Monday, December 6, 2010

luahan insan yang hina .


bukan niat dari hati mahu menyakiti kamu kerana aku anak baik kamu. tapi keadaan kekadang memaksa. aku tiada kata. tiada cara. hanya itu terlintas untuk memberi kamu tahu betapa susahnya aku di sini. aku faham kamu lagi susah di sana. tapi aku sangat harap agar kamu ngerti akan hati orang lain di sekeliling kamu. kami tak ingin ingkar akan arahan kamu jauh sekali untuk menidak kata kamu. tapi kami manusia seperti kamu yang punya hati dan perasaan.

hati kecil ibu. hati kecil anakmu. yang selalu ingin kamu tahu. yang selalu kami ingin kamu belai. aku anak degil kamu yang baik. yang keras hati. yang ada perasaan tapi entah mana hilangnya perasaan itu yang kini menjadikan aku lebih kental. aku anak baik kamu yang menelan segala pahitnya.

tapi aku tetap perempuan. sekeras mana aku, aku bisa menangis andai sedih tidak tertahan. perginya air mata sedih aku bersama kesedihan yang selalu ingin aku relakan. maafkan aku ibu .



anakmu yang hina :'(