Wednesday, March 9, 2011

THEM

Aku bukanlah sempurna mahupun hebat. Dipandang tinggi dan tiada celanya. Cantik dan bijak. Maaf, itu bukanlah aku. Perasaan marah aku boleh menjelma tak kira masa. Air mata mengalir entah kenapa kerana tersentuh perkara yang menimbulkan penyesalan.
Saya sentiasa sayang Ayah dan Mak. Maaf atas segala perkara yang menyakitkan hati Ayah dan Mak. Sentiasa dihati. I love you both forever.
 
Aku inginkan sesuatu untuk membuat mereka tersenyum dan ketawa apabila melihat aku. Memberi kegembiraan bukan kekecewaan. Kalaulah aku boleh cari sesuatu yang memberi kenangan yang paling besar buat mereka. Khas dari aku yang tidak mungkin dipandang oleh sesiapa. Cukuplah membuat mereka tersenyum dan bangga. Aku tunggu waktu itu.
P S : I am smiling for you.