Friday, March 18, 2011




Aku sakit. Ada kau kisah?


Malam ini mahu berpuitis.
Bukan tanda jiwa romantis.
Cuma mahu melakar ideas.

Jam berdetik.
Hati terdetik.
Mungkin aku pentingkan diri.
Mungkin kau terlalu menghakimi.
Bukan semua orang suka cara kita.
Tak semua tahu siapa diri kita.
Jangan kerana dek kau kenal aku baru setahun jagung,
kau menyimpul konklusi.
Membaris kata sinis dibibir merah.
Menunding jari bengkok tanda protes.
Mengherdik tanda amarah.
Menjeling juling macam kau is the best.

Hidup kena ada toleransi.
Baru dunia aman harmoni.
Kau boleh kecewa sekali.
Tak bermaksud aku kau empunya diri.
Bila perhubungan jadi taruhan.
Jangan kau cuba ungkitkan.
Buang perangai hodoh kau.
Baru jiwa tenteram.

Atau kau mahu kuasa magis?
Yang buat kau boleh lihat diri sendiri di mata sang pengemis.

Cukuplah dengan sandiwara.
Aku dah meluat.
Kau apa tahu.