Wednesday, October 12, 2011

Cinta yang orang salah.





Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah? Pasti sukar bukan untuk mancari jawapan. Kerna dalam setiap perhubungan pasti kita mengharapkan ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Memang sakit bila cinta yang ki
ta dambakan dan impikan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita masa dan waktu dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-NYA.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.


5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.





Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Dan sesungguhnya cinta kepada ALLAH dan ibu bapa merupakan cinta yang paling terindah. Hanya tangisan kegembiraan dapat dikongsi bersama tanpa perlu mengenal erti patah hati. Dan aku tak akan pernah menyesal jika cinta aku hanya ditengah jalan kerana aku pasti cinta babah dan emak tak akan pernah putus buat aku. Rasanya itu sudah memadai untuk aku teruskan hidup.