Wednesday, March 9, 2011

Kategori yang mana?

 
Aku penulis kategori mana? Bukan penulis kehidupan. Bukan penulis yang berseni kerana aku tersangat buta tentang hal itu. Bukan yang jenis mengetahui isu dunia. Oh ya, aku penulis murahan yang cuba berlagak macho dengan seribu lima ratus liter air mineral di mulut. Sekali pakej mulut lancang dalam senyap. Jadi aku banyak petik dosa, simpan dalam kocek.
Walaupun baru bermula, aku tahu aku akan banyak bikin dosa. Oh ya, aku ketagih. Kerana aku manusia yang sukar lari dosa  malah lebih rakus. Ampun dan maaf. Insyaallah akan aku kerap gigit perkataan itu.

 
"aku takut mau guna perkataan 'penulis' sebab aku terlalu belum layak"