Thursday, April 28, 2011

Pengorbanan yang tiada harga.

Beri laluan.
Laluan kepada si abah.
Si abah yang sedang menunggang motor kapcainya untuk menghantar si anak ke sekolah.
Tak kenal erti penat.
Asalkan si anak dapat mengejar cita-cita.
Panas terik nanti datang lagi menjemput.
Penat kerja seharian langsung tidak dihiraukan.
Demi manusia bernama anak.
Dari tadika, sekolah rendah hingga menengah dan kini di universiti.
Biar miskin duit, jangan miskin ilmu. 
Itu yang ayah pesan.
Duit tak boleh bawa masuk kubur tapi amalan dan ilmu.
Tuntut selagi boleh.
Ayah kerja cari duit.
Biarlah kena kerja macam mana pun.
Asalkan si anak dapat menuntut dengan sempurna.
Sebelum menutup mata, biarlah si anak penuh ilmu di dada.




Pernah atau tidak terlintas di kepala tentang pergorbanan ini?
Jika belum, fikirkanlah.
Masa tidak lama.
Biarkan mereka dengan hati yang tenang,
Terkenang si anak berjaya dengan ilmu dunia mahupun akhirat.




Mak ayah,
Anakmu ini sedang berusaha gigih menuntut ilmu di sini demi kalian.
Perit sakit anakmu telan.
Tak terbayar dengan pergorbanan kalian. 
Biar susah sekarang, lepas ini ukir senyuman sama-sama.


Babah, terima kasih kerana susah payah datang untuk menjemput saya disini nanti. Berita yang sudah lama anakmu ini nantikan setelah sekian lama hanya menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke pangkal jalan. Walaupun jauh, kalian tak pernah lupa anakmu yang duduk terpencil di sini. 


Bonda, terima kasih untuk semangat yang bonda bagi untuk menghadapi saat-saat getir. Sememangnya suatu keperluan bagi anakmu ini di sini. Terima kasih.


*Gugur airmata kegembiraan.

Jantung dan nadi saya.