Thursday, November 4, 2010

beban tak habis-habis .

takut . ye , aku takut . takut menghadapi exam besok : ) sungguh aku gentar . bukan tak belajar , tapi ilmu di kepala belum mencukupi . tapi yang sebenarnya aku memang tak belajar pun . haha . setan kan aku . dah tak belajar nak bising pulak . ggrr . asal la aku susah sangat nak belajar ? aku sendiri pun tak ada jawapan untuk soalan tu . apa yang pasti besok , aku akan menari bersama sama pen semasa exam tak pun aku akan layan mimpi sementara yang lain tekun menjawab soalan . haha . ctu aku boleh lagi nak reka reka jawapan . tapi pad and math , memang aku pandai sangat nak buat . setiap kali quiz and test , mesti kertas aku yang paling suci dan bersih . haha , aku kan pembersih orangnya , tak suka kertas aku nampak kotor sebab tu aku tak jawab . haha . bayangan untuk repeat tahun depan dah nampak . sama ada pasti atau tak je : ) apa nak jadi , aku pun tak pasti .  tapi yang pasti aku tak la sepandai mana pun tapi aku tak nak la mengaku yang aku ni bodoh sangat . masih dalam proses membetulkan otak aku yang dah lama tak dibetulkan ni . ish , susah betul . tak faham betul la , kenapa la peperiksaan diwujudkan . sumpah membebankan .




tak larat nak merapu dah .




bye .