayah berasa bangga dengan aku walaupun sikit sahaja. Sudah cukup untuk aku merasa yang dunia ini milik aku seorang. Eh tak nak lah, aku nak share dengan ayah, mak, abang and adik-adik tercomel aku. Pegang janji ini tahu ayah :)




Straight to the point, aku rindu nak balik. Ter-sangat rindu. Ya Allah, kurangkan bebanan aku tolong. 

p/s; ayah, boleh tak duduk kat sini dengan anakmu ini? jangan risau, ada lagi satu katil kosong sebelah saya. malam-malam kita study ekonomi and akaun sama- sama boleh :)