Monday, December 6, 2010

kata hati


rendahnya diri aku. kamilnya akan diri ini. tangan ditadah memanjatkan kesyukuran pada Pencipta. tika dan saat ini aku masih tega menyedut akan udara. masih bisa melihat akan indahnya dunia.
terima kasih tidak terhingga aku padaMu Ya Allah.

10 September 1992 
keramatnya tarikh ini akan terciptanya seorang aku di bumi Tuhan.

10 September 2010.
18 tahun aku berpijak di bumi Tuhan. segala rintangan juga dugaan aku redahi. suka aku. duka aku. aku bernafas hanya keranaMu Ya Allah. syukur aku diberi peluang bernilai ini melihat betapa indahnya dunia. mengenal akan erti hidup seorang khalifah di bumiMu.

kepada ibu yang melahirkan.
aku anak baik kamu. aku sangat sayang kamu. mungkin kadangnya sering berbalah tetapi tiada apa yang boleh dibandingkan akan kasih dan sayangnya yang kamu hadiahkan pada seorang anak lemah ini. harap ibu mengerti anak kamu yang kian melonjak dewasa ini ingin jadi kuat seperti kuatnya kamu membesarkan aku. kuatnya kamu mengharung hidup. kuatnya kamu ibu dalam mencorak sehelai kain putih ini. ibu hanya SATU dalam SERIBU. tidak dapat aku bayangkan akan aku tanpamu.

kepada abah yang gagah.
aku juga anak baik kamu. aku kadang keras kepala. semuanya hanya aku ingin jadi kuat. walau tak segagah abah. aku tetap kuat di hati abah. jutaan maaf dari aku anak kuat kamu yang dalam hatinya selalu ingin kamu tahu. aku juga sayang akan kamu. ayah yang aku kasihi. saat aku melukis di kanvas sepi ini, hanya kamu menjadi inspirasi. menangisnya anak lemah kamu ini kerana rindunya yang bersarat hanya untuk kamu. sungguh !
 harap kamu dengar dari suara hati yang sangat perlahan ini.

kepada saudara sepertalian darah.
kasih amat aku pada kamu hanya Tuhan yang tahu. aku mungkin kakak dan adik yang tidak pernah memberi akan baiknya untuk kamu. tapi aku kakak dan adik kamu yang tidak pernah lupa akan kehadiran kamu sebagai penguat semangat. pendorong jalan gelap. terima kasih amat atas ucapan yang tidak ternilai. terima kasih atas sayang kamu yang tidak terucap. semoga kalian sentiasa di hati.


teman yang aku kasihi.
betapa berbekasnya di hati ini atas segala penghargaan yang diberi. aku amat sayang akan kamu. terima kasih buat semua. harapnya aku akan terus berdiri di sisi kamu. walau aku kamu benci, namun kamu tetap aku peduli. atas setiap ucapan yang hanya mampu dibalas dengan TERIMA KASIH ini, aku juga berdoa pada sudut yang lainnya, semoga kita akan sentiasa berada di bawah payung rahmat Tuhan. merentasi suka duka bersama. senantiasa harum dalam kasihnya Tuhan. selagi nyawa tak terpisah dari jasad, kamu tetap subur mekar dalam taman hati aku.

kepada dia si masa lalu.
terima kasih atas pengucapan yang tidak terduga. semoga kamu bahagia selalu hendaknya. aku ingat akan kamu dalam setiap panjat kudus doa aku. terima kasih buat segala. kebaikan kamu yang tak akan pernah aku lupa. maafkan aku kerana tidak menjadi terbaik di hati kamu.


insan kerdil yang sentiasa untuk mencari ruang di setiap pelusuk, lisa fikri .


. titik noktah .