Monday, April 25, 2011

Mulut longkang.



Bukan niat nak mendiamkan diri. Tapi aku terkesima, Terkesima bila ada yang mempersoalkan cara kehidupan aku. Sudah aku katakan bahawa aku ingin berpijak atas kaki aku sendiri. Tak perlu berlagak baik dan sopan di hadapan orang lain kerana itu bukan aku. Jangan lah berharap aku untuk menjadi begitu sempurna untuk kau. Kau sendiri pun tahu kehidupan aku bagaimana. Aku cukup terasa bila orang mula persoalkan gaya hidup aku. Kau terima aku bermaksud kau terima semua tentang hidup aku. Jadi jangan minta untuk aku berubah. Aku bukan manusia yang senang nak berubah jadi orang lain. Urgh, kau buat hidup aku tunggang terbalik. Malu nak berhadapan dengan orang. Untuk yang bercakap tentang aku, kalian memang lakhanat! Jangan sibuk persoalkan hidup aku sedangkan hidup kau sendiri belum tentu boleh jadi malaikat. Sibuk selak kain aku padahal kain sendiri dah terkoyak besar. Kau nak persoalkan tentang hidup aku macam kau dah 30 tahun hidup bersama dengan aku sedangkan mak dan ayah aku pun tak pernah bising kau pulak yang nak berlagak baik kat sini. Sumpah aku panas hati. Ni la manusia, semua nak buat mulut longkang. Tak pernah senang nak tengok orang lain bahagia. Dah, hati dah meledak. Aku nak berdiam diri sampai bila aku terasa nak diam. Jangan push hidup aku ataupun aku akan buat keputusan luar pemikiran aku.