Wednesday, November 10, 2010

kisah PIPI buat ragam .

PENAT .

Penat seharian berjalan dengan pelbagai tujuan . Destinasi utama , stesen bus . Jangan tanya kenapa air mata aku menitik semasa di sana .

Malas mahu bercerita . 
Hati pedih tambah sakit yang tak terhingga .

Tutup cerita .

Pulang ke pangkal jalan . UiTM Merbuk .

Lokasi ; Bilik si PIPI . 
Selepas puas membuang masa melepak , seru untuk belajar telah pun tiba tanpa diundang . Mahu atau tidak , terpaksa terima dengan hati yang terbuka . Bagi memastikan suasana study yang funky , kitaorang decide nak gerak pergi bilik beby study . So , pack semua barang and of course memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk study nanti . DOUBLE CHEESE BURGER yang aku beli time dekat central square dah memanggil . Memandangkan stok barang yang nak dibawa macam nak pindah rumah , so aku suruh si pipi yang bawak kan burger aku . Then kami mulakan langkah dengan seribu harapan dan sinar yang masing-masing akan belajar . HAHA


Lokasi ; bilik beby
Sampai sudah ke destinasi yang hendak dituju . Benda yang pertama terlintas di kepala aku , "nak menggondol burger" . Then apa cari , aku cari burger yang aku beli tapi haram tak jumpa . Gondol mana pulak yang curi burger aku . aish . Time ni aku dah macam cacing kepanasan yang sedang mencari harta karun . Then aku terus tanya alin and beby ,

"Beby , nampak burger lisa tak ? "

Beby pun jawab dengan confident ,

"Tak nampak la lisa , bukan alin ke yang bawak tadi .

Then aku pun terus pandang si pipi . Aku pun tanya pipi ,

"Pipi , nampak burger aku tak ? "

Lantas pipi jawab ,

"Burger kau , kau letak dalam plastik eh ? "

Haha . soalan apa la kau tanya pipi oi , mesti la dalam plastik , takkan kotak kot .Aku pun balas ,
 
"Yup , kan aku yang suruh kau bawak plastik Mcd tadi . "

Dengan muka yang tak bersalah , si pipi gelak macam orang yang kena rasuk .

"Lisa sorry , aku dah terbuang burger kau dekat TONG SAMPAH ! "

Pergh . Nak tercabut jantung aku dengar . Haram jadah punya pipi . Pergi bantai buang burger kesayangan aku dalam tong sampah . Wa cakap lu , macam nak rebah jatuh ke lantai je bila dengar . *over ! macam drama melayu la pulak . Haha . Aku rasa macam nak campak je minah ni dari atas bumbung blok Masria . Nasib baik aku sayang minah ni , if tak dah kena membebel dah dengan aku .

Sungguh best , Double Cheese Burger aku kena buang dalam tong sampah oleh AZLEEN AMIRAH .
*Then kutip balik! HAHAHAHA :))
lepas kutip :)


burger yang tak salah .


Malam tu aku and alin melantak bagai nak gila . Semua benda kitaorang bedal macam pelarian Palestin yang dah lama tak makan . Memandangkan masing-masing sedang mengamalkan sistem menyimpan duit untuk masa depan , jadi terpaksa la makan apa yang ada .


makanan

revision

so , siapa menang ?


Ok , tamat sudah cerita makanan .
Mula cerita tentang belajar pula .

Seperti yang kalian sedia maklum , kitaorang sedang menghadapi final exam sekarang tetapi melihat kepada situasi sekarang , kitaorang boleh diumpamakan seperti pelajar-pelajar sekolat rendah yang hendak menghadapi peperiksaan PAFA . Goyang kaki bagaikan tiada apa yangg perlu gentar . Jadi aku dan alin telah mengambil inisiatif untuk belajar pada malam itu dengan hajat tidak mahu melelapkan mata langsung . Bangga kan ibu bapa mempunyai anak-anak yang tak petah belajar seperti kami ini ? So , misi dimulakan dengan mengajar alin subjek PAD . Setelah ilmu yang telah diturunkan oleh wawa , aku dapat merasakan bahawa otak aku sudah terselit sedikit ilmu yang selama ini aku sendiri tak pernah nak cuba untuk mencarinya sendiri . Jadi di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada WAWA sebab sudi menerima aku sebagai pelajar anda :)) Jam telah menunjukkan pukul 5 pagi tapi tekad di hati kami masih belum mahu tidur lagi sehinggalah,

"Lisa , kita tidur 5 minit je nak tak ? " tanya alin .

Aku pun malas nak bersoal jawab panjang-panjang and terus angguk . So dalam masa kitaorang manfaatkan dengan sebaiknya . Cukup je 5 minit , alarm phone alin terjah telinga aku . Then aku terus tarik selimut antik aku and pandang alin . Memandangkan otak aku tak dapat berfungsi dengan betul and condition otak aku yang masih lemah , aku pun terus cakap dekat alin '

"Alin , tambah lagi 30 minit eh . Mengantuk lagi la :)) "

Then aku and alin sambung mimpi yang dah tergendala tadi . Indah gila . Layan sangat-sangat .

Tiba-tiba telinga aku dengar ada orang memekik ,

"Lisa , alin BANGUNNN ! Kita dah lambat dah ni !! "

Pergh , jantung macam dah luruh gila time . Macam-macam dah terfikir dekat otak . Sempat tak nak ambik exam ? Sempat tak nak mandi ? aish . Kelam kabut nak mati . Apa lagi , terus sambar bakul mandi aku then gerak pergi mandi kat toilet . Jangan tanya kenapa aku mandi 5 minit je . HAHA . 

Tuhan masih sayang aku and Dia still nak bagi kesempatan aku menjawab paper PAD . 

Jawab dengan tenang . Thanks wawa and amirah . Kalian tahu mengapa kan :))

Habis exam aku balik dengan satu tekad yang aku akan tidur semalaman atas katil ditemani bantall and selimut antik aku . nikmat gila vaviii !

Tamat .

Pengajaran dari kisah benar yang di atas ;
a) Sebelum nakk buang sesuatu ke dalam TONG SAMPAH , tolong tanya tuan empuya barang dulu . Tak ada la kena buat muka tebal 10 inci pergi kutip balik : ))

b)Niat nak belajar kena ikhlas , baru masuk kepala nanti .

c)Kalau dah niat nak belajar , tak boleh nak fikir-fikir nak tidur dah . If tak , nahas menjelma :D




comel kan beby ? haha


hantu yang buang burger aku . aish . haha


mangsa . tak la mangsa sangat pun . haha