Wednesday, September 28, 2011

Kawan yang tak pernah wujud.



Kawan,
Aku tak punya apa-apa untuk dicemburukan.
Aku tak punya apa-apa untuk direbutkan.
Aku tak punya kelebihan untuk dibanggakan.
Dan aku tak punya kekayaan untuk dilaburkan.


Tapi,

Aku hanya ada satu hati yang aku jaga dengan hati-hati.
Yang bila remuk pecahnya aku simpan dalam-dalam, aku diamkan.
Yang bila kembang berbuahnya aku kongsi aku bagi, aku dermakan.

Dan aku punya satu hati untuk aku berkongsi.
Satu jiwa dan satu hati berpaut.

Aku mana kenal, malah aku tak mahu kenal jiwa-jiwa besar dengan ego yang melambung setinggi awan.
Yang mana di depan dia senyum mintak berkawan, berjabat tangan.
Yang mana di belakang aku dibodoh-bodohkan, diludah-ludahkan, dianjing-anjingkan.
Yang mana bertopengkan propa semata berbalah kerana harta.
Aku mana kenal hati hati yang penuh dengan penuh rasa dengki, benci, hipokrasi.
Yang mana menjinjing kebanggaannya ke sana ke mari.
Yang mana berbual bercerita berdongeng ceritanya itu ini.



Aku hanya insan kerdil yang tak punya harta,
Malah tidak setanding yang lain.
Sehelai sepinggang mencari arah tuju hidup.
Adakah itu membezakan kita?


Sungguh aku bersyukur aku tak punya perasaan untuk rapat dengan orang-orang seperti itu.
Dan kalau kau seperti aku, marilah berkawan 
.

Nama aku hina. Dan engkau?