Thursday, March 10, 2011

Kekasih hati nombor tiga :)

Pelik.

Yah, pelik. Kenapa pelik?

Semua orang ada kawan. Kalau kau tak ada kawan, baik kau tak payah jadi manusia. Aku punya seorang kawan. Pejam celik, dah enam tahun aku kenal dia. Haha, lama tak lama juga la kan. Durasi masa yang diambil untuk menghasilkan enam orang anak dan juga menimang tiga orang cucu *merepek.

Ingat lagi, detik-detik mula perkenalan dulu. Zaman myspace dulu kala. Masing-masing tak matang lagi time tu. Haha, yang tahu kerja nak add je. But aku lupa siapa yang add siapa dulu. Time tu kalau tak salah aku, aku kenal dia masa dia form 4 kot. Haha, lupa. Then mula lah tukar-tukar phone number. Perkara biasa la kan sebagai seorang remaja yang baru nak melonjak dewasa. mula saat tu, 24 hours handphone dekat tangan sebab kena mesej dengan mamat hensem *jangan perasan eh

Then start from that, boleh kata hari-hari aku text dengan dia. Sampai la satu masa tu, pernah sekali credit phone aku pernah habis. Saat ketika malam bulan gerhana tu la dia pergi topupkan untuk aku. And the best part is bila amoi yang topupkan untuk aku tu call aku then cakap yang dia tersalah masukkan nilai topup. Sepatutnya RM5 je tapi dia ter-masukkan RM10. So terpaksa la mamat hensem ni pergi kedai tu balik and bayar yang selebihnya. Haha, sweet kan dia? *jangan perasan okay. 

But pernah satu masa aku pernah buang dia dari hidup aku. Aku lupa kenapa tapi mungkin ada pergaduhan antara kitaorang. Tapi Tuhan Maha Adil, jodoh tak kemana. Jodoh dia sebagai kawan aku masih ada, entah macam mana kitaorang ter-contact balik. Lagipun masing-masing dah besar time tu so perkara yang lepas dah tanam dalam-dalam dekat belakang rumah aku. But ada one part yang kadang-kadang boleh buat aku ketawa sendiri. Pernah sekali aku couple dengan dia, cuba teka berapa lama kitaorang bertahan? Haha, jawapannya dua hari sahaja. Haha, time break tu aku ingat lagi aku mintak break sebab dia keluar pergi tengok bola tak bagitahu and aku tambah marah bila satu hari tu dia langsung tak text aku. Haha, muliakan dia sebagai seorang bf yang ter-sangat baik. *jangan perasan lagi okay

Mamat hensem sorung ni lah yang pecah rekod dalam hidup aku. Dapat memegang jawatan sebagai kawan, kawan baik, kekasih kati , musuh dan yang terkini abang angkat dalam hidup aku. Well, aku lebih prefer dia jadi abang kandung aku sebab dia salah seorang yang sangat memahami. Segala perihal aku dia tahu. So kalau aku nak menipu dia pun selalu tak lepas. Haha. Antara aku dengan dia dah banyak sangat cerita. Aku rasa dah boleh terbitkan novel dah.

Dengan ini aku umumkan yang aku happy dapat kenal dia and aku happy sebab dia muncul dalam hidup aku. Walaupun dia ada hidup dia sendiri tapi dia tak pernah lupakan dekat si kerdil ni. Kan abang? Haha *lagi sekali, jangan perasan okay

Akhir sekali, persoalan yang mula-mula tadi belum terjawab bukan. Kenapa aku cakap pelik. Sebab dalam masa perkenalan yang berabad ni, aku dan dia tak pernah pun jumpa walau sekali. Ada je halangan yang menimpa. Tak mengapa ya abang, sabar ye. Haha.

So the conclusion is, aku sayang dia ♥ Tak begitu Izharul Hanif Adnan?


Si Hensem dan Si Cantik