Wednesday, March 9, 2011

Buah hati yang tiada tandingan

oksigen aku

Gugur lagi air mata aku saat ini. Bukan menitis kerana aku sedih tapi kerana aku terharu.

Aku bersyukur punya ayah seperti dia. Sampai satu tahap yang aku sendiri tidak tahu bagaimana nak menjelaskan. Bagi aku dia merupakan tulang belakang hidup aku, tak ada dia, aku rasa aku dah lama  mati.

Dari kecil aku sudah dididik untuk hidup susah. Terlalu banyak sakit perit yang aku sudah lalui dulu sampai lah ada ketika aku rasa nak tarik jantung aku baling jauh-jauh. Aku tak pernah terfikir apa tujuan ayah mendidik aku untuk hidup susah. Sedangkan pada mata kasar aku, aku punya hidup yang sederhana. Tidak sekaya Datuk K tetapi tidak lah juga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ayah memang seorang yang kedekut malah kuat berkira dengan anak-anaknya. Ada ketika hati aku tambah sakit bila berada disituasi yang aku memerlukan sesuatu tapi aku tak mungkin akan dapat. Itu berkisar hal kewangan aku, tentang perangai aku usah dikata. Ada ketika aku diluar kawalan menyebabkan aku sering dapat makan percuma dari ayah aku, tak kira lah sama ada pelempang mahupun kena rotan dengan kayu. Bagi aku itu perkara biasa. Sampai satu tahap yang aku dah tak boleh nak rasa sakit lagi bila kena pukul. Bukan bermegah dengan kejahatan aku, tapi memang norma seorang manusia untuk melakukan pelbagai perkara di luar kawalan. Tapi ayah tak pernah nak buang aku walaupun kadangkala aku dah menguris hati sanubari dia. Malah ayah selalu beri aku peluang untuk aku berubah. Kadangkala aku malu dengan ayah, aku malu sebab aku tak dapat nak jadi anak yang baik dan solehah. Aku tak malu nak mengaku, aku bukan dayus. Didepan mak bapak, tudung labuh sampai bontot pun tak nampak, tapi bila di belakang, baju macam dah tak cukup kain. Sekecil kecil jahat yang aku buat pasti ayah selalu dapat tangkap. Ada ketika hati aku memberontak untuk lari jauh-jauh dari rumah, tapi aku masih punya pemikiran yang waras.

Jangan tanya kenapa aku lebih rapat dengan ayah berbanding dengan ibu aku sendiri. Mungkin kerana ayah lebih memahami kehendak sanubari hati aku ini walaupun kadangkala kehendak aku melampaui batas. Tapi ayah tenang je melayan kerenah aku, paling-paling pun kena pelempang sedas. Kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada. Aku berkepit dengan ayah 26 jam setiap hari. Dimana ada ayah, disitu ada aku. Tak kira lah di mana pun lokasi ayah ketika itu sampai lah satu tahap dimana rakan-rakan sekerja ayah aku pun dah naik pelik. Segala perihal aku ayah yang ambil tahu. Aku bersyukur yang teramat sangat. Walaupun kadagkala aku sendiri marah dengan ayah tapi lama kelamaan aku sendiri yang akan pujuk hati kecil dia.

Sumpah aku tak boleh hidup tanpa ayah. Separuh oksigen aku ada pada dia. Dengan pelempang dan sepak teranjang dia lah yang membuatkan aku berada disini. Dapat menuntut ilmu dengan sempurna. Aku tahu, ayah pasti nak aku menjadi insan yang berguna. Terima kasih yang tak terhingga sebab sudah mendidik aku dengan sempurna. 

Yang pasti kalau ditakdirkan aku tidak punya kekasih hati, aku tidak kisah sebab aku nak kawin dengan ayah aku. HAHA. Perkara pelik yang tak mungkin akan terjadi kan. Tak kisah la, asalkan ayah selalu ada dengan aku. Jikalau imam Masjid Negara nak ganti tempat ayah pun, tak mungkin dapat sama dengan MOHD FIKRI BIN MOHD BAKRI yang ter-sangat AWESOME ini. Mesti ayah kembang kan aku puji ayah. Hee :)



P/s; seperti biasa, antibodi aku lemah lagi hari ini. sedang aku sakit melayan badan aku, phone aku berdering menunjukkan ayah berada di talian. tengok, kan aku dah cakap. naluri ayah kuat. ayah tahu aku sakit. ayah bagi aku semangat yang membuatkan air mata aku menitis tanpa henti. aku rasa aku dah tak perlu ke unit kesihatan sebab aku dah jumpa ubat. cukup lah dapat mendengar suara ayah yang tak seberapa nak merdu. nanti aku balik, aku nak peluk ayah macam aku peluk teddy bear aku. nak lepaskan rindu yang dah bertan-tan dah ni.

Inilah yang membuatkan hati aku terbuka untuk bercerita tentang buah hati aku yang satu ini, kan ayah?


SAYANG AYAH, SUMPAH TAK TIPU -_____-