Tuesday, May 10, 2011

Padam



Block Facebook dan phone number dia.
Bukan tak boleh tapi tak sampai hati.
Manusia yang aku gelarkan diari.
Kerana aku mencoret segala masalah duniawi aku pada dia.
Tapi sudah hilang.
Mungkin dicuri.
Tak mengapa, aku tak berniat untuk cari semula.
Sedih.
Mungkin sebentar.
Lari jauh-jauh pergi cari pasal dengan manusia.
Mungkin boleh buat aku tersenyum semula.
Untuk dia, titik noktah.
Kejap, nak pergi kedai runcit beli pemadam.
Boleh aku padam dia dari kotak fikiran aku.
Mungkin.