Tuesday, July 12, 2011

Utusan buat nenek bahu jalan.


Suatu petang,
Aku keluar bersama teman pergi menghiburkan diri. Beby yang pandu kami. Tiba di suatu simpang, pancaindera ini terlihat akan seorang tua yang uzur, perempuan jantinanya, bertudung labuh, berbekalkan sebuah beg kecil di tangan serta duduk bersila di bahu jalan yang sunyi. Duduk sambil mendongak dagu ke arah jalan. Muka tua yang uzur itu sudah bisa untuk menyayat robek sanubari hati kecilku ini. 

Lalu Beby berhentikan kereta di tepi jalan lantas pergi ke nenek itu.
'Nek, nenek nak pergi mana?'
Dengan nada yang sayu, nenek menjawab,
'Nenek nak pergi Sg.Petani. Anak nenek sakit. Nenek tengah tunggu bas dekat sini'

Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Lalu Beby memimpin tangan nenek ke kereta kerana kami semua bercadang hendak menghantar nenek ke stesen bus depan UiTM kerana di situ memang laluan bas yang sesak. Semasa berada dalam kereta, aku memandang wajah nenek tanpa henti. 

*Setitis demi setitis air mata aku gugur*

Setelah turunkan nenek di perhentian bus, Fatin Emilya sempat menghulurkan sekeping not RM5 untuk nenek tersebut. Dengan muka yang sangat suci nenek menyambut huluran itu dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Lalu Fatin salam dan mengucup tangan uzur nenek tersebut.

*Bergugur air mata deras aku sambil melihat nenek duduk keseorangan di situ*

Saat itu, aku terkenang apa nasibnya esok hari. Apakah alas perutnya untuk esok pagi. Atau mungkin nenek itu sampai ke destinasi dengan selamat. Bermacam macam di fikiranku membuatkan perasaan aku jadi huru hara. Sedih yang teramat sangat. Apakah nenek itu masih punya pelangi untuk esok pagi? Hanya Dia sahaja yang tahu.


Buat nenek, moga kita dapat ketemu lagi. Aku hanya insan kerdil tapi aku akan bantu nenek dengan hati kerdil ini. Aku doakan nenek moga panjang umur. Moga ada insan yang prihatin dengan nasib nenek. Sesungguhnya hati kerdil aku ingin sekali untuk menjaga nenek kerna bagi aku di saat usia uzur nenek begini, bukan tempat nenek untuk duduk bersila di bahu jalan. Nenek sepatutnya berada di rumah bermain bersama dengan cucu tersayang. Bukan begitu nenek? Mungkin masih banyak perkara yang aku belum tahu tentang nenek. Tak mengapa. Hati kerdil ini akan selalu doakan untuk nenek. Sungguh. 

Jaga diri ya nenek.