Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, tahun 2011 akan tenggelam dan 2012 akan menjelma. Aku tidak lah terlalu obses tentang itu kerana bagi aku, masa sentiasa berjalan, pejam celik dah sampai ke penghujung. Jadi mahu atau tidak, kita akan berganjak ke hadapan. 


2011,
Terlalu banyak kisah dan cerita cerita yang berlaku. Manis, pahit, suka mahupun duka semuanya ada. Lumrah seorang manusia. Yang penting aku belajar dari apa yang terjadi. Dan yang lepas tetap lepas buat aku. Nak menoleh, jauh sekali. Aku tak pernah menyesal bila semua terjadi sebab bagi aku disitulah nyata kawan mahupun lawan. Dan yang pasti aku masih bersyukur kerana dapat berdiri di atas kaki sendiri.


Buat keluarga, teman sahabat rakan mahupun lawan,
Andai ada terkasar bahasa mahupun tersilap cara dan terkasar perlakuan, aku dengan rendah diri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


2012,
Selamat datang. Untuk tahun yang baru, aku masih belum ada azam sebab tahun lepas punya azam pun masih lagi tergantung. Jadi aku tak berniat untuk menambah yang baru. Cukuplah sekadar aku berazam yang terbaik dalam hidup aku. Yang penting keluarga dan pelajaran. Masih jauh aku nak kejar. Dan yang pasti aku dah penat nak berjanji macam macam dengan mak dan babah, cuma aku perlu buktikan.


Moga tahun baru ini lebih indah dari sebelumnya, Amin.




Selamat Tahun Baru everyone! (: